CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Angin Tiada Ribut, Cermin Kereta Dipecahkan Jiran Dengan Lesung Batu

10-12-2021 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1713| Komen: 8

Description: Cermin belakang sebuah kereta dipecahkan menggunakan lesung batu oleh lelaki kurang siuman di Jalan Kenanga, Taman Dengkil Jaya, Dengkil pada Ahad lalu.
Cermin belakang sebuah kereta dipecahkan menggunakan lesung batu oleh lelaki kurang siuman di Jalan Kenanga, Taman Dengkil Jaya, Dengkil pada Ahad lalu.


Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berumur 27 yang juga anggota tentera darat.


Gambar hiasan

Kamarul Azran berkata, dalam kejadian 7.39 pagi itu, mangsa dimaklumkan jiran bahawa cermin belakang Perodua Axia dipecahkan oleh seorang lelaki yang juga penduduk di taman berkenaan.

Katanya, jiran pengadu turut memberi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) melalui aplikasi WhatApps dan penduduk mengetahui suspek kurang siuman.


"Pengadu memberitahu dia tidak pernah berselisih faham dengan suspek dan tidak mengetahui tujuan suspek memecahkan cermin belakang keretanya," katanya.

Kamarul Azran berkata, semakan rakaman CCTV mendapati objek yang digunakan suspek ialah batu lesung dan pada masa sama suspek turut menendang bahagian sisi kanan kereta.

Katanya, pada keesokan hari kira-kira 1 tengah hari, anggota polis Balai Dengkil membuat tangkapan terhadap lelaki berumur 40 tahun itu di kediamannya serta merampas barang kes.

"Siasatan mendapati suspek mempunyai empat rekod dadah dan satu jenayah.

"Suspek membuat pengakuan awal memecahkan cermin kereta berkenaan menggunakan lesung batu dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 10-12-2021 06:02 PM
Nanya Pak Karim tak pasal rosak kereta
Quote kyozsamurai 10-12-2021 06:21 PM
tgh high ke apa
Quote Carcosa 10-12-2021 09:33 PM
Nyusahkan org laaa (kalau tgh sedap high batu).

Mesti ko nampak muka ko sendiri yg huduh tu kan? [em:3:]   Tu yg kau pecahkan cermin tu
Quote Jitu 11-12-2021 12:38 AM
bahaya org mcm ni
Quote kakikuDibibirmu 11-12-2021 12:43 AM
Hisap batu, jom mencautut:

lesung_batu_1596465154_7b13b610.jpg
Quote bored_atticus 11-12-2021 11:49 AM
Kurang siuman.. memang tidak payah tunggu angin,  hujan, ribut, salji
anytime can do..
Quote prettyuglybabe 11-12-2021 11:58 AM
jadi tak siuman sebab banyak melantak dadah ke?
Quote nononcrux 13-12-2021 01:06 PM
kadang-kadang eh, ni pengalaman la.. yang ada masalah dgn mangsa ni akan gunakan org kurang siuman utk bls dendam.. dia akan input negative kat org kurang siuman tu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.226336 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top