CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Simpan ‘Trofi’ Babi Hutan

7-12-2021 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1595| Komen: 3

Description: PUTRAJAYA: Tindakan warga emas menyimpan ‘trofi’ babi hutan di premisnya mengundang padah apabila dicekup pihak berkuasa di ibu kota, baru-baru ini.
PUTRAJAYA: Tindakan warga emas menyimpan ‘trofi’ babi hutan di premisnya mengundang padah apabila dicekup pihak berkuasa di ibu kota, baru-baru ini.


Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memaklumkan, suspek ditahan dalam pemeriksaan penguatkuasaan yang dilaksanakan secara mengejut di lokasi tersebut bagi membantu siasatan berhubung kesalahan menyimpan hidupan liar dan bahagian hidupan liar tanpa sebarang kebenaran.

Hasil pemeriksaan tersebut, pasukan itu  merampas pelbagai spesies hidupan liar antaranya disyaki penyu jenis Alligator Snapping dan Yellow Pond dari luar negara selain kura-kura spesies Red Footed, Leopard dan Sulcata serta reptilia iguana yang lazimnya ditemukan dari rantau tropika Amerika.


Trofi babi hutan yang dirampas dari sebuah premis di Kuala Lumpur baru-baru ini. – IHSAN PERHILITAN  


Malah, mereka juga menjumpai bahagian hidupan liar yang disyaki sebagai kulit, daging dan trofi daripada babi hutan atau disebut wild boar atau nama saintifiknya iaitu Sus scrofa.

Orang ramai yang berminat menyimpan babi hutan perlu memiliki lesen dikeluarkan Perhilitan manakala Orang Asli dibenarkan memburu untuk kegunaan sendiri tetapi tidak boleh dijual.

Nilai penyu yang ditemui Perhilitan itu boleh mencecah harga RM1,500 seekor di laman niaga dalam talian tempatan manakala kura-kura berkenaan pula mampu melepasi RM2,200 seekor.

“Satu laporan polis telah dibuat berkaitan pemeriksaan ini dan semua barang rampasan sudah dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Suspek berkenaan turut dibawa ke balai polis bagi tindakan siasatan seterusnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 sebelum perintah pendakwaan dikeluarkan secara rasmi yang mana jika disabitkan kesalahan di mahkamah boleh dihukum denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. 


Sumber: UTUSAN ONLINE 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote itik_magic 7-12-2021 01:23 PM
baru aku tau babi hutan ni dilindungi. kat kg aku bnyk pulak masuk kebun skrg. kdg2 siang pun dtg main sampai laman rumah.
Quote tungkai 7-12-2021 03:29 PM
Abis tu YB Beliau harus kena tangkap gak ke? Dia kan juara tembak babi...
Quote keane.somewhere 7-12-2021 03:33 PM
Babi hutan ni korang jus halau je....guna ubat gegat...x payah tembak..dia pun nak hidup..Dan penting untuk ekosistem.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.045732 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top