CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tinggal Anak Dalam Kereta Boleh Didenda RM50 Ribu Atau Penjara Tidak Lebih 20 Tahun

19-11-2021 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3333| Komen: 22

Description: Orang ramai khususnya ibu bapa yang sering meninggalkan anak-anak sendirian di dalam kereta tanpa pengawasan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun.
Orang ramai khususnya ibu bapa yang sering meninggalkan anak-anak sendirian di dalam kereta tanpa pengawasan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun.


Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), kecuaian invidivu meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan tanpa pengawasan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Jika disabitkan kesalahan, akan didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” tulisnya menerusi hantaran Facebook sebentar tadi.


Gambar Hiasan

Menerusi hantaran MKN itu, rata-rata pengguna media sosial turut berkongsi pelbagai kisah dan pengalaman mereka apabila bertindak meninggalkan anak-anak di dalam kereta.

“Saya pernah tinggal anak dalam kereta sebab nak beli lauk, macam mana nak ceduk lauk dan dukung anak? Ambil satu dua lauk sepantas kilat, kereta saya kunci, buka tingkap sikit, kereta parkir betul-betul depan kedai, mata sentiasa perhati, itu pun sudah ada orang tegur tinggal anak,” kongsi Hanz Iman.

“Bukan sahaja dalam kereta, dalam rumah pun sama, saya tinggal di flat, masalah selalu timbul apabila suami kerja, hanya tinggal saya dan anak-anak kecil, jadi bila ada Foodanda datang, terpaksa tinggalkan mereka untuk turun,” jelas @Ayishah Ayub.

“War-warkan dengan lebih meluas, masukkan sekali dengan akta-akta kesalahan lain,” jelas Anun Sue. -CARI

Sumbr: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 19-11-2021 12:17 PM
Molek sgt
Lepas tu jgn lak pengawal nepal
Tu halang kami2 ni nk bawak anak masuk dlm premis
Muak gila dgn segala sop
Quote Carcosa 19-11-2021 03:02 PM
En Hanz Iman,
Nak tanya, encik pernah tak dengar benda alah yg bernama stroller? [em:10:]
Kalau tak penah, meh saya lukiskan  [em:10:]
Byk lagi solution - jadi "baby-wearer" (pakai carrier).
Kalau anak dah besor kaki terjuluq - KEJUT.
Habis cerita. [em:10:]
Quote jas7512 19-11-2021 03:22 PM
Mmg disadvantage lah tinggal kat flat..moga2 ada solution lebih baik lg..maybe kn byr lebih utk rider naik atas or upah pak guard bawak naik klu kaw ada pak guard...
Quote yondu 19-11-2021 07:13 PM
yg duduk flat tu, x boleh ke text seller tu baik2 bagitau ade anak kecil beberapa org, minta tlg naik atas? yg sekor lagi tu, mulut ada kan, x geti minta tolong dgn org kedai? ckp baik2 mesti dorang tlg. i ni pun ada anak kecik tp x pnh skali jd bangang tinggal anak dlm keta @ dlm ruma sndirian. even nk bayo minyak (x pndai guna kad), i dukung je anak i dgn yg da pndai jalan, i suruh jalan sekali ke kaunter bayo.

Time pkp ritu, x boleh masuk kedai, ok takpe, i xde la masuk. Tp kedai tepi2 jalan blh je bawa turun kejap, jgn la sesekali terfikir tggl anak dlm kereta.

mmg la ade mak bapak bengap ni pk, alaa 2mnt je tinggal kejap. tp dlm 2 mnt tu mcm2 blh jd tau x. kot anak tekan minyak ke, tolak gear ke, main seatbelt belit leher, kot keta, lori sodok dr blkg ke. bila jd mak bapak tlg la tinggalkn bengap tu jauh2. fikir la buruk dulu.
i ni smpai org ckp over protect la paranoid sgt la..eh mmg la, anak kot, bukanny baju yg koyak blh beli baru. i mmg x berkenan mak bpk smbil lewa jg hal anak
Quote edayildiz 19-11-2021 08:29 PM
mcmana la ye mak ayah yg tergamak tinggal ank dlm keta..i pernah nmpk..risauu lah kita..bodoh punya mak
Quote LoveSungmin 19-11-2021 08:40 PM
flat ada guard ke? setahu i flat biasanya tak ada.. kalau area sesak, driver grab yang buat grabfood memang tak naik so better guna foodpanda.. memang sampai depan pintu
Quote TOPwind 19-11-2021 10:39 PM
jika t inggal anak atas motosikal - apa dendanya?
Quote syamzana 19-11-2021 10:47 PM
kanak-kanak ni berusia 12tahun kebawah la kan?ke umur brp?
anak iols umur 12 skrg ni kalau bawak p mana2 mesti taknak kuar kereta takut corona katanya. suh dok rumah kejap takut antu plak.
Quote stingermustangs 19-11-2021 11:10 PM
Tinggal anak buat seketika dlm keta boleh dihukum penjara....waktu ibu dipenjara bukanka lebih lama anak iteww ditinggalkheunz?

