CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pulau Pinang Kenakan Caj Levi Untuk Menginap Di Hotel

2-12-2013 12:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6814| Komen: 30

Description: Georgetown – Mulai Mac Tahun Depan, Kerajaan Negeri Cadang Untuk Mengenakan Caj Levi Bagi Setiap Bilik Penginapan Hotel Disewa Pelanggan Mengikut Taraf Bintang Hotel Berkenaan.

Gambar hiasan


Pulau Pinang Kenakan Caj Levi

GEORGETOWN – Mulai Mac tahun depan, kerajaan negeri cadang untuk mengenakan caj levi bagi setiap bilik penginapan hotel disewa pelanggan mengikut taraf bintang hotel berkenaan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata demikian dalam ucapan pembentangan Rang Undang-undang Pembekalan Tahun 2014, pada Sidang Dun kelmarin.

Menurutnya, tujuan kutipan levi itu akan digunakan sebagai dana untuk mempromosikan aktiviti kebudayaan dan pelancongan Pulau Pinang.

“Satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada sektor hotel dan penginapan bersama dengan kerajaan negeri akan mendapat input untuk berbincang tentang jenis perbelanjaan ke atas kutipan levi ini. Levi ini dicadang dikenakan mulai bulan Mac 2014,” katanya.

Beliau berkata, cadang untuk mengenakan levi RM2 bagi setiap malam di bilik penginapan di hotel yang bertaraf satu hingga tiga bintang, manakala levi RM5 akan dikenakan bagi bilik penginapan di hotel yang bertaraf empat bintang dan ke atas.

“Demi memastikan produk pelancongan bertaraf antarabangsa dalam acara Tahun Melawat Pulau Pinang pada tahun 2015 hingga 2017, kerajaan negeri perlu membuat perancangan teratur dan pelaburan besar dalam infrastruktur asas untuk mewujudkan produk baru. Oleh itu, cadangan, kutipan levi akan dilaksanakan untuk menampung kos berkenaan,” katanya.

Pada tahun lalu, Pulau Pinang merekodkan lebih kurang lima juta bilik penginapan hotel disewa pelanggan tempatan dan luar negara.


1

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 1-12-2013 01:05 PM
trend naik lagi. satu negeri ni naik, yg lagi satu pun start la ikut.
Quote AbukRokok 1-12-2013 02:44 PM
adakah akan bertumbuh hotel di sungai petani
Quote azharariff 1-12-2013 03:26 PM
kalau dok hotel taraf 4-5 bintang tapi servis,kualiti hampeh menyirap gak kalau kena bayaq levi RM5 satu malam, banyak ja kat msia ni 5 star kunun tapi macam2 hal, dari segi tiada kebersihan sampai lah bilik2 angker..
Quote airfilterkotor 1-12-2013 03:46 PM
Anthony Bourdain tak kesah pun. Janji makanan shedap sudehh.
Quote dino 1-12-2013 03:54 PM
airfilterkotor posted on 1-12-2013 03:46 PM
Anthony Bourdain tak kesah pun. Janji makanan shedap sudehh.

klau negeri pakatan takpe naik.... nmpk tak byk yg hipo..... mb selangor naik gaji takpe..... depa keje kuat...... dpt tahan rasuah...... ohhhhhhh my ganu...... i'm speechless.......
Quote dino 1-12-2013 03:58 PM
azharariff posted on 1-12-2013 03:26 PM
kalau dok hotel taraf 4-5 bintang tapi servis,kualiti hampeh menyirap gak kalau kena bayaq levi RM5  ...

klau mampu dok hotel.... apalah sgt byr rm5 tuh..... lgpun ni negeri pakatan.....  so sila apply topi kuning edward de bono.....

Quote lavacoffee 1-12-2013 04:04 PM
tak mampu kalu balik kerja duk rumah goyang telo la...

Quote Magika 1-12-2013 04:04 PM
dino posted on 1-12-2013 03:54 PM
klau negeri pakatan takpe naik.... nmpk tak byk yg hipo..... mb selangor naik gaji takpe..... depa ...

cuba baca thread melaka kenakan levi RM2 untuk hotel
bukan main maki hamun kena ....

