CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tuah Bela Kucing, Terjumpa Kacip Pinang Emas

26-1-2015 11:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12472| Komen: 61

Tuah Bela Kucing, Terjumpa Kacip Pinang Emas


Zulkipli menunjukkan barang berharga yang ditemuinya sambil meriba Miow.


Inilah kacip pinang emas kepala naga yang ditemui Zulkipli.

ROMPIN – Seorang nelayan yang tinggal di Kampung Perepat, di sini, tidak menyangka keputusannya memelihara seekor anak kucing yang dijumpai di pinggir hutan berhampiran rumahnya empat tahun lalu membawa kepada penemuan objek misteri yang tertanam di tepi kediamannya.

Menurut Zulkipli Sulong, 46, kucing betina yang diberi nama Miow itu telah melahirkan lima ekor anak tahun lalu, namun seekor daripadanya mati.

"Bila anak kucing tu mati, saya cadang nak tanam di tepi rumah sahaja. Sedang saya gali lubang kubur untuk anak kucing tu, tiba-tiba mata alat penggali yang saya guna terkena objek keras macam besi.

"Saya gali lagi dan bila dikeluarkan dari tanah, saya terkejut sebab ia merupakan kacip pinang yang berukir kepala naga berwarna emas. Saya tak sangka kematian anak Miow membawa kepada penemuan kacip pinang yang diperbuat daripada emas. 

Mungkin ini balasan sebab saya ambil dan peliharanya Miow sewaktu dijumpai di pinggir hutan empat tahun lalu,” katanya yang menganggap penemuan tersebut ibarat tuah membela Miow.

Zulkipli berkata, sebelum menjumpai kacip pinang emas tersebut, satu kejadian aneh pernah berlaku apabila ada objek besar jatuh di atas bumbung rumahnya dengan bunyi yang sangat kuat, namun selepas diperiksa tidak menjumpai sebarang objek.

Bagaimana pun, menurutnya, selepas menjumpai kacip pinang emas itu tiada kejadian aneh yang menimpa dirinya.

"Sampai sekarang ni saya masih simpan kacip pinang tersebut. Saya juga yakin ia adalah emas sebenar selepas bertanya dengan rakan-rakan yang rapat. Kawan-kawan beritahu, kacip pinang itu memang diperbuat daripada emas. Saya cuba mengikisnya sendiri dengan pisau... warna emasnya tak hilang dan habuknya berkilat,” katanya.
13

Bagus
8

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
7

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sekel 21-1-2015 04:29 PM
jaga-jaga pakcik.........tentu ramai 'saudara mara' yg dtg nnt
Quote missDollie 21-1-2015 04:31 PM
ooo..emas boleh kikis ek..tak tau plak...
Quote musangcomel 21-1-2015 04:33 PM
g la check kat ar-rahnu pakcik
br sahih emas ke bukan
Quote kentel 21-1-2015 04:36 PM
hahahaha....melayu dan mistik berpisah tiada
Quote obelisk 21-1-2015 04:39 PM
belanja miow piskis setaun pakcik
Quote FOTHER-MUCKER 21-1-2015 04:40 PM
Entah entah tembaga. Tapi bila pakcik nak jadi pawang?
Quote iman_aly 21-1-2015 04:40 PM
comelnye bg nama kucing dia miow..
Quote stania83 21-1-2015 04:43 PM
ingatkan miyau yg kais . rupanya anak miyau meninggal dia nak tanak anak miyau baru jumpa.
Quote bellaa 21-1-2015 04:51 PM
obelisk replied at 21-1-2015 04:39 PM
belanja miow piskis setaun pakcik

Miow pokcik dah mati lahh.
Quote idadzira 21-1-2015 04:53 PM
pakcik jual je la emas tu lepas tu buat pelaburan boleh membantu menaikan taraf hidup pakcik
Quote ultra78 21-1-2015 04:53 PM
Sebenarnya tak perlu kucing pun. Kalau ada metal detector boleh aje jumpa benda tu

Quote mattzzx 21-1-2015 04:56 PM
sekel replied at 21-1-2015 04:29 PM
jaga-jaga pakcik.........tentu ramai 'saudara mara' yg dtg nnt

Saudara mara tak apa lagi, takut tetamu yg tak di undang tu datang.....

Quote missDollie 21-1-2015 04:59 PM
ultra78 replied at 21-1-2015 08:53 AM
Sebenarnya tak perlu kucing pun. Kalau ada metal detector boleh aje jumpa benda tu

mana nak beli tu..kucing ai asyik bawak balik katak, burung, pepatung, cicak dengan daun kering je..
Quote Munnalicious 21-1-2015 05:05 PM
Kucing aku pon sama bwk balik belalang, burung bla3. Stress haku. Suka sangat makan makanan eksotik walaupon diberi makanan yg sedap.
Quote ultra78 21-1-2015 05:06 PM
missDollie replied at 21-1-2015 04:59 PM
mana nak beli tu..kucing ai asyik bawak balik katak, burung, pepatung, cicak dengan daun kering je ...

Tak berbaloi nak beli. Lainlah kalau target cari harta karun


Quote kucen_miang 21-1-2015 05:09 PM
Edited by kucen_miang at 21-1-2015 05:11 PM

fuyoo..kacip emas jatuh dari kapal angkasa tu ke ayoh ping lempar dari kerajaang langit .  
Quote kucen_miang 21-1-2015 05:11 PM
Munnalicious replied at 21-1-2015 05:05 PM
Kucing aku pon sama bwk balik belalang, burung bla3. Stress haku. Suka sangat makan makanan eksotik  ...

macam manusia gak la..takkan mkn cheese spagetti hari2...nak gak merasa budu sambal belacan sesekali.
Quote newyork 21-1-2015 05:16 PM
mastika betul crita nih
Quote xtahumenahu 21-1-2015 05:19 PM
apa kaitan bunyi bende jatuh tu ngan kacip nih?












Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.247683 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top