View: 1150|Reply: 8
|
Tiada Angin Tiada Ribut, Cermin Kereta Dipecahkan Jiran Dengan Lesung Batu
[Copy link]
|
|
Cermin belakang sebuah kereta dipecahkan menggunakan lesung batu oleh lelaki kurang siuman di Jalan Kenanga, Taman Dengkil Jaya, Dengkil pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berumur 27 yang juga anggota tentera darat.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/10/164951yacut0g03djdpcbt.jpg) Gambar hiasan
Kamarul Azran berkata, dalam kejadian 7.39 pagi itu, mangsa dimaklumkan jiran bahawa cermin belakang Perodua Axia dipecahkan oleh seorang lelaki yang juga penduduk di taman berkenaan.
Katanya, jiran pengadu turut memberi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) melalui aplikasi WhatApps dan penduduk mengetahui suspek kurang siuman.
" engadu memberitahu dia tidak pernah berselisih faham dengan suspek dan tidak mengetahui tujuan suspek memecahkan cermin belakang keretanya," katanya.
Kamarul Azran berkata, semakan rakaman CCTV mendapati objek yang digunakan suspek ialah batu lesung dan pada masa sama suspek turut menendang bahagian sisi kanan kereta.
Katanya, pada keesokan hari kira-kira 1 tengah hari, anggota polis Balai Dengkil membuat tangkapan terhadap lelaki berumur 40 tahun itu di kediamannya serta merampas barang kes.
"Siasatan mendapati suspek mempunyai empat rekod dadah dan satu jenayah.
"Suspek membuat pengakuan awal memecahkan cermin kereta berkenaan menggunakan lesung batu dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Nanya Pak Karim tak pasal rosak kereta |
|
|
|
|
|
|
|
Nyusahkan org laaa (kalau tgh sedap high batu).
Mesti ko nampak muka ko sendiri yg huduh tu kan? [em:3:] Tu yg kau pecahkan cermin tu |
|
|
|
|
|
|
|
Hisap batu, jom mencautut:![](static/image/smiley/default/shy.gif)
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kurang siuman.. memang tidak payah tunggu angin, hujan, ribut, salji
anytime can do..
|
|
|
|
|
|
|
|
jadi tak siuman sebab banyak melantak dadah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kadang-kadang eh, ni pengalaman la.. yang ada masalah dgn mangsa ni akan gunakan org kurang siuman utk bls dendam.. dia akan input negative kat org kurang siuman tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|