CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sabah Kehabisan Kertas Sijil Lahir

10-12-2021 10:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3871| Komen: 25

Description: Kota Kinabalu: Pengeluaran sijil kelahiran di negeri ini tertangguh disebabkan kehabisan kertas digunakan untuk mencetak dokumen berkenaan, kata Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah Khairru ...
Kota Kinabalu: Pengeluaran sijil kelahiran di negeri ini tertangguh disebabkan kehabisan kertas digunakan untuk mencetak dokumen berkenaan, kata Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah Khairrul Aminus Kamaruddin.


Beliau berkata, stok kertas sijil kelahiran JPN Sabah pada tahun ini adalah sebanyak 24,801 keping, namun terputus bekalan dan kehabisan pada awal Oktober lalu.


Gambar hiasan

"Setakat ini, sijil kelahiran yang tertangguh atau menunggu stok untuk cetakan adalah kira-kira 3,200 permohonan. Kelewatan pengeluaran sijil lahir berkenaan disebabkan kekurangan bekalan sijil ekoran bekalan kertas yang digunakan adalah diimport daripada pengilang di China.


"Kelewatan bekalan kertas tiba di Malaysia disebabkan kejadian banjir di negara berkenaan, baru-baru ini. Semakan mengesahkan bekalan kertas berkenaan sudah tiba di negara ini dan melepasi pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada 6 Disember lalu," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, tular dalam media sosial beberapa individu dari negeri ini mengeluh kerana terpaksa menunggu lama, namun tidak dapat mencetak sijil kelahiran anak mereka.

Khairrul Aminus berkata, kertas berkenaan sudah diterima oleh syarikat percetakan pada 8 Disember lalu bagi proses cetakan sijil kelahiran dan kertas sijil lahir berkenaan, dijangka sampai ke seluruh Sabah serta boleh dikeluarkan selewat-lewatnya 20 Disember nanti.

"JPN ingin memohon maaf atas kelewatan dan kesulitan yang berlaku... ia adalah di luar kawalan JPN.

"Sekiranya terdapat pelanggan yang terkesan atau memerlukan surat pengesahan kelahiran daripada JPN, sebagai contoh untuk tujuan penerbangan ke Semenanjung Malaysia atau Sarawak, bolehlah memohon di JPN," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TOPwind 10-12-2021 11:27 PM
Cetak kat CHINA? padanlah ramai yg tak beley cakap melayu kat Msia ni.
Quote keane.somewhere 10-12-2021 11:33 PM
TOPwind replied at 10-12-2021 11:27 PM
Cetak kat CHINA? padanlah ramai yg tak beley cakap melayu kat Msia ni.

Sabah bukan Melayu
Quote kakikuDibibirmu 10-12-2021 11:35 PM
Baby PKP tersenyum sinis
Quote sekngucing 10-12-2021 11:52 PM
ni mesti anak anak pilak yg ramai ni @dua_chzy
Quote Thunderclouds 11-12-2021 12:19 AM
Kalo bg DAP jadik kerajaan xyah susah2 import kertas tu da,dia bukak terus kilang production kt cni haa..
Quote MissYouSayang 11-12-2021 12:22 AM
Kertas pun x mampu nk supply di msia ni.
Quote sharlenetexas 11-12-2021 12:23 AM
SPNB masih wujud ke?
Quote mikasa 11-12-2021 12:24 AM
Kertas sijil lahir pun mesia tak mampu keluarkan sendiri.
Quote mikasa 11-12-2021 12:26 AM
MissYouSayang replied at 11-12-2021 12:22 AM
Kertas pun x mampu nk supply di msia ni.

Aku rasa sebb kerajaan sendiri tak yakin dengan intergriti pekerja rakyat sendiri. Takut ada songlap kertas pastu jual. Kalau dari china senang nak semak stok
Quote piep 11-12-2021 09:52 AM
bagaimana dengan mykid pulak? dah kenapa la mykid habis.. dah brsalin bpe bulan pun masih x siap lagi mykidnya
Quote Firenzza 11-12-2021 10:38 AM
Betul ke habis? cuba audit rekod beranak kt sepital ..... kot2 byk beranak kt umah....mmg bau ikan la
Quote Punat_button 11-12-2021 01:16 PM
TOPwind replied at 10-12-2021 11:27 PM
Cetak kat CHINA? padanlah ramai yg tak beley cakap melayu kat Msia ni.
bekalan kertas yang digunakan adalah diimport daripada pengilang di China.
bukan cetak sis, beli kertas ja dari negara pencipta kertas beribu tahun dulu. nampak tak apa yang negara uols ni mampu buat?

Quote Babai 11-12-2021 01:42 PM
sekngucing replied at 10-12-2021 11:52 PM
ni mesti anak anak pilak yg ramai ni @dua_chzy

Hahahahaha
Quote KIM.K 11-12-2021 01:45 PM
Kertas hijau pun habis. Amboi kemain tak simpan stok mencukupi
Quote Decaffeinated 11-12-2021 04:01 PM
masih tak nampak lagi betapa kebergantungan negara dengan China sampai nak print surat beranak pun dah tak boleh bila PRC banjir. Ini belum lagi citer yang lain2. So lepas ni tak payah sembanglah boleh?

Quote tikusmontok 11-12-2021 04:24 PM
Pilak membiak mcm ulat taik ke kat sana? Serupa ndon kat belah semenanjung
Quote jalfa 11-12-2021 04:44 PM
Alahai..cetak atas a4 dululah sementara..apa susah sangat..x pon bg softcopy yg ada qr code.menyusahkan bethol..errrrr ramai dizaman kovid ni...haritu jpj pelekat lkm habis..ni kertas sijil habis...x reti nak order awal awal ke
Quote Skuau 11-12-2021 04:58 PM
'MENCETAK'...anak2 pilak...haha....
Quote windyn123 9-8-2022 06:02 PM
Saya tidak biasa dengan ini, jadi saya tidak dapat memberikan jawapan kepada anda. Artikel anda telah memberi saya wordle online banyak pengetahuan. terima kasih banyak-banyak

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.064179 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top