CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Khidmat Data Internet Tak Telus, Syarikat Telco Penipu – Ppim

14-1-2015 06:06 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2482| Komen: 2

Description: Ada Pula Syarikat Telekomunikasi Yang Mengambil Kredit Pra-Bayar Pelanggan Atas Sebab Langganan Internet Harian Sedangkan Pelanggan Berkenaan Sudah Pun Membuat Langganan Data Internet Bulanan.
Khidmat Data Internet Tak Telus, Syarikat Telco Penipu – PPIM


Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan 

KUALA LUMPUR – Tindakan syarikat telekomunikasi yang dilihat tidak telus dalam urusan perkhidmatan data internet disifatkan satu penipuan yang harus ditangani segera oleh kerajaan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai berkenaan hal berkenaan dan ia dilihat semakin berleluasa.

Semalam, Mynewshub.cc melaporkan mengenai tindakan syarikat telekomunikasi (telco) Celcom yang menghantar sms tentang penggunaan data internet yang sudah pun mencecah 80 peratus daripada keseluruhan 3GB yang dilanggan padahal hanya 1GB lebih sahaja baru digunakan dalam masa lapan hari.

Selain itu, telco lain juga mengamalkan bentuk perniagaan yang tidak sihat dalam pelan perniagaan data yang ditawarkan mereka.

Menurut beliau, apa yang dialami para pengguna kini merupakan satu bentuk penipuan telco dan ada kes juga di mana pelanggan melanggan data tetapi langsung tidak menerima perkhidmatan seperti yang dijanjikan.

“Itu penipuan lah tu, patutnya jika pelanggan melanggan 3 gigabyte (GB) patutnya tiga, dapatnya 1.5GB kadang-kadang tidak dapat langsung, orang pun marah pilih syarikat telekomunikasi lain tetapi perlu menandatangani kontrak selama dua tahun.

“Jika ada pengguna tidak bayar, tiap-tiap bulan dikenakan penalti pula setiap bulan RM50… Akhirnya ada pengguna sampai perlu membayar RM20,000 lebih bermula daripada hanya RM200 yang tidak dibayar,” katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

Ada pula syarikat telekomunikasi yang mengambil kredit pra-bayar pelanggan atas sebab langganan internet harian sedangkan pelanggan berkenaan sudah pun membuat langganan data internet bulanan.

Selepas dibuat aduan kepada syarikat telekomunikasi, ia diperbetulkan dan jumlah kredit yang diambil dikembalikan semula kepada pelanggan.

Forum : http://bit.ly/1xn3mKm

“Dia tipu dulu, jika ada yang mengadu dia pulang lah semula. Soalnya berapa ramai sangat yang membuat aduan berkaitan hal berkenaan berbanding yang tidak mengadu, mereka untung banyak,” katanya.

Nadzim berkata ada pelanggan yang terpaksa membayar sehingga RM80,000 atas alasan perkhidmatan perayauan antarabangsa (roaming) yang dikenakan ketika individu itu berada di luar negara.

Menurut beliau perkara itu tidak boleh dibiarkan kerana dilihat syarikat telekomunikasi berterusan menipu pelanggan khususnya melalui caj-caj yang tersembunyi melibatkan perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan.

Beliau menyeru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk memantau dan menyelesaikan isu berkaitan caj-caj seumpama itu.

Nadzim berkata, pengguna juga perlu menggunakan hak dan kebijaksanaan mereka untuk membuat aduan secara beramai-ramai kepada pihak berkuasa berkenaan penipuan-penipuan ini kerana ia tidak boleh dibiarkan berleluasa.

Hari ini, PPIM mengadakan sidang media di Sembang-Sembang Cafe di ibu negara bagi mendedahkan penipuan berleluasa tidak hanya melibatkan syarikat telco tetapi juga caj-caj melampau dan tidak munasabah lain yang dikenakan peniaga tanpa mengira kepentingan pengguna. 


5

Bagus
15

Marah
6

Terkejut
17

Sedih
7

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote tom2 16-1-2015 12:45 AM
But what choicw do we have. Kat europe internet murah je.. laju pon laju..huhu
Quote tom2 16-1-2015 12:45 AM
Keji la telco

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.039137 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top