CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fadzil Teh Hentam Artis Berhaluan Kiri

30-11-2021 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4097| Komen: 27

Description: "Kami masih dihentam!"
"Kami masih dihentam!"

Itu kata penerbit, Fadzil Teh ketika diminta mengulas mengenai isu stesen TV yang meletakkan syarat mahukan pelakon dengan jumlah lebih sejuta pengikut di media sosial yang sekali lagi menjadi bualan sejak beberapa hari lalu.


Fadzil berkata, pihaknya juga tidak terkecuali daripada dihentam beberapa pelakon, namun terpaksa akur dengan kehendak stesen TV memandangkan mereka mengeluarkan kos.

Fadzil Teh, Foto: Harian Metro

"Pihak kami menghasilkan drama untuk stesen TV dan platform penstriman. Itu memang menjadi syarat yang diletakkan oleh mereka. Contoh mudah, kalau nak berkahwin ada syarat-syaratnya dan sama juga seperti urusan ini.


"Pihak stesen TV meletakkan syarat untuk mengambil pelakon dengan jumlah pengikut melebihi sejuta di media sosial. Kami sebagai penerbit perlu akur kerana mereka (stesen TV) yang keluarkan duit," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, sebagai penerbit, dia melihat golongan artis terdiri daripada dua kelompok.

"Kelompok pertama adalah artis-artis popular dan satu lagi kelompok adalah artis-artis yang suka menghentam orang. Kelompok kedua ini kebanyakannya tak mahu 'mesra' di media sosial.

"Saya gelarkan mereka yang suka menghentam ini sebagai artis berhaluan kiri yang hanya ingin menjual bakat semata-mata, tapi tak mahu menitikberatkan beberapa aspek lain contohnya penampilan dan interaksi di media sosial," katanya.

Isu ini timbul semula sejak beberapa hari lalu apabila ada beberapa artis terkenal tanah air menyuarakan pendapat mereka antaranya pelakon dan pengacara, Nabila Huda.

"Kalau beginilah, kita pula akan bagi syarat, bayaran yang dibayar harus kena ikut pengiraan kepada jumlah pengikut. Lebih sejuta pengikut, maknanya kau kena bayar ikut jumlah yang sepatutnya. Apa pun, kerja lebih ada caj tersembunyi. Mampu tak nak bayar?" tulisnya dalam satu ciapan di Twitter. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 30-11-2021 07:08 PM
drama apa jah yg mak teh ni hasilkan ? satu hapah pun iols xdak igt.... at least kak eton ada Adam&Hawa, kabir bhatia ada Nur Kasih etc etc... mak teh ni cita hapa???
Quote caprisonne 30-11-2021 08:04 PM
Aku dah agak dah mamat ni sokong kriteria2 mengarut ni.. whatever la.. ni sbbnya malaysian entertainment is so boring
Quote Mulotkoyak 30-11-2021 10:58 PM
Xlayan sgt drama or filem malaysia. So gaduh la korg.
Quote fealefea 30-11-2021 11:46 PM
Redza rosli rancak di mane2
Quote makadek 1-12-2021 06:55 AM
Diari seorang suami best apa
Quote noell 1-12-2021 08:18 AM
Orix replied at 30-11-2021 07:08 PM
drama apa jah yg mak teh ni hasilkan ? satu hapah pun iols xdak igt.... at least kak eton ada Adam&H ...

kiah ronggeng ehhh!! silap kiah pekasam drama pemes dia

kalo prasan senarai pelakon dia semua recycle mcm sain kontrak sampai mati & hero pebret dia mamat mata kucem tuh

satu lg lokasi drama dia semua kt peghleh kampung @acikgomen
Quote azie5zoe 1-12-2021 08:35 AM
Alah..letaklah artis followers satu juta sekali pung, iols bukan layan sangat drama kat tv ni, iols lagi banyak layan youtube.
Quote Acikgomen 1-12-2021 08:44 AM
noell replied at 1-12-2021 08:18 AM
kiah ronggeng ehhh!! silap kiah pekasam drama pemes dia

kalo prasan senarai pelakon dia semua recy ...

