CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aksi Lagak Toyol Bawa Lari Tv Dikongsi Di Fb

15-1-2015 10:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6375| Komen: 16

Description: Video Dari Rakaman Kamera Litar Tertutup (Cctv) Berdurasi 0:05 Minit Itu Menunjukkan Dua Remaja Didakwa Sedang Melarikan Televisyen Terbabit Dengan Memanjat Melalui Pagar Sebuah Rumah.
Aksi Lagak Toyol Bawa Lari Tv Dikongsi Di Fb



SUNGAI PETANI – Tindakan dua remaja melarikan sebuah televisyen LCD yang didakwa berlaku di Taman Delima, dekat sini menjadi viral di laman sosial sejak di muat naik, petang semalam.

Baru sahaja dua jam dimuat naik di ruangan sosial Sukan Star TV, pelayarnya sudah mencecah sehingga 62,161 orang seluruh negara selain dikongsi oleh 660 pengguna media sosial.

Video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 0:05 minit itu menunjukkan dua remaja didakwa sedang melarikan televisyen terbabit dengan memanjat melalui pagar sebuah rumah.

Kejadian juga menunjukkan ia berlaku siang hari sekali gus membuktikan kegiatan jenayah yang didakwa berlaku secara terang-terangan tanpa disedari orang awam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, siasatan akan dijalankan berhubung kejadian.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya menjaga keselamatan diri dan harta benda termasuk ketika berada di kediaman sendiri.

“Kita juga mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat jenayah sila tampil beri kerjasama dalam membantu siasatan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada balai polis berhampiran atau talian Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di nombor 04-4212222,” katanya.

7

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
12

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote skyreds 15-1-2015 08:56 AM
dah beso toyol sekarang nih...
Quote Mary_jane 15-1-2015 08:58 AM
Terang2 mencuri ni. Kalau hudud dh free2 korang berdua jdk si kudung.
Quote idadzira 15-1-2015 09:00 AM
Umah aku pun kena pecah masuk siang hari. TV LED baru beli, kotak pun x buang lagi nasib baik x dapat ambil coz x dapat buka stand dia.
Quote fifie_olin 15-1-2015 09:04 AM
xkan la xde org yg nmpk...ke nmpk tapi buat2 x nmpk...
hamjad btl toyol 2 ekor ni..kalah toyol ijau katek
Quote mdhelmi 15-1-2015 09:15 AM
kesian anak bini dia makan hasil dari benda haram
Quote jofizo 15-1-2015 09:19 AM
sekarang jenayah byk yg dilakukan di siang hari... nak2 pulak kat taman2 sbb penyamun tau waktu siang kebanyakkan tuan rumah laki/bini pi keje....
Quote matahari7001 15-1-2015 09:22 AM
daring betul budak2 sekarang!!
Quote truckfood888 15-1-2015 09:23 AM
Remaja masa skrg betul betul kurang dididik...terang terang pergi curi
Quote MssHarry89 15-1-2015 09:23 AM
bodohnya.tak p sekolah ke
Quote zameyla 15-1-2015 09:26 AM
berani betui la... siang2 hari tu.... Depa dh tau kot tuan rumah kluaq p keja..
Quote nalinputeri 15-1-2015 09:28 AM
skyreds posted on 15-1-2015 08:56 AM
dah beso toyol sekarang nih...

bahaya toyol besar2 ni...
bagi main kacang hijau pun dia buat tak tau spesis mcm ni
Quote Athrun.Zalaa 15-1-2015 09:34 AM
Toyol parkour panjat pagar...
Quote kaknab 15-1-2015 09:50 AM
anak anak sekarang kena beri lebih perhatian la, ...

dengar dari penduduk taman delima, memang bnyak kes kecurian berlaku di taman tersebut, juga di taman nilam sari depan taman delima. berbijik-bijik rumah yang kena.



Quote Idelgo 15-1-2015 10:05 AM
dasyat tu.
Quote afie_m 15-1-2015 10:14 AM
jiran pun pernah kena mcm ni...tv baru bli sehari..esok dah kena curi ngan kotak2 skali..ada yg nampak...jiran selang dua rumah yg ambil....tapi x boleh nak tuduh sbb brg bukti dah selamat dijual....
Quote shalola 15-1-2015 10:18 AM
macam mana lagi weh nak jaga....mangga da besau...grill da pasang semua tingkap pintu..semua pon boleh dikopak..cctv and alarm pasang pun ada y jadi mangsa...malaysia oh malaysia

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.324391 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top