CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Ez Complaint Diperkenalkan Untuk GST?

3-3-2015 05:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3644| Komen: 1

Description: “Daripada Jumlah Aduan Yang Diterima Tahun Lepas, Sebanyak 95.87 Peratus Atau 13,507 Aduan Berjaya Diselesaikan Berbanding Tahun 2013 Iaitu Hanya 10,864 Aduan Atau 91.7 Peratus Sahaja Yang Diselesaik ...
Ez Complaint Diperkenalkan Untuk GST?


KUANTAN - Pengguna yang menghadapi masalah dengan peniaga berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan bulan depan, boleh menyalurkan aduan mereka menerusi sistem aplikasi telefon pintar iaitu ‘EZ Complaint’.
       
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata aplikasi itu membolehkan pengguna menyalurkan aduan mereka dalam bentuk gambar sebagai bukti, terus ke sistem E-Aduan.
       
Beliau berkata EZ Complaint dibangunkan dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di bawah program ‘1Gov App Store’.
       
“Aplikasi ini mempunyai beberapa ciri untuk memudahkan pengguna seperti ‘GEOTAG’ di mana pengguna tidak perlu mengisi alamat premis yang diadu dan tidak perlu mengisi nombor aduan untuk penyemakan status.
       
“Profil pengguna yang berulang, notifikasi e-mel dan maklumat lain yang berkaitan juga hanya diperlukan pada kali pertama memuat turun aplikasi ini,” katanya semasa merasmikan Kempen Penurunan Harga Barang 2015 Peringkat Kebangsaan di pasar raya ‘The Store’ di pusat membeli-belah Kuantan Parade di sini, kelmarin.
       
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Seri Shahiruddin Abd Moin dan Pengurus Besar Kanan Operasi Kumpulan The Store, Winky Pek.
       
Sementara itu, Hasan berkata Pusat Pengurusan Aduan Pengguna kementeriannya menerima sebanyak 14,089 aduan berkaitan isu kepenggunaan pada tahun 2014, berbanding 11,851 aduan pada tahun sebelumnya.
       
“Daripada jumlah aduan yang diterima tahun lepas, sebanyak 95.87 peratus atau 13,507 aduan berjaya diselesaikan berbanding tahun 2013 iaitu hanya 10,864 aduan atau 91.7 peratus sahaja yang diselesaikan,” katanya.
       
Hasan berkata antara faktor yang menyebabkan peningkatan jumlah aduan adalah kejayaan kempen dan pendidikan kepenggunaan dalam memberi kesedaran kepada pengguna untuk memperkasakan hak mereka.
       
Selain itu, publisiti meluas oleh media mengenai kejayaan operasi penguatkuasaan kementerian juga memberi keyakinan kepada pengguna bahawa aduan mereka akan diberi perhatian, tambah beliau. 
                                                                                                                                                                                                                                                         

17

Bagus
20

Marah
21

Terkejut
28

Sedih
27

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (139 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 3-3-2015 01:38 PM
Woookeyyy.

Lihat semua komen(1)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-9-2023 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.071277 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top