CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa Penipuan Banglo Murah Mohon Bantuan PPIM

20-9-2017 01:08 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 17470| Komen: 167

Description: Baru-baru ini, seramai 200 pembeli tampil berkumpul di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) namun PPIM didapati gagal menuntut pembelaan berhubung penipuan yang dihadapi dalam projek mini ...


Kes sindiket penipuan dalam urusan pembelian rumah baharu bukanlah sesuatu perkara yang baru di negara kita khususnya projek yang membabitkan pihak pemaju yang tidak bertanggungjawab.  

Baru-baru ini, seramai 200 pembeli tampil berkumpul di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) namun PPIM didapati gagal menuntut pembelaan berhubung penipuan yang dihadapi dalam projek mini banglo berharga RM60,000 seunit. 



Memetik laporan MalaysiaGazette, pembeli terbabit hanya dapat bertemu dengan Datuk Norul Iman Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Datuk Boy Iman yang merupakan wakil DBI Properties yang pernah menjadi ejen pemasaran kepada Juta Kelulut ketika melancarkan promosi projek Mini Banglo pada Mei tahun lalu.

Juta Kelulut Sdn Bhd merupakan syarikat pemaju yang bertanggungjawab ke atas projek mini banglo tersebut.

Hasil penjelasan Boy Iman, beliau juga antara mangsa penipuan skim tersebut sambil menyebut beberapa nama yang membayarnya untuk menubuhkan syarikat DBI Technology Sdn Bhd bagi memasarkan rumah berkenaan.

Rentetan itu, kumpulan pembeli tersebut bergegas ke pejabat Juta Kelulut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak yang bertanggungjawab. 

Bagaimanapun, individu yang ditemui ketika di pejabat tersebut turut mengatakan dia juga cuma bertindak sebagai ejen dan telah menyerahkan kesemua wang kepada pihak lain.

Tambahnya, beliau hanya diberi RM6 juta untuk membeli peralatan pembinaan dan menyebut nama dua individu yang bertanggungjawab mengambil wang tersebut yang sehingga kini tidak diketahui statusnya.

Kesemua mangsa hampa kerana matlamat mereka untuk menuntut wang masih belum tercapai.


Dalam pada itu, menurut aktivis PPIM, Yusuf Azmi, pihaknya telah mendesak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kes tersebut kerana aduan telah dilakukan.

Namun sehingga kini, PDRM masih belum memberi maklum balas terhadap aduan yang dibuat.

Projek mini banglo yang menggunakan sistem pembinaan industri (IBS) mendapat sambutan sambutan hangat kerana harga yang ditawarkan menarik dan mampu bayar.

Namun orang ramai yang membeli rumah berkenaan mula berasa tertipu kerana sehingga lebih setahun tiada sebarang pembinaan dijalankan.- CARI


11

Bagus
16

Marah
9

Terkejut
14

Sedih
11

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 20-9-2017 01:17 PM
Hak hak hak nasib baik aku tak voli.. baru tanye jah dulu.. kalo tak silap 45 riban pun dah dapekk.. nasib baik Allah lindung aku.  #donedakwah.
Quote tagas 20-9-2017 01:17 PM
Melayu & skim penipuan mlm

berpisah tiada

Mcm2 skim penipuan yg akhir nya tersontot

Gwgfx, kongsi mkn, dbi..lps ni ntah hape pulak

news smlm leader kongsi mkn da kena tangkap
Quote emasgunung 20-9-2017 01:19 PM
Banglo rm60k? Mangsa-mangsa ni tak tau ke buat-buat tak tahu? Murah sangat harga tu untuk banglo @mini banglo.. :
Quote Buritan 20-9-2017 01:22 PM
tagas replied at 20-9-2017 01:17 PM
Melayu & skim penipuan mlm

berpisah tiada

Semua nak kaye cepat sis.  Aku caye asb dgn bank rakyat sajah.. alhmdlh..
Nak buat rumah pakai prima plus plus laa.. dah ade utk org yg bergaji levih dr 3 riban tapi harga starting 109 smlm aku tipun.. rumah oklaa.. janji ade tanah.. nak dapek yg skin prima tuu kena bwh 3 riban
Quote Buritan 20-9-2017 01:22 PM
tagas replied at 20-9-2017 01:17 PM
Melayu & skim penipuan mlm

berpisah tiada

Semua nak kaye cepat sis.  Aku caye asb dgn bank rakyat sajah.. alhmdlh..
Nak buat rumah pakai prima plus plus laa.. dah ade utk org yg bergaji levih dr 3 riban tapi harga starting 109 smlm aku tipun.. rumah oklaa.. janji ade tanah.. nak dapek yg skin prima tuu kena bwh 3 riban
Quote mommymonster82 20-9-2017 01:35 PM
Beria konon hrtu nak saman..hha skrg ko nak ckp per ? {:laugh
Quote OmJualGas 20-9-2017 01:40 PM
Ahahahahahahahaha..........
Quote insulin 20-9-2017 01:41 PM
Takziah kepada yang terkena tipu tu.
Quote sofiazara 20-9-2017 01:42 PM
lah! si boy iman pun kata dia kena tipu?!
Quote buragazz 20-9-2017 01:42 PM
emasgunung replied at 20-9-2017 01:19 PM
Banglo rm60k? Mangsa-mangsa ni tak tau ke buat-buat tak tahu? Murah sangat harga tu untuk banglo @mi ...

Aku baru nak cakap benda yang sama... to good to be true kekdahnya dik.. senang benor kluor duit...
Quote NE_KO 20-9-2017 01:43 PM
tagas replied at 20-9-2017 01:17 PM
Melayu & skim penipuan mlm

berpisah tiada

untuk dbi bisnes tu memang 100 peratus bole dipercayai.boleh refer kat sini
Quote memeque10 20-9-2017 01:45 PM
bagus PPIM ni...now dah boleh atasi biro aduan MCA yg famous satu ketika dulu...now semua bangsa mnta tolong PPIM...syabas
Quote palmolive 20-9-2017 01:47 PM
sama jek konsep...
beli kete main sign jek tak baca kontrak...bila nak claim xdpt salahkan org..
beli henset mahal kt kedai tepi mcm kt pertama kompleks..bila rosak nk claim xleh..
paling takleh blah, beli external harddisk..jatuh pahtu nak claim waranty..hehehe
Quote NE_KO 20-9-2017 01:48 PM
Hasil penjelasan Boy Iman, beliau juga antara mangsa penipuan skim tersebut sambil menyebut beberapa nama yang membayarnya untuk menubuhkan syarikat DBI Technology Sdn Bhd bagi memasarkan rumah berkenaan
Quote idakamaruddin 20-9-2017 01:49 PM
ironinyaa si boy ni plak tlg pertahankan hak dorang ni masalahnye dia pn sendiri buat rumah 50k

Quote ovina 20-9-2017 01:50 PM
patutla dari awal lg..mcm ada yg tak kena aje....
Quote kecimpret 20-9-2017 01:51 PM
boy iman tu pun 2 kali 5...nak play victim kononnnn


Quote memeque10 20-9-2017 01:51 PM
Boy imanbahlol  ni dah lama terkenal dgn tipu menipu ni...
Quote haryatie 20-9-2017 01:56 PM
aku pun pernah lesap duit rm5 ribu nak beli umah
kali pertama pergi ada lagi staff nya
dia bagi cek Bank Islam...tp hampeh xde duit 1 sen pun
pegi kali ke2 tinggal ofis yg da kosong
akhirnya redha jer la duit hilang gitu
xde la nk halalkan... mampus la ko org

Lihat semua komen(167)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.449954 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top