CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hentikan Bekalan Darah Ke Bahagian Perut Dapat Atasi Masalah Kegemukan?

7-12-2021 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1241| Komen: 2

Description: Masalah obesiti atau kegemukan mungkin boleh diubati tanpa memerlukan seseorang itu melakukan senaman dan melakukan diet pemakanan.
Masalah obesiti atau kegemukan mungkin boleh diubati tanpa memerlukan seseorang itu melakukan senaman dan melakukan diet pemakanan.

Seorang doktor di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS) percaya mereka telah menemui satu cara untuk melemahkan hormon ghrelin yang mempunyai nama gelarannya iaitu hormon lapar dalam tubuh manusia.


Gambar hiasan

Hormon itu dapat dilemahkan dengan menghentikan bekalan darah ke bahagian perut.

Satu uji kaji sedang dilakukan diketuai oleh seorang doktor pakar dalam masalah kegemukan, Dr Ahmed R. Ahmed di Hospital St Mary, Paddington tengah London yang berkata, kos bagi tujuan itu hanya melibatkan belanja sebanyak £1,500 (RM8,407).


Ia adalah jauh lebih murah berbanding dengan pembedahan untuk membuang lemak pada badan.


Gambar hiasan

Bagaimanapun, seseorang yang gemuk itu perlu menjalani pembedahan kecil pada pergelangan tangan dan memasukkan wayar berongga ke dalam salur darah menyebabkan ia mampu menghentikan keinginan untuk memakan secara berlebihan.

Menurut Dr Ahmed, jika pembedahan itu sudah diamalkan, pesakit sudah boleh keluar dari hospital dalam tempoh dua jam sahaja.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 7-12-2021 12:09 PM
mebi betul shorcut way to cut food
tapi manusia ada berangakaian saraf..bila dibuang bahagian itu maka sistem yg lain effected menghantar mesej ke otak utk makan/nafsu terhenti. lalu akan terjadi genjatan senjata semulajadi dalam sistem hilang fungsi pada jangka masa panjang. kan?
Quote ninja9 7-12-2021 12:15 PM
yg aku tahu hormon ghrelin ni akan menyebabkan rasa lapar.. tapi aku rasa kaedah ini akan gagal sekiranya seseorang itu ada hobi makan. dia akan melantak-melantak tanpa henti, makan dan makan lagi walaupun badan sendiri dah bagi bermacam isyarat suruh berhenti seperti dah kenyang, cukupppppp!! oiiii...perut dah kembung! .. tadi dah makan sekarang makan lagi!!  semua itu dia bolayankan saja yang penting puas hati ..pendek kata makan untuk happy.... hahaha

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.124011 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top