CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiru Aksi Tabur Garam, Penjual Mi Dipanggil Polis Beri Keterangan

19-11-2021 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5171| Komen: 23

Description: Seorang penjual mi daging lembu yang merakamkan dirinya meniru aksi chef selebriti Turki, Salt Bae dipanggil polis di Vietnam untuk memberikan keterangan.
Seorang penjual mi daging lembu yang merakamkan dirinya meniru aksi chef selebriti Turki, Salt Bae dipanggil polis di Vietnam untuk memberikan keterangan. 


Lapor Daily Mail, rakaman dimuat naik dalam talian itu menunjukkan Bui Tuan Lam meniru aksi Salt Bae dengan menghiris daging lembu rebus dan menabur bawang hijau ke dalam mangkuk mi sup.    


Kredit foto: RFA

Lelaki berusia 38 tahun dari bandar Danang menafikan cuba menyindir sesiapa dan menjelasnya rakaman video itu hanya bertujuan sebagai iklan yang ‘menghiburkan’.

“Video yang saya buat hanya untuk keseronokan dan bertujuan untuk mempromosikan warung mi daging. Perkara itu terbukti benar apabila lebih ramai pelanggan datang sejak saya muat naik video itu,” katanya.

Lelaki itu dipanggil beberapa hari selepas rakaman video mengenai Menteri Keselamatan Awam, To Lam dilihat disuap dengan hidangan stik yang dibalut dengan daun emas di restoran mewah Nusr-Et Steakhouse di Knightsbridge, London. 

Video itu mengundang kemarahan warga maya kerana pemimpin politik tidak peka dengan keadaan Vietnam yang terpaksa bergelut dengan kemerosotan ekonomi selepas gelombang Covid-19 melanda. 


Kredit foto: RFA

Sebelum ini, Lam pernah mengkritik pihak berkuasa dalam Facebook dan menjelaskan dia ‘meninggikan suara untuk masyarakat yang lebih baik’. 

Polis di Vietnam kerap memanggil aktivis dan orang ramai yang mengkritik Parti Komunis yang memerintah negara untuk disoal siasat.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 19-11-2021 12:30 PM
Pilih la lagi komunis memerintah...
Quote kakikuDibibirmu 19-11-2021 01:33 PM
Komunis tersenyum sinis
Quote kemaruk 19-11-2021 01:49 PM
teaser kalau DAP memerintah
Quote underground 19-11-2021 02:33 PM
kemaruk replied at 19-11-2021 01:49 PM
teaser kalau DAP memerintah

polis pun DAPig berani warning.. lu hidup takkan aman
Quote Carcosa 19-11-2021 03:06 PM
Loh.
Terasa much?? [em:3:]
Quote che-cikL 19-11-2021 10:38 PM
Apalah pentingnya news ni kat kita
Quote kakikuDibibirmu 19-11-2021 11:44 PM
Tabur garam:

090813drk8jr486cazinrn.jpg
Quote sharlenetexas 20-11-2021 12:18 AM
kakikuDibibirmu replied at 19-11-2021 11:44 PM
Tabur garam:

Salt Bae of Jamaika.


Quote Acikgomen 20-11-2021 01:07 AM
kakikuDibibirmu replied at 19-11-2021 11:44 PM
Tabur garam:

Ujong2 anak merendek kat rumah member
Lawak betul
Quote edayildiz 20-11-2021 07:51 AM
la gitu jer pun xblh
Quote xpdckelate 20-11-2021 07:54 AM
komunis mana leh pertikai,lagi mau sembang demokrasi
Quote ninja9 20-11-2021 12:33 PM
gaya tabur buruk tu pun boleh jadi penarik .. hebat... lagi bangang polis terus panggil siasat.. haha
Quote krustykrab 20-11-2021 12:34 PM
Teruk nya negara ni....
Quote pittjie 20-11-2021 12:54 PM
Aksi tu dah dipaternkan ke? Sampai boleh kena Saman bila meniru?
Quote imanjannah 20-11-2021 01:48 PM
komunis kan
Quote aechae 20-11-2021 02:06 PM
kakikuDibibirmu replied at 19-11-2021 11:44 PM
Tabur garam:

Tengok gmbar ni teringat kt forumer yg dh pergi meninggalkn forum ni
Quote TeropongThaico 20-11-2021 02:31 PM
kakikuDibibirmu replied at 19-11-2021 11:44 PM
Tabur garam:

Hhahhaha... Ai ingat ini le aksi sebenar. Gambar kat depan tu kuar yg ni pulak.

Takkan aksi gitu pun dah dipanggil mengadap. Tak chill  langsung deols ni
Quote ezacbee 20-11-2021 05:12 PM

Yg ni kelakar.Beriya tabur garam rupanya...
Quote CiliPadiSedap 20-11-2021 05:30 PM
kakikuDibibirmu: Tabur garam: 2504164




Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.056864 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top