View: 1015|Reply: 9
|
Takkan Lepas Peluang, Zalif Akan Buat Kalau Produser Minta!
[Copy link]
|
|
Bukan mudah menjadi anak seni, khususnya pelakon yang perlu menjiwai watak di layar lebar mahupun kaca.
Banyak hal perlu dititik beratkan terutama perihal penampilan yang perlu selari dengan watak yang digalas dalam sesebuah naskhah.
Kredit foto: IG Zalif
Bagi Zalif, sungguhpun dia mempunyai saiz badan yang besar, namun dia tidak menolak jika diminta produser atau pengarah untuk menurunkan berat badan demi menjayakan sesuatu watak.
“Memang ada permintaan daripada produser yang mengharapkan saya turunkan sikit berat bagi sebuah filem dan jujurnya, saya berjaya kecilkan sedikit saiz pinggang untuk filem Tantiana. Filem tersebut belum dipasarkan lagi memandangkan lockdown akibat COVID-19 sejak dua tahun kebelakangan ini.
“Kalau produser minta saya kuruskan badan demi watak, saya buat! Apatah lagi jika naskhah yang ingin dijayakan itu merupakan satu naskhah yang baik. Saya tidak akan lepaskan peluang,” katanya kepada Gempak.
Kredit foto: IG Zalif
Zalif berkata, dia selesa dengan saiz badannya sekarang memandangkan rezekinya yang masih tidak putus dalam bidang lakonan.
“Saya tidak kisah dengan saiz badan saya sekarang. Rezeki pun tidak pernah putus. Begitupun, saya mengharapkan lebih banyak watak berbeza ditawarkan kepada saya supaya saya dapat mencabar diri sebagai pelakon. Watak antagonis atau serius, saya boleh lakukan,” ujarnya lagi.
Sumber: Gempak |
|
|
|
|
|
|
|
Kuruslah untuk sihat. Bukan atas permintaan produser atau sesiapa. Tapi dia ni meski chubby, job iklan lebat je sejak iklan digi dulu kala. [em:3:] |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tgk iklan vivo kau pun rasa meluat
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni lebat betul job iklan.. asyik la muka dia |
|
|
|
|
|
|
|
He's one of the people yang xde dosa pun ngn aku, tp aku kalau jumpe mmg nk sepak je muke die.
X tau la nape.
I am so sorry. |
|
|
|
|
|
|
|
aku start meluat ngan dia lepas dia main2 kan fida… perasan hot sangat… euuwww… |
|
|
|
|
|
|
|
Same la..iolls pn menyampah tgk muka dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga berjay kurus utk kesihatan |
|
|
|
|
|
|
| |
|