CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Didakwa Menipu, Syarikat Perancang Perkahwinan Janji Bayar Ganti Rugi

6-9-2017 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 1468| Komen: 0

Description: Sebuah syarikat perancang perkahwinan diserbu sekumpulan pelanggan yang mendakwa syarikat tersebut gagal memenuhi tawaran pakej yang dijanjikan termasuk sajian makanan, pelamin dan gambar perkahwinan.

sumber : Berita Harian


Sebuah syarikat perancang perkahwinan diserbu sekumpulan pelanggan yang mendakwa syarikat tersebut gagal memenuhi tawaran pakej yang dijanjikan termasuk sajian makanan, pelamin dan gambar perkahwinan.

Memetik laporan Astro Awani, susulan tular di media sosial, pemilik syarikat tersebut kelmarin tampil menyelesaikan masalah yang timbul dalam satu sidang media yang turut dihadiri penguamnya, Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar. 

Dalam sidang media tersebut, penguamnya Muhamad Akmal Arif berkata anak guamnya berjanji akan membayar ganti rugi kepada pelanggan yang tidak menerima perkhidmatan memuaskan atas faktor kecuaian.

Selain mohon maaf bagi pihak anak guamnya, Muhamad Akmal Arif turut memaklumkan satu jadual pembayaran secara berkala akan disusun aturkan kepada 91 pelanggan yang terbabit yang rata-ratanya bakal penganti.


"Kami sekali lagi meminta maaf di atas kesalahan yang tidak disengajakan dan berjanji untuk membayar setiap ganti rugi kes-kes kecuaian yang telah berlaku."

Tambah Muhamad Akmal Ariff, pihaknya akan memfailkan saman sivil ke atas lima hingga enam individu yang dipercayai mensabotaj perniagaan sehingga menjejaskan nama baik syarikat perancang perkahwinan itu.

Berikutan kes itu, pemilik syarikat perancang perkahwinan itu direman dua hari bermula Khamis lepas bagi membantu siasatan.- CARI


8

Bagus
10

Marah
9

Terkejut
13

Sedih
11

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.037427 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top