CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Atuk Sayang Amira" - PM

10-12-2021 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2750| Komen: 15

Description: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tersentuh hati apabila bertemu dengan anak mangsa kemalangan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), enam tahun lalu.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tersentuh hati apabila bertemu dengan anak mangsa kemalangan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), enam tahun lalu.


Ismail Sabri berkongsi video pertemuannya dengan Nur Firuza Amira yang kini berusia 13 tahun, anak sulung Allahyarham Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya, Nova Safitri Azhari, 25, yang meninggal dunia dalam tragedi itu.


Kredit foto: IG Ismail

"Perasaan terharu, namun bercampur gembira apabila bertemu Amira.

"Kalau kalian semua masih ingat, Amira menjadi yatim piatu apabila kedua ibu bapanya terbabit kemalangan di Lebuhraya DUKE pada 2015.


"Amira juga anak angkat saya, kini telah pun berusia 13 tahun. Ketika peristiwa itu berlaku, Amira baru sahaja berusia tujuh tahun," katanya menerusi Instagram hari ini.

Beliau turut mendoakan remaja itu sentiasa sihat dan di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT.

"Atuk sayang Amira," tulisnya lagi.



Tragedi yang mengorbankan pasangan terbabit termasuk anak bongsu mereka, Nur Firuza Annisa pada Mei 2015 itu mencetuskan kemarahan orang ramai apabila kemalangan itu didakwa berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu lain.

Sejak kematian pasangan itu, Amira dan adiknya, Nur Firuza Aqila dijaga oleh ibu saudara mereka yang juga kakak kepada bapa mereka, Yusnida Hussain.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hotmak 10-12-2021 05:19 PM
cantik budaknya, pakcik dia tu apa cerita ye skrg
Quote tumpanglalu74 10-12-2021 07:03 PM
Edited by tumpanglalu74 at 10-12-2021 07:07 PM

[youtube]5Y21KQF5P9E[/youtube]
https://youtu.be/5Y21KQF5P9E
https://streamable.com/l1gxvu
Quote shernazz 10-12-2021 07:16 PM
Pakcik nya dah tenggelam dalam tanah ka?
Quote anggeriklatifah 10-12-2021 07:19 PM
Pak cik lepas guna duit yatim ape cite ye..
Kemain bininyaaa bergaya..wedding kemain mewah..
Tak silap aku ada ig bini pakciknya dulu..tapi lupa nama apa..kes dah lama
Quote keane.somewhere 10-12-2021 07:21 PM
Edited by keane.somewhere at 10-12-2021 07:23 PM

Kes myvi berlumba tu la ...pastu ketua club deyols  siap backup kata ada orang dalam dalam PDRM utk spin Kes.

Bodoh kan pompuan Melayu tu...sama mmacam Kes meols kena tuduh  Salah dgn pompuan bangang yg langgar keta meols..dia panggil bapak dia kautim dgn polis hujung2 meols Salah..kata Salah meols undur kereta nak parking....apa lagi meols hire lawyer meols sekarang meols nak Saman puluh2 ribu
Quote kotakominami 10-12-2021 07:48 PM
Ya Allah....tup2 dah 6 taun....besar dah budak ni....siapa jaga? Tak silap dulu arwah parent die ade syarikat kan.....pastu tgl nenek dan pakcik dia...yg myvi tu macam mana? Masuk jel tak?
Quote fortiori13 10-12-2021 08:52 PM
keane.somewhere:  Edited by keane.somewhere at  ...


Sian chuols. Abes chuols dapat saman trafik dr polis ke?
Quote fortiori13 10-12-2021 08:57 PM
anggeriklatifah replied at 10-12-2021 11:19 AM
Pak cik lepas guna duit yatim ape cite ye..
Kemain bininyaaa bergaya..wedding kemain mewah..
Tak sil ...

Kecoh pastu kan sbb ada yg kata pakciknya tu guna duit org sedekah utk budak2 tu utk buat wedding mahal dia tu... Apala punya pakcik
Quote nolya 10-12-2021 09:08 PM
Salah satu drp dosa2 besar ialah apabila ada orang yg tidak amanah dn mengambil harta anak2 yatim. Maka akan ade le balasan Allah terhadapnya. Satu cupak mengambil harta anak yatim, maka Allah akan mengambil 2 cupak drp hartamu sendiri. Tak akan menjadi kaya malah akan menanggung dosa.

BTW, cepat juga masa berlalu dn kanak2 itu dah besar kini. Semoga anak2 itu berjaya dlm persekolahan mereka.
Quote kakikuDibibirmu 10-12-2021 09:20 PM
Atokcow ijau 96 tahun tersenyum sinis
Quote Rogue98 10-12-2021 10:23 PM
Aku confuse...kata ambik anak angkat....hujung2 tulis Atok sayang amira.....?
anak angkat tapi bertahun tak jumpa....senang nye lah kan nak dapat credit...kalau setakat bagi duit belanja tu tak payah lah nak angkat budak tu..tu dipanggil penderma jer.
Quote bluebutter 11-12-2021 12:09 AM
Handsome tdz...

Quote pyropura 11-12-2021 02:41 AM
Main sandiwara pulak Mael lambong apak Dapi punyanyi burtaraf munteri nih
Quote Normabaru 11-12-2021 05:17 AM
Demi konten KELUARGA MALAYSIA..kohkohkoh
Quote Belibis 11-12-2021 07:51 PM
Ni anak orang berada tok..ramai lagi anak yatim piatu papa kedana..ambik la jadi anak angkat.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.070785 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top