CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peguam Wanita Cabar Undang-undang 'Kuno' Thailand Larang Pakai Seluar Ke Mahkamah

10-12-2021 05:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1482| Komen: 2

Description: Kumpulan peguam wanita di Thailand mencabar satu undang-undang kuno yang melarang mereka daripada memakai seluar ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah.
Kumpulan peguam wanita di Thailand mencabar satu undang-undang kuno yang melarang mereka daripada memakai seluar ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah.


Persatuan Peguam Hak Asasi Manusia Thailand (HRLA) bekerjasama dengan forum Nitihub untuk mengubah undang-undang itu menerusi petisyen yang dihantar kepada Persatuan Peguam Thailand.



Kedua-dua organisasi itu memaklumkan, mereka akan membawa isu tersebut ke Mahkamah Pentadbiran Daerah sekiranya ‘tidak dilayan’ persatuan peguam negara ini.

Petisyen itu turut mengandungi sejumlah aduan yang dibuat oleh peguam wanita yang tidak berpuas hati dengan undang-undang lama tersebut.


Selain itu, terdapat juga aduan yang dibuat mengenai peguam wanita diejek peguam lelaki kerana tidak mematuhi etika berpakaian.

HRLA menyatakan, pihaknya sebelum ini menghantar surat kepada presiden Mahkamah Persekutuan dan Majlis Peguam yang terlatak di bawah naungan diraja Thailand.

Namun, pejabat presiden mahkamah itu membalas surat berkenaan dengan menyatakan peguam wanita perlu mengikut kod pemakaian yang ditetapkan Majlis Peguam Thailand.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 13-12-2021 11:51 AM
susah sgt ke ikut etika pemakaian.. kalau kat club kemain pendek skirt boleh pakai.. hmmm
Quote cmf_almondpecan 13-12-2021 11:53 AM
Tak berapa lama dulu dalam 20 lepas kalau tak silap, kat mahkamah Malaysia pun macam tu juga. Tapi sekarang semua boleh pakai seluar panjang ke mahkamah.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.042867 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top