CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Takkan Lepas Peluang, Zalif Akan Buat Kalau Produser Minta!

11-12-2021 02:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1505| Komen: 9

Description: Bukan mudah menjadi anak seni, khususnya pelakon yang perlu menjiwai watak di layar lebar mahupun kaca.
Bukan mudah menjadi anak seni, khususnya pelakon yang perlu menjiwai watak di layar lebar mahupun kaca. 

Banyak hal perlu dititik beratkan terutama perihal penampilan yang perlu selari dengan watak yang digalas dalam sesebuah naskhah.


Kredit foto: IG Zalif

Bagi Zalif, sungguhpun dia mempunyai saiz badan yang besar, namun dia tidak menolak jika diminta produser atau pengarah untuk menurunkan berat badan demi menjayakan sesuatu watak.

“Memang ada permintaan daripada produser yang mengharapkan saya turunkan sikit berat bagi sebuah filem dan jujurnya, saya berjaya kecilkan sedikit saiz pinggang untuk filem Tantiana. Filem tersebut belum dipasarkan lagi memandangkan lockdown akibat COVID-19 sejak dua tahun kebelakangan ini.


“Kalau produser minta saya kuruskan badan demi watak, saya buat! Apatah lagi jika naskhah yang ingin dijayakan itu merupakan satu naskhah yang baik. Saya tidak akan lepaskan peluang,” katanya kepada Gempak.


Kredit foto: IG Zalif

Zalif berkata, dia selesa dengan saiz badannya sekarang memandangkan rezekinya yang masih tidak putus dalam bidang lakonan.

“Saya tidak kisah dengan saiz badan saya sekarang. Rezeki pun tidak pernah putus. Begitupun, saya mengharapkan lebih banyak watak berbeza ditawarkan kepada saya supaya saya dapat mencabar diri sebagai pelakon. Watak antagonis atau serius, saya boleh lakukan,” ujarnya lagi.


Sumber: Gempak


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 11-12-2021 02:45 PM
Elok la kau kurus dikkk, rhoperrr heols ni walaupun takde dosa dengan acik2 forum tapi acik2 forum tetap akan cerca sebab rhoper dia memang nampak poyo kalau ada iklan keluar muka dia dekat TV tu pun iols rasa nak humban je TV kot tingkap dan kambuih dengan kek2 keras kejung dan susu esen basi oppa...

Harap2 mewangi la lepas kurus, tapi harap2 dia di sponsor plastic surgery di hatyai 10 qhibu ringgit sekali naik ketapi tambanh murah2 saja.
Quote Mary_jane 11-12-2021 03:17 PM
Kuruslah untuk sihat. Bukan atas permintaan produser atau sesiapa. Tapi dia ni meski chubby, job iklan lebat je sejak iklan digi dulu kala. [em:3:]
Quote asfaz 11-12-2021 03:36 PM
Aku tgk iklan vivo kau pun rasa meluat
Quote piep 11-12-2021 04:09 PM
dia ni lebat betul job iklan.. asyik la muka dia
Quote slyfynx 11-12-2021 05:01 PM
He's one of the people yang xde dosa pun ngn aku, tp aku kalau jumpe mmg nk sepak je muke die.
X tau la nape.
I am so sorry.
Quote dudaberhias 11-12-2021 05:11 PM
slyfynx replied at 11-12-2021 05:01 PM
He's one of the people yang xde dosa pun ngn aku, tp aku kalau jumpe mmg nk sepak je muke die.
X tau ...

khennn... ingatkan iols sorang saja rasa nak lempang heolss kalau jumpa depan2...
tapi takpe lah untuk menunjukkan kita ni orang bertamadun, baik berdisiplin serta sopan santun kita jangan la buat perkara begitu...

tapi jom pakat2 beliak bijik mata berjemaah dan jeling2 dekat heols ni untuk hantar ain

Quote eyansss 12-12-2021 01:12 AM
aku start meluat ngan dia lepas dia main2 kan fida…  perasan hot sangat…  euuwww…
Quote whimsicalmusic 12-12-2021 09:32 PM
Same la..iolls pn menyampah tgk muka dia ni
Quote eely_shana 12-12-2021 10:20 PM
Semoga berjay kurus utk kesihatan

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.050400 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top