Fondan kertu neh tah taun bila punya raya tah, gigih buat gathering raya golongan rentis yg balik raya kat peghelih ala2 sesi bersama peminat
Pulun ritaroyani pasah sendat rentis jantan apa taktau nama pak dia bahadon segala
Kengkawan arwah mil acik dok mai cerita depa pi beraya dengan rentis kemahen baju raya ropol sana sini
Rentis asal peghelih dok panggey fondan tua ni mama
Quote akuHavocczz 1-12-2021 09:10 AM
i sorang je ke perasan. Produksi yang amek retis tah sape sape bbnu hauk, janji 1M followers tu. heolls ni je. yang lain tak de lah hauk sangat pemilihan pelakon nya.
Quote bluecrystal 1-12-2021 09:15 AM
yang merempan tu bukannya stok2 hero heroin pun..biarla diorang nak hero heroin bbnu follower berjuta...zaman dah berubah..tengok roy azman..rileks2 je follower tak sampai sejuta..ramah je kat ig..job pun banyak..contohhhh
Quote mizruncing 1-12-2021 09:21 AM
ok fine laa klu kata nak cari retis yg ramai followers. tp harus laa seiring dengan bakat. ramai followers tp takde bakat pn x guna jugak. contoh the best never rest ituuu
Quote awenda507 1-12-2021 09:24 AM
mindset gini la melahirkan artis2 yg takda bakat n sanggup buat benda2 bodo demi viral dan followers
Quote cicicumel 1-12-2021 11:23 AM
Nabila Huda tu bukan ke byk job?
Motip sibuk nak meroyan.
Lainla Sh Amani tu. Xde job.

Btw, iols ok je tgk bbnu berlakon. Xkan la nk tgk amerul afendi jadi hero kot. Zara zya pakai bju sekolah dgn gigi veener tersembul.
Quote mamajawie 1-12-2021 12:18 PM
Orix replied at 30-11-2021 07:08 PM
drama apa jah yg mak teh ni hasilkan ? satu hapah pun iols xdak igt.... at least kak eton ada Adam&H ...

tu sara sajeeda tu si mak teh ni buat..jalan citer bapak slow namatey tapi iollss gigih tengok demi nak tengok hero paki hansoyummmmeh sangat tu..



Quote Kurex 1-12-2021 12:24 PM
Iols layan youtube, rtm agrotek, panorama, movie streaming.. tak koseerrrr aku nak jatuhkan standard layan drama sampah
Quote adeqbun 1-12-2021 01:15 PM
ade benarnye jugak...mmg la kene berbakat..tp pelakon2 ni kene gak ade gud PR dan hbgn ngan peminat2..ni asik menyombong pastu acah2 A lister..
Quote rayna_raynes 1-12-2021 01:17 PM
Ok je kalau itu prerequisitenya

Tapi payment nya sesuai ke dengan jumlah pengikut berjuta-juta tu?

Kalau payment rate still ikut zaman Jalan Ampas, pergi mati je la
Quote rayna_raynes 1-12-2021 01:19 PM
Kurex replied at 1-12-2021 12:24 PM
Iols layan youtube, rtm agrotek, panorama, movie streaming.. tak koseerrrr aku nak jatuhkan standard ...

Dia gini tau

Bila org buat drama sampah ramai yg komplen. Kenapa buat drama bodo bla bla bla tak macam KDrama JDrama TDrama

Nak buat drama sedap kena hire talent sedap (bukan setakat sedap dari rupa je coughcoughSharifahRosecoughcough)
Nak hire talent sedap kena payment tahap talent tu

Masalahnya tak nak bayar extra. Malas cari sponsor. Hujungnya haus. Semua haus.



Quote cheezel 1-12-2021 06:00 PM
Produksi dia yg ske menciplak kan? Yg ciplak video drone sape nth

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.191073 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top