View: 1618|Reply: 16
|
Tak Sempat Solat Jumaat Di Masjid, Warga Emas Maut Ditikam
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki warga emas yang mahu menunaikan solat Jumaat di masjid, maut apabila dipercayai ditikam dua lelaki berhampiran pintu pagar kediamannya.
Dalam kejadian jam 12.38 tengah hari tadi, mangsa, berusia 69 tahun ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan rumahnya di Kampung Idaman di sini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kedua-dua suspek yang menikam mangsa berumur 33 tahun bagaimanapun berjaya diberkas di dua lokasi berasingan sekitar Klang dan Shah Alam.
FOTO Ihsan pembaca
"Susulan penangkapan kedua-dua suspek itu, kes bunuh berkenaan berjaya diselesaikan hanya dalam masa kira-kira empat jam.
"Siasatan mendapati, suspek utama dalam kes ini mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan satu rekod jenayah dan dua rekod dadah.
"Senjata yang digunakan suspek untuk menikam si mati juga berjaya ditemui," katanya tadi.
Beliau berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan berhubung kejadian tikam membabitkan mangsa warga emas terbabit.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan yang berada di lokasi kejadian.
"Berdasarkan maklumat awal, mangsa secara tiba-tiba ditikam seorang lelaki yang berlari dan meluru ke arah mangsa menyebabkan mangsa rebah
"Siasatan juga mendapati suspek mengenali mangsa terbabit. Siasatan diteruskan untuk mengenalpasti motif kejadian," katanya.
Beliau berkata, permohonan reman terhadap kedua-dua tangkapan akan dilakukan di Mahkamah Klang esok.
Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki warga emas tidak sempat ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat apabila ditikam lelaki dikenali secara tiba-tiba.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
nak betulkan di sini yg terlibat hanya sorg suspek bkn 2 org. yg sorg lg tu naik motor lalu je tb2 suspek lompat naik atas motor dia acu pisau suruh jalan. |
|
|
|
|
|
|
|
Cepat juga polis settle kes, dapat tangkap suspek.. ni tak kes high mesti kes dendam la kot |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia zaman sekarang tinggal kat rumah pun rasa tak selamat |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihiraji'un |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahwainnalillahirojiun.. salam takziah |
|
|
|
|
|
|
|
Terkejut tengok dlm YouTube semalam....actually pembunuh cari anak pakcik ni kan...tapi tak jumpa.
Yang membunuh pun alahai muda lagi |
|
|
|
|
|
|
|
keane.somewhere: Terkejut tengok dlm YouTube se ... share link |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Cik_jantung at 18-1-2022 08:18 AM
Innalillah. Alfatihah. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnalillahirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
lanacondor replied at 10-12-2021 10:47 PM
nak betulkan di sini yg terlibat hanya sorg suspek bkn 2 org. yg sorg lg tu naik motor lalu je tb2 s ...
Allah yer ke.... Wrong time wrong place le ni. Naya pak abu |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainailahirojiun... |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnalillahirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainailahirojiun... senang jek dia nk bunuh org... xpk ke akibat nya... |
|
|
|
|
|
|
|
Smga rohnya dicucuri rhmat |
|
|
|
|
|
|
| |
|