CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Senarai Penipuan Telco Yang Didedahkan Ppim

14-1-2015 03:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16739| Komen: 87

Description: Persoalan Lebih Besar, Apa Jadah Kementerian Berkaitan Pengguna Dan Komunikasi Buat Kat Negara ? Bertuah La Kalau Nak Kata ‘Kita Tak Tahu…Kita Tido Je Kat Putrajaya Tu’. … Rasanya Sudah Beribu Adu ...
Senarai Penipuan Telco Yang Didedahkan Ppim


Rupa-rupanya banyak penipuan yang dilakukan syarikat telekomunikasi mudah alih (TELCO) kepada pengguna telefon bimbit.

Bermula dari khidmat perayauan antarabangsa, sehinggalah kepada kehilangan baki kredit tanpa sebab yang  munasabah, ia didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam sidang media berkaitan isu caj-caj melampau di ibu negara hari ini.

Berikut antara penipuan syarikat TELCO yang didedahkan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

  • Perayauan Antarabangsa (Roaming) - Caj sehingga mencecah RM80,000 selepas berada di luar negara tanpa mengetahui wujudnya perkhidmatan berkenaan, bila dibuat aduan kepada TELCO, pihak berkenaan kemudian mendakwa perkhidmatan itu memang sudah tersedia di dalam langganan.

  • Kehilangan Kredit Pra-Bayar -  TELCO mengambil sejumlah kredit daripada akaun pengguna atas sebab perkhidmatan data internet harian padahal, pelanggan itu sudahpun membuat langganan untuk data internet secara bulanan, selepas membuat aduan, barulah jumlah kredit berkenaan dikembalikan semula, jika tidak dibuat aduan, kredit berkenaan akan hilang. Bayangkan berapa banyak kes kehilangan kredit sebegitu tidak yang tidak dibuat aduan?

  • Pelan Data Internet – Pelanggan yang memohon langganan 3 Gigabyte (3GB) contohnya, tetapi hanya mendapat 1.5GB dan ada aduan yang diterima PPIM, tidak menerima apa-apa langsung langganan.

  • Kesahihan Baki Data Internet - Pakej data internet yang dilanggan 3GB didakwa sudah habis digunakan oleh  TELCO biarpun selepas hanya beberapa hari dilanggan, untuk terus menggunakan data internet.

  • Penalti Bayaran Lewat - Ada aduan diterima PPIM, pelanggan TELCO terpaksa membayar sehingga RM20,000 akibat penalti RM50 sebulan yang dikenakan syarikat TELCO bermula daripada jumlah RM200 yang tidak dibayar.

  • Panggilan Tidak Berjawab - Panggilan pelanggan  TELCO jika tidak dijawab, ia tetap akan dicaj biarpun tidak sampai satu saat.

  • Caj Melampau Tidak Munasabah TELCO - Caj untuk mendengar pesanan suara (voicemail), caj untuk menerima bil dicetak dan caj untuk mendapatkan bil terperinci.

Sudah terlalu lama, pengguna dan orang ramai ditipu hidup-hidup dengan caj-caj tidak masuk akal oleh TELCO serta bukan sedikit yang menjadi mangsa.

Itu baru sebahagian daripada penipuan Telco di negara ini. Penipuan seperti pakej data unlimited tetapi kemudiannya habis dan perlu beli kuota lain dan macam-macam lagi penipuan yang wujud.

Persoalan lebih besar, apa jadah kementerian berkaitan pengguna dan komunikasi buat kat negara ? Bertuah la kalau nak kata ‘kita tak tahu…kita tido je kat Putrajaya tu’. … Rasanya sudah beribu aduan mengenai perkara-perkara ini diketengahkan selama puluhan tahun.

6

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cektim 14-1-2015 09:17 AM
Khidmat Data Internet Tak Telus, Syarikat Telco Penipu – PPIM


Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan

KUALA LUMPUR – Tindakan syarikat telekomunikasi yang dilihat tidak telus dalam urusan perkhidmatan data internet disifatkan satu penipuan yang harus ditangani segera oleh kerajaan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai berkenaan hal berkenaan dan ia dilihat semakin berleluasa.

Semalam, Mynewshub.cc melaporkan mengenai tindakan syarikat telekomunikasi (telco) Celcom yang menghantar sms tentang penggunaan data internet yang sudah pun mencecah 80 peratus daripada keseluruhan 3GB yang dilanggan padahal hanya 1GB lebih sahaja baru digunakan dalam masa lapan hari.