Apa logik?

Kahkahkahkahkahkah
Quote stingermustangs 19-11-2021 11:12 PM
syamzana replied at 19-11-2021 10:47 PM
kanak-kanak ni berusia 12tahun kebawah la kan?ke umur brp?
anak iols umur 12 skrg ni kalau bawak p  ...

Akal budak budak besa la, takut corona, takmo kuar keta, ibu kuar pi berurusan masuk semula keta bawak korona...dia tahu tak?

Kahkahkahkahkah
Quote stingermustangs 19-11-2021 11:31 PM
edayildiz replied at 19-11-2021 08:29 PM
mcmana la ye mak ayah yg tergamak tinggal ank dlm keta..i pernah nmpk..risauu lah kita..bodoh punya  ...

Kata anak jiran aku yg 3 tahun iteww dari penghamatannya....Secara logik akal which he doubts, you even have one, tidak ada parents in the right frame of mind yg nak tinggalkheun anak dlm keta dgn niat nak membunuh....kecuali atas tujuan tujuan yg terdesak.....just for that short moment of urgency, no more no less...of course they know they are taking a risk but the 3 year old is also pretty much sure they too must have weigh down the calculated risk they are taking...but at the end of the day...for accident to happen all it take is a blink of eye...and these parents think they can avoid all this...at the end of it all, boils down to whether its a risk worth taking?

Iteww the fundamental dilemma and isu sebenarnya...


Quote pyropura 20-11-2021 02:33 AM
Tinggal anak dlm.keta ni satu bangsa nan satu tu aje kan?
Quote Artemesiaa 20-11-2021 01:05 PM
Ada baiknya kalau tidak kes bakal terus berulang macam tak ada kesudahan
Quote Supersirap 20-11-2021 08:34 PM
Bagus idea ini, semoga kita semua dipermudahkan segala urusan ya
Quote CikYaYaYa 21-11-2021 09:01 PM
Baguss jgk ada peraturan mcm nie. kalau idokk dukk brulang laaa kes lupa anak dalam kereta laaa, anak terkuncii keretaa laa... Menyusahkann semua org..
Quote krustykrab 21-11-2021 09:04 PM
pyropura replied at 20-11-2021 02:33 AM
Tinggal anak dlm.keta ni satu bangsa nan satu tu aje kan?

Mat saleh pun ada je kes suka tinggal anak dlm kete tu...

Tp tu lah...diorg ni pikir mati sorg, sperma laki byk lagu, buat pe nk bazir kn
Quote Austronesian 21-11-2021 09:07 PM
Katanya baik mabuk langgar org sampai mampus
Quote Meiizu 21-11-2021 09:33 PM
Edited by Meiizu at 21-11-2021 09:37 PM
yondu replied at 19-11-2021 07:13 PM
yg duduk flat tu, x boleh ke text seller tu baik2 bagitau ade anak kecil beberapa org, minta tlg nai ...

Kenapa tak reti guna kad?Lebih mudah tak perlu bwk kluar masuk anak...tgok youtube ke apa pun boleh.
Atau...masukkan kad ikut je step kat skrin tu
Quote nononcrux 22-11-2021 10:48 AM
LoveSungmin replied at 19-11-2021 08:40 PM
flat ada guard ke? setahu i flat biasanya tak ada.. kalau area sesak, driver grab yang buat grabfood ...

ada juga flat dah ade guard yg jenis ahli jawatan kuasa muafakat demi keselamatan penduduk.. tp kalau flat yg sampah mmg takde la.. yg penting byr cantik kerja jalan

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.362946 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top