CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rugi Rm14 Juta Ditipu Ejen Jongkong Emas

18-2-2015 12:47 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3485| Komen: 4

Description: Rugi RM14 juta ditipu ejen jongkong emasPemilik sebuah syarikat jual beli emas serta rakannya mendakwa merekakerugian lebih RM14 juta setelah
Rugi RM14 juta ditipu ejen jongkong emas

Pemilik sebuah syarikat jual beli emas serta rakannya mendakwa mereka  kerugian lebih RM14 juta setelah menjadi mangsa penipuan ejen urus niaga dan  pengedar jongkong emas.


[size=100%]

KUALA LUMPUR, 18  Februari:
Pemilik sebuah syarikat jual beli  emas serta rakannya mendakwa mereka kerugian lebih RM14 juta setelah  menjadi mangsa penipuan ejen urus niaga dan pengedar jongkong emas.

Pengadu  berkenaan, Ismazali Mohd Ismail, 32, yang juga pemilik  Syarikat Habib Gold & Jewelleries di Shah Alam mengaku ditipu  ejen terbabit yang mempunyai sebuah syarikat berdaftar di Seremban.

“Sejak  lima bulan lepas, saya sudah membeli jongkong emas dalam skala  kecil dan tiada masalah berurusan dengan ejen berkenaan yang mana  setiap barang yang kita tempah, akan dipenuhi dalam tempoh dijanjikan.


“Tetapi  dalam urusan jual beli November lepas yang babitkan jumlah  pembelian yang besar, barang yang dijanjikan gagal disampaikan  sehingga ke hari ini.

“Alasan  yang diberikan ialah barang itu tiada. Malah duit saya dan  pembeli lain juga tidak dipulangkan langsung,” katanya.
Beliau percaya modus operandi ejen berkenaan  adalah dengan memancing pelanggannya membeli jongkong emas pada jumlah yang  besar dengan harga murah berbanding harga sebenar di pasaran sebelum menipu  pembeli.

Ismazali  berkata beliau telah membuat satu laporan polis di Seremban, dan telah  memfailkan permohonan injunksi ke mahkamah semalam untuk tindakan lanjut.

Rakan  mangsa yang juga seorang ahli perniagaan, Abdul Malik  Dasthigeer berkata beliau tidak menyangka ejen tersebut sanggup  menipu pihak mereka memandangkan urusan jual beli melibatkan jumlah yang  besar.

“Saya  meminta orang ramai agar tidak tertipu dengan ejen ini yang masih  lagi berani beroperasi sehingga hari ini dengan iklan-iklan yang  ditampalkan di banyak tempat di Seremban dan Lembah Klang,” katanya.



TRP
3

Bagus
6

Marah
10

Terkejut
1

Sedih
11

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote catalina 18-2-2015 07:00 AM
Bertabahlah.
Ade insurance cover kot.
Quote makneng 18-2-2015 07:08 AM
Eh penipu bukan kira nak tipu jumlah besar or kecik...lol
Quote mak_wa95 18-2-2015 07:21 AM
dah sah2 nampak menipu...

jual dgn harga yang murah
Quote revolusi_30 18-2-2015 07:53 AM
Ne penipu yg gi Singapore tu ke, kata berbillion ringgit nilai nya

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.175294 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top