CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 656|Reply: 2

Peguam Wanita Cabar Undang-undang 'Kuno' Thailand Larang Pakai Seluar Ke Mahkamah

[Copy link]
Post time 10-12-2021 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Kumpulan peguam wanita di Thailand mencabar satu undang-undang kuno yang melarang mereka daripada memakai seluar ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah.


Persatuan Peguam Hak Asasi Manusia Thailand (HRLA) bekerjasama dengan forum Nitihub untuk mengubah undang-undang itu menerusi petisyen yang dihantar kepada Persatuan Peguam Thailand.








Kedua-dua organisasi itu memaklumkan, mereka akan membawa isu tersebut ke Mahkamah Pentadbiran Daerah sekiranya ‘tidak dilayan’ persatuan peguam negara ini.


Petisyen itu turut mengandungi sejumlah aduan yang dibuat oleh peguam wanita yang tidak berpuas hati dengan undang-undang lama tersebut.


Selain itu, terdapat juga aduan yang dibuat mengenai peguam wanita diejek peguam lelaki kerana tidak mematuhi etika berpakaian.


HRLA menyatakan, pihaknya sebelum ini menghantar surat kepada presiden Mahkamah Persekutuan dan Majlis Peguam yang terlatak di bawah naungan diraja Thailand.


Namun, pejabat presiden mahkamah itu membalas surat berkenaan dengan menyatakan peguam wanita perlu mengikut kod pemakaian yang ditetapkan Majlis Peguam Thailand.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2021 11:51 AM | Show all posts
susah sgt ke ikut etika pemakaian.. kalau kat club kemain pendek skirt boleh pakai.. hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak berapa lama dulu dalam 20 lepas kalau tak silap, kat mahkamah Malaysia pun macam tu juga. Tapi sekarang semua boleh pakai seluar panjang ke mahkamah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.385498 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list