CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah Tak Menyebelahi Saintis Cuba Halang Anak Divaksin

10-12-2021 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1415| Komen: 0

Description: Seorang hakim di New York memutuskan untuk berpihak kepada seorang wanita bagi memvaksinasi anak perempuannya yang berusia 11 tahun walaupun dibantah suaminya semasa kes perceraian mereka yang berlaru ...
Seorang hakim di New York memutuskan untuk berpihak kepada seorang wanita bagi memvaksinasi anak perempuannya yang berusia 11 tahun walaupun dibantah suaminya semasa kes perceraian mereka yang berlarutan di mahkamah, lapor laman berita RT News.


Hakim Mahkamah Agung Daerah Monroe, Richard Dollinger memberitahu bapa kanak-kanak tersebut, Donald Fider bahawa anak perempuannya akan divaksinasi atas permintaan isterinya. Dia menceraikan wanita itu pada pada 2012. 



Mahkamah menolak hujah Figer yang merupakan seorang saintis dan professor bahawa dia tidak mahu anak perempuannya diberikan pelalian kerana bimbang akan keselamatan dan tahap keberkesanan vaksin Covid-19 sedia ada. 


Dollinger bagaimanapun berkata, adalah tidak munasabah untuk lelaki itu ragu-ragu akan perkara tersebut.

"Pendapat lelaki ini tidak dapat dipertahankan di saat koronavirus berada di mana-mana. Bukti saintifik yang diutarakannya tidak mencapai standard yang sah," kata hakim dalam keputusannya.

"Ibu kanak-kanak ini diarah untuk membuat janji temu secepat mungkin untuk mendapatkan vaksin sesuai dengan peringkat umurnya," jelas keputusan itu lanjut.

Menerusi afidavitnya (dokumen sumpah), Figer menyatakan bahawa vaksin yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) ‘tidak berupaya mengatasi kesan jangka masa panjang’ selain mendakwa bahawa kanak-kanak sekitar umur anaknya tidak terkesan dengan virus Covid-19.

Dollinger turut hairan bagaimana seorang saintis boleh berpendapat sedemikian.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.041378 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top