Selain itu, telco lain juga mengamalkan bentuk perniagaan yang tidak sihat dalam pelan perniagaan data yang ditawarkan mereka.

Menurut beliau, apa yang dialami para pengguna kini merupakan satu bentuk penipuan telco dan ada kes juga di mana pelanggan melanggan data tetapi langsung tidak menerima perkhidmatan seperti yang dijanjikan.

“Itu penipuan lah tu, patutnya jika pelanggan melanggan 3 gigabyte (GB) patutnya tiga, dapatnya 1.5GB kadang-kadang tidak dapat langsung, orang pun marah pilih syarikat telekomunikasi lain tetapi perlu menandatangani kontrak selama dua tahun.

“Jika ada pengguna tidak bayar, tiap-tiap bulan dikenakan penalti pula setiap bulan RM50… Akhirnya ada pengguna sampai perlu membayar RM20,000 lebih bermula daripada hanya RM200 yang tidak dibayar,” katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.


Ada pula syarikat telekomunikasi yang mengambil kredit pra-bayar pelanggan atas sebab langganan internet harian sedangkan pelanggan berkenaan sudah pun membuat langganan data internet bulanan.

Selepas dibuat aduan kepada syarikat telekomunikasi, ia diperbetulkan dan jumlah kredit yang diambil dikembalikan semula kepada pelanggan.

“Dia tipu dulu, jika ada yang mengadu dia pulang lah semula. Soalnya berapa ramai sangat yang membuat aduan berkaitan hal berkenaan berbanding yang tidak mengadu, mereka untung banyak,” katanya.

Nadzim berkata ada pelanggan yang terpaksa membayar sehingga RM80,000 atas alasan perkhidmatan perayauan antarabangsa (roaming) yang dikenakan ketika individu itu berada di luar negara.

Menurut beliau perkara itu tidak boleh dibiarkan kerana dilihat syarikat telekomunikasi berterusan menipu pelanggan khususnya melalui caj-caj yang tersembunyi melibatkan perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan.

Beliau menyeru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk memantau dan menyelesaikan isu berkaitan caj-caj seumpama itu.

Nadzim berkata, pengguna juga perlu menggunakan hak dan kebijaksanaan mereka untuk membuat aduan secara beramai-ramai kepada pihak berkuasa berkenaan penipuan-penipuan ini kerana ia tidak boleh dibiarkan berleluasa.

Hari ini, PPIM mengadakan sidang media di Sembang-Sembang Cafe di ibu negara bagi mendedahkan penipuan berleluasa tidak hanya melibatkan syarikat telco tetapi juga caj-caj melampau dan tidak munasabah lain yang dikenakan peniaga tanpa mengira kepentingan pengguna. – MYNEWSHUB.CC
Quote chinta89 14-1-2015 09:25 AM
jawab la pihak berkaitan tu... jgn duk diam je.
Quote AbukRokok 14-1-2015 09:28 AM
yg ni skmm pula xbuat kerja
Quote cektim 14-1-2015 09:33 AM
celcom? maxis? digi?
ni company yg agak monopoly dlm skop telco
Quote prettyuglybabe 14-1-2015 09:35 AM
kenapa tak dedahkan syarikat telco mana yang paling menipu
Quote amira_safia 14-1-2015 09:37 AM
ada 3 - 4 kat yang pernah aku kena .... celcom ni memang banyak menipu kredit.
Quote rayonronie 14-1-2015 09:38 AM
kau tipu!



Quote mommymonster82 14-1-2015 09:39 AM
Geram..kredit hbis xtau gi mn... Bukn call sgt pon... Tu xsuka top up byk...
Quote snipersnake 14-1-2015 09:40 AM
prettyuglybabe replied at 14-1-2015 09:35 AM
kenapa tak dedahkan syarikat telco mana yang paling menipu

agreed.

jgn tuduh saja, kena ada proof.

