CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lepas Putus Dengan Ismail Izzani, Ramai Lelaki Cuba Pikat Shalma Eliana

3-12-2021 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4688| Komen: 27

Description: Penyanyi Shalma Eliana tampil menafikan penyanyi rap Bunga Isme menjadi orang ketiga dan punca perpisahannya dengan penyanyi Ismail Izzani sebulan lalu.
Penyanyi Shalma Eliana tampil menafikan penyanyi rap Bunga Isme menjadi orang ketiga dan punca perpisahannya dengan penyanyi Ismail Izzani sebulan lalu.

Shalma Eliana Bruhanutheen atau kini mahu dikenali sebagai Yana, 21, berkata, dia terkejut dengan dakwaan itu dan sudah memohon maaf kepada penyanyi berkenaan secara peribadi.


Foto: IG

“Bunga tiada kena mengena dengan punca perpisahan saya dan Mael. Malah, saya ada menghantar mesej peribadi kepadanya untuk memohon maaf.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana dakwaan tidak berasas itu boleh timbul. Bunga seorang individu yang baik", katanya kepada mStar.


Yana akui ada beberapa jejaka yang mendekatinya selepas dia putus cinta.



Yana berkata demikian ketika ditemui mStar pada majlis pelancaran lagu terbaharunya yang berjudul Your Loss di The Bee, Publika, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Pada awal November lalu, Ismail mendedahkan bahawa hubungan cinta dengan Shalma Eliana sudah berakhir.



Sementara itu, Yana turut memberitahu sebulan berstatus single dia didekati dengan beberapa lelaki.

Bagaimanapun, kata penyanyi lagu Mahukah Kamu ini, dia mahu memberi perhatian kepada karier dan dirinya terlebih dahulu sebelum memikirkan soal cinta.



“Tipulah kalau cakap tak ada, tapi memang ada yang cuba nak berinteraksi dengan saya untuk berkawan. Saya okay je cuma saya selalu beritahu mereka yang saya hanya mahu berkawan sahaja buat masa ini.

“Tapi kali ini saya seronok dapat berkenalan dengan ramai orang dan masing-masing mempunyai kisah mereka tersendiri. Saya lebih bahagia dengan kehidupan sekarang ini dan mahu fokus pada diri sendiri serta kerjaya,” katanya.

Sementara bercakap tentang lagu Your Loss, Yana berkata, ia hasil karyanya sendiri yang ditulis hanya dalam tempoh 10 minit pada 2 Oktober lalu.




Jelasnya lagi, dia tidak kisah sekiranya ada yang mengaitkan lagu tersebut dengan kisah percintaannya dengan Ismail yang hanya bertahan selama tiga tahun.

“Lagu ini ditulis berdasarkan apa yang saya lalui ketika itu dan bukan untuk mengaibkan sesiapa. Ia lebih kepada untuk berkongsi kisah saya sendiri melalui lagu, sebab saya memang suka menulis sejak sekolah menengah lagi.

“Sebab itu jugalah saya rasa ramai boleh relate kerana mereka juga pernah lalui situasi yang sama. Sampai ada yang DM beritahu mereka menangis apabila mendengar lagu itu,” ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wtvmjls 3-12-2021 10:52 AM
tktau kenapa tapi bbnu urban kategori perempuan macam susah nak naik dlm industri
Quote akuchenta 3-12-2021 10:54 AM
Umur baru 21 tapi rupa mcm 30an dh...
Quote KamikuP 3-12-2021 11:39 AM
Mael tu anak omak bertabahlah dekk
Quote silampumeja 3-12-2021 01:10 PM
Dia macamana.... Maksudnya bila artis putus cinta wrtawan kena tanya terus pasal cinta baru, ada org ngirat tak...
Then takkan retis tu nak jawab.. oh takde..
Mestilah kena jjwb ramai yg ngorat kan... Aduhai.... Busann.. hahaha...
Quote cheezel 3-12-2021 01:11 PM
Kecohla mamak
Quote babyLON. 3-12-2021 01:16 PM
10 minit je siap tulis lagu. agaknya mcm mana kualiti dia
Quote irvene 3-12-2021 02:03 PM
hitamnya keti gmbr last dress biru tu
Quote chazey 3-12-2021 02:10 PM
irvene replied at 3-12-2021 02:03 PM
hitamnya keti gmbr last dress biru tu

Belum ada retis dapat kalahkan keti Adira setakat ni.
Quote dudaberhias 3-12-2021 02:35 PM
petaknya muka heolss... lepastu tiba2 ada dagu runcing terus rasa macam pembuka tin dan pengopek kulit kelapa dan pengetik gitar...
Quote missyL 3-12-2021 02:37 PM
Berapa ramai gf mael
Yg pg blaja kt uk ke usa tu yg mane plk..

Bertukar ganti mael nie
Muka cm nerd lol
Quote rayna_raynes 3-12-2021 02:44 PM
wtvmjls replied at 3-12-2021 10:52 AM
tktau kenapa tapi bbnu urban kategori perempuan macam susah nak naik dlm industri

org kita hipokrit. nak yg tutup2 padahal masing2 terbuka
nak yg sopan2 padahal masing2 terkangkang sana sini
nak yang colorless takde personality, senang nak bentuk ikut tekak sendiri
pastu memang dah ada preconceived prejudice dengan yg urban, katanya kaki tonggang kaki jantan kaki dadah bagai padahal yg tutup2 kampung2 pun selalunya lagi teruk


Quote awex^returns 3-12-2021 02:48 PM
tak kenal dan tak minat nak kenal
ketiak itam
ok nextttt
Quote lyshafull 3-12-2021 02:56 PM
Nobody loss
Quote lyshafull 3-12-2021 02:57 PM
rayna_raynes replied at 3-12-2021 02:44 PM
org kita hipokrit. nak yg tutup2 padahal masing2 terbuka
nak yg sopan2 padahal masing2 terkangkang ...

Biasa jejantan meleis stok2 mcm tu buat bini kalo stok2 urban terus dicop sush nk bentuk hahahahha  the old same reason
Quote bankerpencen 3-12-2021 05:35 PM
Edited by bankerpencen at 3-12-2021 05:37 PM

Tak sedap lagu kau dik. Penyanyi ke dia ni? Rupa pun so so je… petak bebenor ha muka. Boleh tau apa sumbangan dia dalam industri seni tanah air sebenarnya?

Ko dengan Mailjeni capang je pon dikkkk. Nak bajet selehnatgomez dgn justinbibir ke nak ber”Your Loss” bagai nih? Jijik yach
Quote bondeh 4-12-2021 12:17 AM
Semalam launching YANA konon. Laki meolls ada sama kat event tuh. Dia cakap dahlah tal cantik urban lebih hahahahahhaha.

Gambar shalma nih yg ada 4 atas tuh cam Upiak GV8 plak
Quote Kurex 4-12-2021 12:28 AM
Jantan kaki lancap je yg tergila kau pompuan.. ketiak kau hitam
Quote ezacbee 4-12-2021 11:12 AM
Tiak hitam gigih tayang.
Quote irvene 4-12-2021 01:43 PM
chazey replied at 3-12-2021 02:10 PM
Belum ada retis dapat kalahkan keti Adira setakat ni.

keti adira cantik ek? elvina pun salah sorang keti putih setakat ni

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.049881 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top