CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

MAPS Ipoh Perak Bakal Jadi Tempat Berhantu?

19-11-2021 02:10 PM| Diterbitkan: ameenarara| Dilihat: 4864| Komen: 18|Original author: Oleh: ameenarara

Description: Nampaknya angan-angan Movie Animation Park Studio (MAPS) yang terletak di Ipoh Perak untuk menjadi taman tema animasi pertama di Asia sekadar menjadi kenangan saja.
Nampaknya angan-angan Movie Animation Park Studio (MAPS) yang terletak di Ipoh Perak untuk menjadi taman tema animasi pertama di Asia sekadar menjadi kenangan saja.


Seakan-akan tidak ada pelan yang strategik oleh pihak terlibat untuk menaikkan semula kemeriahan taman tema ini sejak ditutup pada bulan Januari 2020.


Foto: Twitter Viral Perak

Tahukah anda, kos projek pembinaan taman tema ini berjumlah RM520 juta? Namu,n tempat ini kurang menarik perhatian orang ramai untuk datang ke sini.

Akaun Twitter Viral Perak mendedahkan keadaan MAPS hari ini sangat menyedihkan dan ditumbuhi dengan lalang dan semak samun. Hilang keceriaan di kawasan ini yang sepatutnya menjadi tempat hiburan keluarga.



Foto: Twitter Viral Perak

Ada juga yang berkata, MAPS bakal menjadi tempat berhantu dan nasibnya sama juga seperti Taman Tema Mimaland.


Foto: Twitter

Dalam komen yang lain, seorang pengguna Twitter menceritakan pengalaman dia membawa rombongan sekolah untuk datang ke MAPS dan pada ketika itu semua kedai buka dan memang ramai orang yang datang.


Foto: Twitter

Harap ada pihak yang sudi beli MAPS dan bangunkan semula dengan strategi yang lebih gempak untuk menarik perhatian orang ramai dan pelancong. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 19-11-2021 02:59 PM
Mak aih 520j  [em:11:]
Kang buat movie hantu sendu lagiiii. Mcm lakonan BamTah yg menang award apatah aritu [em:3:]
Tapi BamTah encem dlm tu [em:17:]
Quote manehnya 19-11-2021 03:40 PM
Tulah dlu tiket mahal bebenor... Ptt masa soft launch tu buat la yg mesra pelancong tempatan...
Quote makneng 19-11-2021 04:57 PM
Ermm.. Gajah putih in making.
Ingat dulu porumer mana ntah kata.. Awat x pegi buat studio canggih mcm kat korea or us...pi kuar modal buat maps ni hujung2 jd gini
Quote bondeh 19-11-2021 05:41 PM
project adik Lombok si suami kepada model kertu yang slim tuh kennn yang mumzy bangga sangat hujung2 jadi port Misteri Paranormal ahaks
Quote LautBiru52 19-11-2021 07:27 PM
Tiket mahal. Masa aku pergi ramai je orang. Sampaikan kena tunggu giliran 30min ke sejam kalau nk main dlm tu. Sudahnya bergambar, mkn aiskrim, balik [em:12:]
Quote kivio 19-11-2021 07:56 PM
Mimaland 2.0
Quote gideoncross 19-11-2021 10:15 PM
Mimaland dh ada psaing.
Quote Adrif 19-11-2021 10:43 PM

nah, terima lah 1 like daripada aku. terima lah
Quote Thunderclouds 19-11-2021 10:54 PM
Tiket mahal naw. Xgamak nk beli. Legoland tu pn tggu masa ja
Quote ekmal_sorrow 19-11-2021 11:32 PM
ini throwback zmn 80s dulu dulu....same state. perak, negeri mike ler.