Quote arira_arora 14-1-2015 09:41 AM
knp malaysia ni suke sgt kt kasi taw syrkt mana... jage sgt kepentingan..
Quote rospinki 14-1-2015 09:44 AM
semua sama je..pusing2 konon beri kelebihan tapi dia celok kt lain..macam tarif dia jadi lebih mahal pada kadar murah..like digi, kan ada dia bagi offer RM 20.00 3G normal rate RM30.00 bila kita guna lagi cepat habis kuota..last2 kita pulak yg dipotong credit terlebih guna internet..wdfish!
Quote cektim 14-1-2015 09:47 AM
PPIM Desak Kerajaan Tangani Isu Caj Melampau


Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan (dua dari kanan) dalam sidang media persatuan itu berkaitan isu caj melampau di Sembang-Sembang Cafe hari ini. - Foto MYNEWSHUB.CC

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan supaya satu sistem atau suruhanjaya ditubuhkan kerajaan bagi membendung masalah caj tersembunyi yang melampau yang kini dilihat amat membebankan pengguna.

Caj tersembunyi dirujuk beliau kepada caj seperti bayaran penyambungan semula Astro, caj penggunaan kad ‘Touch n Go’ dan caj-caj tersembunyi yang dikenakan oleh bank untuk urusan perbankan.

Bayaran yang dikenakan syarikat telekomunikasi berkaitan perkhidmatan antaranya perkhidmatan pelan data internet yang dilihat tidak telus dan  membebankn pengguna turut dikategorikan sebagai penipuan.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata caj berkenaan dikenakan dengan kos yang tidak munasabah dan ia disifatkan beliau sebagai satu penipuan kepada pengguna.

“Sebenarnya kalau kita lihat di sekeliling kita, satu perkara yang dilihat amat jelas adalah.. kita pengguna ditipu daripada buaian ke liang lahad,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau berkata sejak kebelakangan ini kes penipuan seperti itu dilihat lebih kerap seumpama pesta naik harga padahal minyak ketika ini harganya sedang turun.
Nadzim membuat contoh kad tempat letak kereta yang akan dicaj RM100 jika hilang padahal kos pembuatan kad berkenaan tidak pun mencecah sebegitu rupa.

“Soalnya, siapa yang membenarkan mereka ini letak caj yang tidak munasabah dan tidak masuk akal?,” katanya.

Beliau meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk melihat masalah berkenaan berkaitan caj-caj melampau seperti itu.

“Kita perlu ada satu jenis undang-undang ataupun satu akta untuk mengawal caj-caj ini tetapi ia perlu ada kaedah tertentu.

“Kita mungkin mohon kepada KPDNKK untuk mengkoordinasikan caj-caj ini yang amat terkesan kepada pengguna,” katanya.

Selain kerajaan, beliau turut menyeru kepada golongan pengguna untuk bangkit dan melakukan sesuatu dan perlu sedar serta jangan membiarkan perkara ini berterusan. – MYNEWSHUB.CC

Quote waksir 14-1-2015 09:50 AM
caj utk voicemail tu paling gampang la ... w/pun baru 1 saat terdengar arahan utk tinggalkan mesej, tpi dh kena caj plak.
aku penah komplen dulu & alasan telco sbb nt system mrk akn bg notification kpd no. hp yg kita call tu.
tapi alasan tu dh tak sesuai skarang, sbb pemanggil dh boleh htr sms sendiri je.
Quote TuntungReturn 14-1-2015 09:52 AM
broadband unlimited tu ape maksudnye? yg bnyk org faham xde gb main puas2..padahal terang2 die tulis 3gb month...sebab ade.promoter yg ckp cm tu.
Quote arnauld 14-1-2015 09:52 AM
tu belum defisi seminit talk time yg kini tinggal 30 saat jer...
Quote Changa 14-1-2015 09:54 AM
Kalau ada kemusykilan report jah skmm,  telco mmg takut dgn skmm
Quote Changa 14-1-2015 09:54 AM
amira_safia replied at 14-1-2015 09:37 AM
ada 3 - 4 kat yang pernah aku kena .... celcom ni memang banyak menipu kredit.

Report skmm sis
Quote cektim 14-1-2015 09:57 AM
TuntungReturn replied at 14-1-2015 09:52 AM
broadband unlimited tu ape maksudnye? yg bnyk org faham xde gb main puas2..padahal terang2 die tulis ...

skang ni asanya dh xdak istilah kuota unlimited tu
yg tau streamyx saja la bleh unlimited kan?

Quote tupaiterbang 14-1-2015 09:59 AM
PPIM ni yg opis kt kg baru tu ka?
hahahahaha....islam la sgt korang tu

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.087701 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top