CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pandu Lawan Arus Sebab Lambat Pergi Kerja, Kan Dah Mendapat

10-12-2021 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1626| Komen: 12

Description: Tindakan terdesak seorang lelaki memandu secara melawan arus kerana terlewat ke tempat kerja mengundang padah apabila ditahan polis, semalam.
Tindakan terdesak seorang lelaki memandu secara melawan arus kerana terlewat ke tempat kerja mengundang padah apabila ditahan polis, semalam.


Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya Deputi Superintendan Jafri Md Zain berkata, pihaknya menerima maklumat menerusi video berdurasi 18 saat yang dimuat naik di Facebook memaparkan Perodua Kenari berwarna biru dipandu melawan arus di Jalan Persiaran Mahsuri 2, Bayan Lepas, Rabu lalu.


Suspek lelaki yang ditahan susulan tindakannya memandu kereta secara lawan arus di Jalan Persiaran Mahsuri 2, di sini. FOTO ihsan PDRM

Katanya, berdasarkan maklumat, polis berjaya mengesan pemandu kereta berkenaan yang tinggal di Jalan Paya Terubong, di sini.


"Lelaki berusia 44 tahun itu sudah dibawa ke balai polis bagi siasatan dan tindakan lanjut.

"Pemandu terbabit memberi alasan sudah terlewat ke tempat kerja sebelum menggunakan laluan terbabit sebagai jalan pintas," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 10-12-2021 05:34 PM
Kesian… tak tau ke zaman skarang ni kena fikir benda jadi kemudian hari. Tak pepasal je saman pun dapat
Quote Artemesiaa 10-12-2021 05:36 PM
Biasalah bila dah kantoi mulalah beralasan
Quote NekNgah 13-12-2021 09:14 AM
Setakat dapat saman, boleh bayar.  Kalau melibatkan nyawa, mesti menyesal seumur hidup.
Quote gekkou 13-12-2021 10:00 AM
berani ya mereka2 ni pandu lawan arus
x takut ke tgk kenderaan lain menghala ke arah kereta mereka
Quote Tokeybundle 13-12-2021 10:13 AM
Alasan kau pun
Hbstu kalau eksiden langsung x dpt g keje
Silap2 masuk kubur
Nyusahkan org je kejenye
Quote venomie1 13-12-2021 10:15 AM
masuk kubur tak nyusahkan orang ok la..ni dah masuk kubur pun orang masih sumpah seranah kau lagi
Quote Skuau 13-12-2021 10:19 AM
NekNgah replied at 13-12-2021 09:14 AM
Setakat dapat saman, boleh bayar.  Kalau melibatkan nyawa, mesti menyesal seumur hidup.

Saman trafik....KESALAHAN yg boleh 'DIBAYAR DGN DISKAUN'.
Quote nononcrux 13-12-2021 11:30 AM
selfish gila, kau lambat hadap je la.. abis kalau nyawa org lain melayang kau nak kira mcm mana pulak
Quote Supersirap 13-12-2021 11:34 AM
Biar lambat asalkan selamat, sekian
Quote aint 13-12-2021 11:35 AM
ni mesti ada kad OKU sbb tu berani ... kalo eksiden,  org lain yg mati/cedera... dia tak kena apa tindakan pun...

tapi malangnya, dia selamat sampai opis .... kena la tindakan
Quote shernazz 13-12-2021 11:36 AM
Betoi ka lambat gi keje...
Ke.mmg dah biasa buat cam tu
Tetiba guna alasan lambat gi keje.choi
Quote eely_shana 13-12-2021 08:13 PM
Tak logic alasan

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.056897 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top