CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Seram! Balkoni Dihias Ratusan Kepala Anak Patung

10-12-2021 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2129| Komen: 4

Description: Balkoni sebuah bangunan dua tingkat terletak di tengah ibu negara Venezuela ini hanya mengundang ketakutan orang ramai terutama pada waktu malam.
Balkoni sebuah bangunan dua tingkat terletak di tengah ibu negara Venezuela ini hanya mengundang ketakutan orang ramai terutama pada waktu malam.


Ini kerana balkoni besarnya sengaja dihiaskan dengan ratusan kepala anak patung pelbagai bentuk, yang menarik perhatian orang ramai dan pelancong.


BALKONI rumah Etanís González yang dihiasi kepala anak patung. FOTO AGENSI

Terletak di tengah Avenida Este 12, antara Fuerzas Armadas dan Sur 5, tempat itu juga dikenali sudut El Muerto.

Cerita rakyat atau legenda mengenai balkoni menyeramkan itu tersebar di seluruh Caracas sejak bertahun, tetapi hakikatnya tiada apa yang menakutkan.


Menurut RT yang dilapor Oddity Central, balkoni itu ciptaan artis tempatan, Etanís González yang merupakan pemilik rumah dan sudah menukarkan sebahagian daripada bangunan itu menjadi muzium.

Balkoni itu adalah salah satu daripada karyanya yang terdapat di situ.

Menurut anak González, Jonathan balkoni seram itu ilham daripada hubungan terbina antara keluarganya dengan pemandu, Jesús Poleo yang mempunyai lori yang berhias dengan anak patung.

Bapanya mengambil masa tiga tahun menyiapkan karya itu memandangkan dia perlu melekatkan setiap kepala anak patung satu persatu dengan cermat.

Awalnya, balkoni anak patung itu menjadi kontroversi di kejiranan berkenaan dengan ada antara jiran González mengutip tandatangan untuk mendesak keluarga itu menurunkan anak patung terbabit.

Ada yang menganggapnya sebagai simbol syaitan selain menyerupai bayi sebenar, tetapi mereka akhirnya menerima balkoni itu sebagai satu mercu tanda tempatan selepas keadaan reda.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keane.somewhere 10-12-2021 04:54 PM
Kat sana artisan memang boleh kaya2....macam Switzerland dah.
Quote Artemesiaa 10-12-2021 05:44 PM
Dengan keadaan bangunananya macam tu mana tak nampak menyeramkan
Quote puanbintang 13-12-2021 03:15 PM
berjuntai kaki anak patung tu...kalau lalu siang pun kecut perut, inikan malam..tak cukup tanah berlari
Quote eely_shana 13-12-2021 07:51 PM
Mmg nmpak seram

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.052099 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top