CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Baca Doa Pun Ada Accent, So Cute" Netizen Puji Kecomelan Anak Hanis Zalikha, Alisa Aisyah

3-12-2021 12:19 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 9013| Komen: 55

Description: Telatah anak-anak pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering mencuri tumpuan ramai dek kerana kecomelan mereka.



Telatah anak-anak pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering mencuri tumpuan ramai dek kerana kecomelan mereka.

Terbaru, Hanis berkongsi sebuah video memaparkan anak bongsunya Alisa Aisyah sedang membaca surah Al-Fatihah.

Perkongsian video berdurasi satu minit di Instagram thealisaaisyah yang mempunyai 1.3 juta pengikut itu telah menarik perhatian ramai kerana keletah Alisa yang pintar menghafal surah berkenaan dan bacaannya juga sedikit pelat seperti anak "mat salleh".


Selesai membaca Al-Fatihah, Alisa yang baru berusia 2 tahun dilihat bergegas memanggil abangnya, Yusuf Iskandar untuk membaca surah berkenaan pula. 

Perkongsian yang ditonton lebih dari 300 ribu tontonan sejak dimuatnaik itu membuatkan netizen terhibur dan memuji kecomelan Alisa.




Untuk info, Hairul dan Hanis kerap menggunakan bahasa Inggeris dalam komunikasi harian dengan anak-anaknya, jadi mungkin disebabkan itu Alisa mempunyai sedikit slang mat salleh.


Selain didikan agama yang secukupnya, menguasai bahasa Inggeris adalah satu kemestian dan juga kelebihan di zaman ini jika tidak mahu ketinggalan dalam banyak perkara. Jadi, didiklah anak-anak dari awal dengan ilmu-ilmu yang berguna untuk kehidupan mereka di waktu dewasa kelak. 

Semoga Alisa membesar menjadi seorang yang bijak dan solehah suatu masa nanti. - CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote codenamedream 3-12-2021 12:25 PM
Bunyi mcm budak ada tongue tie.
Quote hanihan16 3-12-2021 12:39 PM
mak melayu pak melayu, anak baca doa ada accent omputih katanya cute. cuba anak sohai dgn ina baca doa ada accent, mau kena kecam 7 keturunan tak cukup tanah
Quote chikumanis 3-12-2021 12:42 PM
anak me slang british masa setahun setengah, tak cute ke? la ni dah 3tahun, tukar slang korea plak..

#jangannakpembarissangat
Quote aduh2sayang 3-12-2021 12:42 PM
hanihan16 replied at 3-12-2021 12:39 PM
mak melayu pak melayu, anak baca doa ada accent omputih katanya cute. cuba anak sohai dgn ina baca d ...


sebab alisa ni memang cute pun. layak la dipuji

Quote dudaberhias 3-12-2021 02:51 PM
ok sebab comel akak maafin agitteww... teruskan lagi buat video2 comel dik....

tapi gigihlah orang malaysia yang anaknya muka penyet.. hidung jambu batu yang di jual di RNR alor pongsu hujung2 berdoa pulak dengan accent mak pak mesti hidung kembang masing2 bila dengar anak berdoa gittew sebab fefeeling urban habis...
Quote ayukpingu 3-12-2021 03:24 PM
kes tanak kalah dengan anak betty ke ni? terus post video anak dia jugekkk
Quote mizruncing 3-12-2021 03:32 PM
anak si terpalinggggggggg
Quote kikikiko 3-12-2021 04:19 PM
Tp budak ni mmg cute. Suka tengok. Cerdik
Quote Incanto 3-12-2021 04:21 PM
gila comel alisa

kalah anak anak yg mix
Quote twins 3-12-2021 04:32 PM
hanihan16 replied at 3-12-2021 12:39 PM
mak melayu pak melayu, anak baca doa ada accent omputih katanya cute. cuba anak sohai dgn ina baca d ...

sebenarnya bukan accent pun.... pelat budak2 tu...
anak2 aku masa baya2 tu hingga umur dalam 4 tahun memang pelat jer
most kids sama jer....
Quote cmf_jeangrey 3-12-2021 06:34 PM
Comel budak ni...karakter mcm anak iols...jenis sentiasa bergerak x sediam...pelat gitu jugak..
Quote Rogue98 3-12-2021 07:13 PM
Budak2 baya ni mmg cute pun..keknis post Alisa beria2 timbang berat n said "I am 2 years old.."..hahaha...tengok jebat pulak urut kaki mak dia sambil doa..geram giler comel..
Quote Nham22 3-12-2021 07:21 PM
aduh2sayang replied at 3-12-2021 12:42 PM
sebab alisa ni memang cute pun. layak la dipuji

Kecik2x cutela.. Nengok gigi pon jarang2x tu... Awat jd mcm tu...sbb susu botol...
Quote Nham22 3-12-2021 07:22 PM
ayukpingu replied at 3-12-2021 03:24 PM
kes tanak kalah dengan anak betty ke ni? terus post video anak dia jugekkk

Anak betty herlok gigi pon herlok
Quote krustykrab 3-12-2021 07:25 PM
Kalau ada bunyi2 omputih ko kata cute..kalau ada accent cina ke india ke tak cute ke?
Quote KucingBiru 3-12-2021 07:35 PM
Nak tau cute ke tak, tunggu 20 tahun lagi, mcm anak raja muka melayu totok tapi cakap melayu pun pelat pelat.

Time tu kalau lawa tapi cakap "i sound silly when i speak malay", terus jadi tak lawa.
Quote namieamuro 3-12-2021 11:18 PM
normal ke ek gigi utk umur tu mcm tu?
Quote slyfynx 3-12-2021 11:21 PM
Abis anak bangla ade accent x nk puji comel jgk ke?
Quote mai 3-12-2021 11:49 PM
namieamuro replied at 3-12-2021 11:18 PM
normal ke ek gigi utk umur tu mcm tu?

Normal. Nanti gigi kekal dia tumbuh cantik tersusun sebab ada gap yg cukup.
Kalau gigi susu dah rapat tersusun, most probably gigi kekal nanti bertindan sebab crowded

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.052631 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top