CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib Segan Dengan Mak Tiri Arwah Sarah?

30-11-2021 06:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4523| Komen: 5

Description: Ibu tiri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi, 34, mengakui tiada istilah segan wujud di antara dia dengan Shuib.Siti Fatimah atau mesra disapa Makde berkata, mereka selaku keluarga ...
Ibu tiri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi, 34, mengakui tiada istilah segan wujud di antara dia dengan Shuib.

Siti Fatimah atau mesra disapa Makde berkata, mereka selaku keluarga saling menghormati antara satu sama lain dan tidak pernah memandang status.

"Terkejut saya baca mesej ini. Sebenarnya tiada istilah segan sebab kami adalah keluarga. Tak wujud istilah menantu tiri ke, menantu kandung ke, menantu betul ke, menantu tipu ke sebab Shuib adalah keluarga saya. Anak-anak mereka semua cucu saya dan saya jaga sejak lahir," tulisnya.


Foto: Harian Metro

Makde memberikan reaksi terhadap satu mesej peribadi yang diterima daripada netizen yang mendakwa Shuib kelihatan segan dengan dirinya yang juga ibu tiri kepada Allahyarham Siti Sarah.

Menurut Makde yang kini menguruskan perniagaan Loveta milik Siti Sarah, hubungan dia dengan Shuib sudah mula rapat sejak awal perkenalan Shuib dengan Siti Sarah kira-kira 12 tahun lalu.



"Mungkin apa yang orang nampak ingat Shuib segan dengan saya, tapi sebenarnya kami saling menghormati.

"Lagipun masa arwah Sarah bercinta dengan Shuib dulu pun, saya yang selalu temankan. Ingat lagi masa pertemuan pertama Sarah dengan Shuib, saya ada masa itu temankan arwah.

"Bukan malu bukan segan tapi saya hormat. Saya minta doa baik-baik semua pihak untuk keluarga kami. Amin Insya Allah. Semoga doa yang baik juga berbalik kepada kalian semua," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cik_jantung 30-11-2021 08:09 PM
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 04:03 PM

..........
Quote kiah_mai_pulak 30-11-2021 08:14 PM
apa dh jadi kes cabul raisudin aritu ya?
Quote Raline 30-11-2021 08:54 PM
dah ada la...

'Shuib keluarga saya, tiada istilah menantu tiri atau apa-apa'
https://b.cari.com.my/forum.php? ... =5008090&extra=
Quote drivethru 30-11-2021 08:59 PM
Macam tanda2 takut kena halau dari rumah jer.
Quote OyaTonggek 30-11-2021 10:28 PM
tua arwah lagi dr ibu tiri

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.053487 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top