CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Cameron Highlands Tak Boleh Masak Sebab Minyak Beku

7-12-2021 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4105| Komen: 36

Description: Seorang penduduk di Cameron Highlands menunjukkan minyak masak yang beku akibat cuaca terlalu sejuk.
Seorang penduduk di Cameron Highlands menunjukkan minyak masak yang beku akibat cuaca terlalu sejuk.


Kredit foto: TikTok

Berdasarkan sebuah rakaman klip video berdurasi 6 saat yang dikongsikan wanita itu menerusi aplikasi TikTok, dia dilihat ingin menggoreng makanan tetapi tidak dapat melakukannya memandangkan minyak yang ingin digunakan telah beku akibat cuaca sejuk.

“Kadang-kadang saya perlu letak minyak masak di tepi tingkap dapur sekejap untuk bagi minyak masak itu cair.

“Cuaca di sini hampir setiap malam mencecah 14 darjah celsius. lagi-lagi sekarang sudah musim hujan,” menurut wanita dikenali sebagai @makcik_google itu.




Susulan perkongsian itu, beberapa netizen melahirkan rasa teruja dan pelik menyaksikan video tersebut.

“Dahulu saya pelik masa pertama kali masuk di Hotel Cameron Highlands kenapa tiada penghawa dingin atau kipas. Sekali bila dah malam, sejuk dekat situ macam bukak penghawa dingin suhu 18 darjah celsius,” ujar @eyshaa.

“Patutlah hari itu saya nak beli minyak masak dekat sana rasa pelik sebab banyak putih putih. Rupa-rupanya minyak masak dah beku,” kata @nida.

“Punyalah sejuk sampai naik beku minyak masak dibuatnya,” jelas @shahibol.


Sumber: K! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pp_gurl 7-12-2021 11:59 AM
kalau tak nak minyak beku, gunalah minyak sayur confirm tak beku
Quote copy_paste 7-12-2021 12:04 PM
kalau g musim panas,xde lah sejuk,skrg ni musim hujan mmg sejuk la,
geng2 ukur tanah kalau buat kerja  kat sana masa musim panas terpaksa bwk kipas sendiri,sbb hotel sane xde kipas hahahahaha
Quote ninja9 7-12-2021 12:04 PM
pp_gurl replied at 7-12-2021 11:59 AM
kalau tak nak minyak beku, gunalah minyak sayur confirm tak beku

ada yg kata minyak sayur ni tak bagus sbb proses hasilkan minyak tu sangat harsh kalau makan jugak akan sebabkan inflammation

Quote sharlenetexas 7-12-2021 12:25 PM
Kat Johor ada tempat nama Minyak Beku.

Quote Normabaru 7-12-2021 12:41 PM
Jap..kundasang helokkk je masak xde kecoh Sejuk beku pon..acik ni dh kenapa?first time masuk dapur record TikTok segala..
Quote airfilterkotor 7-12-2021 12:49 PM
Baru blaja duduk kat tanah tinggi ke akak, atau memang batak TikTok semua benda nak kagum?
Quote musangbodoh 7-12-2021 12:55 PM
berita menarik...ai bg 2 ha....ha ha

Quote ketambangkang 7-12-2021 12:59 PM
org Batu Pahat dh lama ade minyak beku
Quote airfilterkotor 7-12-2021 01:01 PM
Sorang pengembara masa, sorang kagum minyak beku.

Wartawan pulak kutip aje laa janji ada content nak menulih.
Quote Jitu 7-12-2021 01:22 PM
tu pun nak viral
Quote noor2 7-12-2021 01:24 PM
So boleh la tanam pokok anggur..pir dan epal.....
Quote Kitty_catz 7-12-2021 01:28 PM
loooorrr ini pun isu ke?

dr dulu mende ni tak baru la

kezen meols penah posting CH ni jd cikgu,. ada la 15 thn dulu,. minyak sheols pun rajin beku.. tp masa tu takde tiktok ig smer2 nehhh

kalu tak femes sheols dulu
Quote helle 7-12-2021 01:41 PM
Skang kan musim hujan sejuk...normal la tu
Quote Simunggu 7-12-2021 02:27 PM
samalah di kg aku
Quote mizruncing 7-12-2021 03:54 PM
sapa yg berani naik cameron lagi tu
Quote dua_chzy 7-12-2021 04:08 PM
Ek eleh. Tu pun nak heran masuk berita.
Quote domestobot 7-12-2021 04:35 PM
minyak apa yang beku sampai camtu sekali? aku duduk tempat ada winter sejuk -10 darjah Celcius pun takde lah minyak masak beku camtu lah
Quote dua_chzy 7-12-2021 04:37 PM
Edited by dua_chzy at 7-12-2021 04:38 PM
domestobot replied at 7-12-2021 04:35 PM
minyak apa yang beku sampai camtu sekali? aku duduk tempat ada winter sejuk -10 darjah Celcius pun t ...


Kalau tengok gambar, persis jenama Saji. Btw minyak kelapa sawit selalu beku gini di tempat ai jika terlalu sajuk.
Quote faraway1 7-12-2021 05:39 PM
Ok nak cari minyak kelapa sawit dan letak dalam garage..

Luar minus 10 tapi garage on heater suhu 5 celcius aje..

Minyak lain tidak beku sebab stor makanan dalam tu, ok aje minyak yang lain.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.110252 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top