CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rugi Rm3.4 Juta Beli Emas Melalui Facebook

15-1-2015 09:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9798| Komen: 46

Description: "Pada Peringkat Awal Urusan Pembelian Berlaku Tanpa Masalah Dan Mangsa Telah Mengajak Ahli Keluarga Dan Rakannya Untuk Membeli Emas Daripada Syarikat Tersebut. Namun Setelah Pembayaran Dibuat, Emas ...
Rugi Rm3.4 Juta Beli Emas Melalui Facebook


MELAKA - Seorang ahli perniagaan bersama kira-kira 50 ahli keluarga dan rakannya dilapor mengalami kerugian RM3.4 juta setelah membeli emas melalui Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, Superintendan Ee Khong Koy berkata, lelaki berusia 33 tahun itu berurusan dengan sebuah syarikat pada September tahun lepas dengan jaminan keuntungan lumayan.

Beliau berkata, mangsa menyedari telah tertipu selepas tidak dapat lagi menghubungi syarikat tersebut pada 9 Januari lalu.

"Pada peringkat awal urusan pembelian berlaku tanpa masalah dan mangsa telah mengajak ahli keluarga dan rakannya untuk membeli emas daripada syarikat tersebut. Namun setelah pembayaran dibuat, emas yang dijanjikan tidak diterima," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontigen Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata, syarikat tersebut didapati mempunyai ramai ejen jualan di seluruh negara. 
         

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Knowlee 15-1-2015 09:04 AM
haih la... apo nak dikato... mudah sgt percaya...
Quote kentel 15-1-2015 09:12 AM
bangsa ape?? x pelik kalau sek2 tu..deme kaya..biarlah..
Quote skyreds 15-1-2015 09:20 AM
pi la beli emas dari bank ke...kedai2 emas
Quote truckfood888 15-1-2015 09:21 AM
Begitu kaya beli emas kenapa tak beli dari kedai?
Quote duquesne 15-1-2015 09:23 AM
Lahh.. apa nama syarikat? Meh la nak skodeng jugak... berdaftar ke tak... bla bla blaaa...
Quote cmf_jeangrey 15-1-2015 09:27 AM
kalau nk beli online kt blog/fb/mudah, brg2 macam tupperware, tudung, baju, accessories tu boleh la...kalau rugi kena tipu sekalipun x ralat sgt
Quote zameyla 15-1-2015 09:38 AM
tak percaya aku beli emas kt fb...baik p kedai ble tengok sndri, ble test2 kat tangan, leher sndri...lagi puas hati...
Quote musangcomel 15-1-2015 09:40 AM
skyreds replied at 15-1-2015 09:20 AM
pi la beli emas dari bank ke...kedai2 emas

aku br nak koen yg sama
nak sgt beli emas beli la kat kedai ke bank ke kan
at least mmg nampak emasnya
kat fb ni byk scam je
Quote mjla 15-1-2015 09:42 AM
Dah kecoh skrg...

Ramai tokey mas tersontot.

MLM mana yg boleh kekal....
Quote juliez 15-1-2015 09:45 AM

Tersontot Arba la ni. Arba opis dah tutup since tuan haji kena tangkap hari tu. Tak tahu la now dah beroperasi balik or not
Quote mohdcrow 15-1-2015 09:45 AM
kononnya canggih la tu bleh beli online
Quote Kilokahn 15-1-2015 09:47 AM
ETA: Emas Tak Ada.
Quote skyreds 15-1-2015 09:48 AM
musangcomel replied at 15-1-2015 09:40 AM
aku br nak koen yg sama
nak sgt beli emas beli la kat kedai ke bank ke kan
at least mmg nampak e ...

high profile bisness melalui FB...ade je orang nak percaya sampai juta2 plak tu, aku tengok online2 bisness kat FB tu pun malas...kalau nak pi la carik kat kedai
Quote Z77 15-1-2015 09:48 AM
musangcomel replied at 15-1-2015 09:40 AM
aku br nak koen yg sama
nak sgt beli emas beli la kat kedai ke bank ke kan
at least mmg nampak e ...

kalau beli emas kat kedai ataupun bank nak2 kedai emas..aku mintak timbang depan mata..tak boleh caya juga...kekadang gram dia macam terkurang

Quote musangcomel 15-1-2015 09:51 AM
Z77 replied at 15-1-2015 09:48 AM
kalau beli emas kat kedai ataupun bank nak2 kedai emas..aku mintak timbang depan mata..tak boleh c ...

aah btol tu
slalu pas beli aku g check kat ar rahnu
so far berat suma sama takde terkurang so kira okay la
so boleh la berulang beli kat kedai yg sama


Quote poyohabis 15-1-2015 09:52 AM
Ni mcm kawan aku la dia konon join pelaburan emas depb dia kata. Mula2 invest dpt mcm duit apatah.. Kira untung la lps tu tambah lg modal alih2 diam terus agen tu.. Call x dpt msg x reply.. Burn 6k.. Kalo aku 6k tu pegi tomei ke poh kong ke habib ke lenjan la membeli emas kat situ mau dpt 30-40g ms emas murah thn lps
Quote musangcomel 15-1-2015 09:52 AM
zameyla replied at 15-1-2015 09:38 AM
tak percaya aku beli emas kt fb...baik p kedai ble tengok sndri, ble test2 kat tangan, leher sndri.. ...

setuju ngan ko
cam tak best je beli emas onine
tak dpt nak try
klu kat kedai leh try mcm2 paten sampai lebam

Quote musangcomel 15-1-2015 09:53 AM

hahahahaha
tepat skali

Quote kenarikelabu 15-1-2015 10:24 AM
Cerita pung pang pung pang. Tapi satu info pun xde nama2 yg terbabit. Camne la org nk tau sape punya angkara

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.058654 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top