CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Menyempat Potong Barisan, Dua Pemandu Disaman

7-12-2021 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1814| Komen: 1

Description: Polis menyaman dua pemandu yang memotong barisan di Kilometer 31.8 Jalan Klang – Teluk Intan di lampu isyarat simpang empat Jeram di sini pada Isnin.
Polis menyaman dua pemandu yang memotong barisan di Kilometer 31.8 Jalan Klang – Teluk Intan di lampu isyarat simpang empat Jeram di sini pada Isnin.


Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, polis mengesan dua pemandu tersebut menerusi nombor pendaftaran kenderaan terbabit.


Gambar tular mengenai beberapa kenderaan memotong barisan yang dimuat naik seorang pengendali Facebook pada Isnin.

Menurutnya, berpandukan maklumat itu, pasukannya mengesan kedua-dua mereka di alamat kediaman masing-masing.

"Hasil temu bual dengan dua pemandu mendapati mereka mengaku memotong barisan kenderaan lain kira-kira jam 6.30 petang di lokasi kejadian.

"Polis menasihati kedua-dua pemandu supaya memandu dengan bertanggungjawab dan bertimbang rasa terhadap pengguna jalan lain," katanya.

Beliau berkata, tindakan saman telah diambil terhadap dua pemandu itu mengikut Rule 6(1)A LN166/59 (Memotong Secara Bahaya/Potong Q) kepada kedua-dua pemandu terbabit.

Ramli berkata, pihaknya sebelum ini menerima maklumat berhubung kiriman gambar di laman sosial Facebook berhubung tindakan beberapa pemandu memotong barisan di lampu isyarat terbabit.

"Kami mendapat maklumat selepas tersebarnya gambar pemandu memotong barisan kira-kira jam 7 petang pada Isnin," ujarnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 7-12-2021 12:31 PM
Edited by musangbodoh at 7-12-2021 12:33 PM

sini
masih dlm siasatan ke....???

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.052563 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top