"Taman SM Noor Batu Gajah"
Quote gideoncross 19-11-2021 11:33 PM
Adrif replied at 19-11-2021 10:43 PM
nah, terima lah 1 like daripada aku. terima lah

Tq uol hahahaha lollll.
Quote tripleid 20-11-2021 01:00 AM
Satu lagi projek Umno-BN yg gagal...x pasal2 lingkop duit rakyat 500juta



Hutang menggunung, jual saja taman tema MAPS kepada swasta - Kor Ming

Shafiq Noordin

Disember 3, 2018 15:36 MYT

Kerajaan negeri disaran menjual taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) kepada pihak swasta melalui tender terbuka bagi mengurangkan impak kewangan terhadap pentadbiran. -Foto mapsperak.com

Kerajaan negeri disaran menjual taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) kepada pihak swasta melalui tender terbuka bagi mengurangkan impak kewangan terhadap pentadbiran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong, Nga Kor Ming berkata kerajaan negeri tidak perlu lagi menanggung beban hutang daripada taman tema itu sedangkan duit berkenaan boleh digunakan untuk tujuan kebajikan rakyat.

“MAPS telah alami kerugian hampir RM500 juta, sasaran jumlah pelancong juga jauh tersasar. Dahulu (kerajaan negeri) Barisan Nasional membentangkan setahun akan terima 2 juta pelancong, saya dengar sekarang hanya 120,000 pelancong sahaja setahun.

“Saya syorkan taman tema ini dijual melalui tender terbuka supaya kerajaan negeri tak perlu lagi menanggung beban, hutang (MAPS) menggunung, ia satu beban besar dan menjejaskan usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan kebajikan rakyat,” katanya pada satu sidang media ketika Sidang DUN Perak, di sini, hari ini.

Tambah beliau yang juga Pengerusi DAP Perak, langkah penjualan itu juga selari dengan pandangan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan tidak sepatutnya terlibat dalam perniagaan tetapi menyerahkannya kepada sektor swasta.

“Memang bukan tanggungjawab kerajaan negeri untuk menguruskan taman tema kerana tiada masa dan kepakaran.

“Pilihan terbaik ialah kita hentikan kerugian, kalau tidak hentikan kerugian sekarang, kita akan alami kerugian yang lebih besar. Berikan kepada swasta, sudah tentu mereka akan menjana keuntungan kerana mereka pakar dalam bidang ini,” ujarnya.

MAPS merupakan projek usahasama milik PCB Development Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat di bawah kerajaan negeri Perak.


Quote babelina 22-11-2021 10:59 AM
nie klau x silap projek abg jejari ex pasha nk sandar kn.. dulu tgk nd n the gang pegi sana.. mcm gempak tempat tu.. sayang btl la..
Quote Artemesiaa 22-11-2021 11:03 AM
Swastakan je dari terus jadi semak samun macam tu.  
Quote KamikuP 22-11-2021 01:13 PM
Adakah ada2 unsur rasuah di situ?
Dengar citer dari org Ipoh depa kata rel roller coaster dari Australia tu 2nd hand dan yang dah kene reject tak ikut piawaian keeselamatan
Quote KIM.K 23-11-2021 03:19 PM
Pada aku kat mesia tak popular tempat2 gini
Sebab badi sunway lagoon so org tak suka, genyi
Lagipun mana movienya..buat nama biar elok
Quote belacan_gurl 23-11-2021 07:48 PM
Mahal sgt ke weh rege nk msknya dulu..  tp Ipoh dah ada lost world of tambun....menjadi gak tmpt tu...satu lagi bukit merah laketown resort pun ada gak perak tu...dulu pernah lawat kampung org utan kat sana....best gila
Quote salimrock 24-11-2021 06:08 PM
KamikuP replied at 22-11-2021 01:13 PM
Adakah ada2 unsur rasuah di situ?
Dengar citer dari org Ipoh depa kata rel roller coaster dari Austr ...

patut lah tak terlintas di hati nak pergi maps,

legoland, sunway lagoon, malah berjaya times square tu aku ada teringin, tp MAPS, tiada langsung, rasa baik g  funfair kt tapak funfair pelabuhan klang

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.350181 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top