CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Caj perkhidmatan restoran, hotel dicadang ditukar nama agar tak sama dengan GST

18-2-2015 12:48 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 7351| Komen: 33

Description: Caj perkhidmatan restoran, hotel dicadang ditukar nama agar tidak samadengan GSTTimbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata memandangkan caj ituakan turut dikenakan pada masa hadapan, ia per ...
Caj perkhidmatan restoran, hotel dicadang ditukar nama agar tidak sama  dengan GST

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata memandangkan caj itu  akan turut dikenakan pada masa hadapan, ia perlu ditukar nama kepada caj  restoran atau hotel supaya tidak mengelirukan orang ramai dengan Cukai Barang  dan Perkhidmatan (GST). - Foto TRP/Mokhsin Zamani


[size=100%]

BATU PAHAT, 17 Februari:
Caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus yang kini  dikenakan oleh restoran dan hotel dicadangkan ditukar nama agar tidak  mengelirukan pengguna.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan  berkata memandangkan caj itu akan turut dikenakan pada masa hadapan, ia perlu  ditukar nama kepada caj restoran atau hotel supaya tidak mengelirukan orang  ramai dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).


“Kita hendak mencadangkan nama caj restoran atau  caj hotel ditukar sebab bukan kerajaan yang ambil duit itu, tetapi diambil oleh  pihak hotel dan restoran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad yang juga Anggota Parlimen Pontian berkata  demikian ketika mengulas mengenai caj perkhidmatan restoran dan hotel yang boleh  mengelirukan pengguna apabila GST mula dilaksanakan mulai April ini.

Terdahulu, beliau meluangkan masa kira-kira dua  jam bersama penduduk sekitar Batu Pahat menerangkan isu berkaitan GST, Bajet  2015 dan isu semasa yang lain.

“Kalau servis tak bagus, pengguna boleh tak  bayar. Yang GST enam peratus tu pengguna kena bayar tapi caj perkhidmatan  (restoran atau hotel) 10 peratus itu, pengguna ada hak tidak bayar,” kata  Ahmad.

Beliau berkata caj restoran atau hotel itu  seharusnya sebagai tip untuk pekerja.

Sementara itu, Ahmad mengulangi bahawa  pelaksanaan GST bakal menurunkan harga barangan keperluan asas.

“Dalam pembentangan Bajet 2015, Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan 56 peratus daripada 900 barangan,  akan turun harga.

“Kerajaan sudah pun mengeluarkan buku panduan  pengguna yang menyenaraikan barangan yang akan turun harga dan boleh dijadikan  rujukan pengguna,” kata beliau.

Ahmad turut menjelaskan bahawa harga barangan  yang dikatakan naik itu hanya melibatkan barangan yang bukan keperluan asas  pengguna.



TRP
6

Bagus
11

Marah
7

Terkejut
7

Sedih
10

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 18-2-2015 06:44 AM
Putar belit daaa
Hari tu kate satu cukai je
Quote budakshinchan 18-2-2015 07:03 AM
10% + 6% hmm x kesahlah sapa yak amek.. byk tu.. seboleh boleh shin kena try elak gi tempat yak ada amek cukai perkhidmatan 10% ni.. sekali sekala xpe..

Quote makneng 18-2-2015 07:06 AM
Service charge nak up..tp kdg2 tu service cam tahi u know
Quote sub5zero 18-2-2015 07:38 AM
Memang bebal la...ko pi tgok iklan sofi jikan kena bodohkan dgn pelakun misai tebal ntah sapa nama dia fsl tnya sst dgn gst .  Skrg putar belit plk....Ni nama dia kebodohan melampau:
Quote revolusi_30 18-2-2015 07:45 AM
Pundek la , kata SST takde ... Ne ada pulak ... Ckp mcm tamil ..!!!  
Quote revolusi_30 18-2-2015 07:48 AM
Lepas ne semua peniaga boleh la caj Perkhidmatan 10% lepas tu tukar nama . Tambah tolak pun tetap 16% gak. Bangang
Quote fire_place 18-2-2015 08:03 AM
Artikel ni tepek kat muka akak elohim yg dulu ckp org bodo
Ckp org xphm gst.ckp 6% je..leh lahap mcd blabla2..
Ckp org xphm gst.nah..tuhan bayo cash ckp org bodo
Ternyata sape lebih bodo.
Senyum sinis je aku baca bila teringatkn dia membodohkn org lain
Katany xphm gst.
Quote nikaido 18-2-2015 08:20 AM
lancau la maslan jawa

GST kurangkan harga konon. sekarang jumlah tax saja dah 16% kalau makan kat restaurant
Quote wanlya 18-2-2015 08:25 AM
adoilah...harga makin naik cukai tetap kene bayar.....wah malaysiakuuuuuuuuuuu.......
so lepas ni mmg say big NO to restaurant yang kenekan service charge ni...mcm pundekkkk
Quote yusrin 18-2-2015 08:29 AM
nikaido replied at 18-2-2015 08:20 AM
lancau la maslan jawa

GST kurangkan harga konon. sekarang jumlah tax saja dah 16% kalau makan kat ...

takde mana2 pihakpun yg paksa rakyat  makan kat restoran...
Quote mak_wa95 18-2-2015 08:29 AM
nama xsama charge ttp kena...bodowwww le...
Quote ainie_1008 18-2-2015 08:33 AM
tak payah makan kat restoren yg mahal2. makan kat restoren yg murah2 je.. lg afdal masak sndiri..
Quote brownstone 18-2-2015 08:34 AM
cukai 10% x perlu bayar kalau servis x bagus? ko mimpi ke?
Quote forfavor 18-2-2015 08:36 AM
yg I dipahamkan, bila GST berkuatkuasa semua cukai jualan n cukai perkhidmatan akan dihapuskan. termasuklah service charge yg skrg ni diamalkan oleh smua premis. n semua tu terhapus. bile kite g makan kt restoran or hotel, ,yg akan dikenakan ke atas pengguna cuma harga makanan+GST. tu je.

so mana 1yg betul ni?
Quote revolusi_30 18-2-2015 08:41 AM
brownstone replied at 18-2-2015 08:34 AM
cukai 10% x perlu bayar kalau servis x bagus? ko mimpi ke?

Ingat kedai abah dye ke leh suka2 x mau bayar. Lol
Quote qronaldo7 18-2-2015 09:10 AM
turunkan harga service tax!!
Quote prettyuglybabe 18-2-2015 12:42 PM
kata bila ada GST, cukai servis lain akan dihapuskan??
sekarang ni kata lain pulak??
Quote pia250110 18-2-2015 12:55 PM
masak kat umah je la kalu gitu..no makan kat kedai..bia kedai makan bankrup xde org makan..
Quote nikaido 18-2-2015 12:57 PM
yusrin replied at 18-2-2015 08:29 AM
takde mana2 pihakpun yg paksa rakyat  makan kat restoran...

Bodoh punya macai maslan

Yg aku persoal bukannya tentang aku nak makan dkt restoran ke tidak tp tentang maslan yg menipu.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.066697 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top