Quote dahliateck 1-12-2013 04:19 PM
masing2 gila duit, kot mana boleh dpt duit ke kerajaan negeri, sehabis boleh
Quote dahliateck 1-12-2013 04:21 PM
Magika posted on 1-12-2013 04:04 PM
cuba baca thread melaka kenakan levi RM2 untuk hotel
bukan main maki hamun kena ....

rasanya dah lama kot ci ni camni, kalau pr buat masing2 senyap jer buat2 x nampak, tred pun slow
Quote fairluck 1-12-2013 04:25 PM
Setakat rm5 nak beli ayaq evian pun xcukup
Quote dino 1-12-2013 04:51 PM
dahliateck posted on 1-12-2013 04:21 PM
rasanya dah lama kot ci ni camni, kalau pr buat masing2 senyap jer buat2 x nampak, tred pun slow : ...

hipokrit gile.... tgk thread mb selangor naik gaji dah la.... wajar naik katanya..... lgpun depa tak rasuah.....


Quote dino 1-12-2013 04:52 PM
Magika posted on 1-12-2013 04:04 PM
cuba baca thread melaka kenakan levi RM2 untuk hotel
bukan main maki hamun kena ....

itulah aku cuba ckp... takyah hipo bleh tak?
Quote dahliateck 1-12-2013 04:55 PM
dino posted on 1-12-2013 04:51 PM
hipokrit gile.... tgk thread mb selangor naik gaji dah la.... wajar naik katanya..... lgpun depa t ...

mana la org nak respek kan, bias gila, kalau hak umno dia punya pong pang x cukup tanah

iols suka jer kalau mana2 pihak x bias, yg mana x betul lahar, ni nampak sgt hak depa senyap, hak umno jer bising





Quote dino 1-12-2013 04:58 PM
dahliateck posted on 1-12-2013 04:55 PM
mana la org nak respek kan, bias gila, kalau hak umno dia punya pong pang x cukup tanah

io ...

mcm aku org kata lalang.... lalang pun lalang aaaa.... janji tak hipokrit.....
nak jaga kebajikan rakyat amenda.... ade peluang melahap lahap jugak...... cuma umno dah sakan melahap.... yg pembangkang ni baru kenal dunia...
Quote mrsrezza 1-12-2013 05:07 PM
nak jugak naik...x per..rakyat akan berterima kasih pada kerajaan negeri sbb kenakan caj levi tuk meningkatkan taraf ekonomi negeri...faedahnya nanti rakyat yg menikmati...


kalo kerajaan BN yg kenakan caj levi dh laju cam bullet train tred ni....
Quote dahliateck 1-12-2013 05:08 PM
dino posted on 1-12-2013 04:58 PM
mcm aku org kata lalang.... lalang pun lalang aaaa.... janji tak hipokrit.....
nak jaga kebajikan ...

kan, benda ni kena jgn bias, jgn menegakkan benang basah, xde sesiapa pun yg sempurna, x perlu nak ngutuk sgt phak lawan cam diri tu baik sgt, kalau kena btg hidung sendiri senyap lak, iols pasal tu kurang respek org2 gini, politik sampai jd buta, benak

dua2 pun sama jer, sama level, sama busuk, sama2 byk kesalahan, xyah la nak over sgt ngutuk satu pihak, nyanjung sgt satu pihak, x faham kan
Quote dino 1-12-2013 05:13 PM
dahliateck posted on 1-12-2013 05:08 PM
kan, benda ni kena jgn bias, jgn menegakkan benang basah, xde sesiapa pun yg sempurna, x perlu nak ...

tu la kan.... bukan kita kata umno ni baguih..... mslhnya klau puak sendiri punya la bersangka baik....
mcm kes stopa ali.... dan2 tak baik dedahkan aib org politik kotor je semua ni..... apa dah hilang ingatan ke apa..... klau kite bleh cite bijan n jiana jain khalwat.....bleh? ooooo lupa stopa bkn pm.... n dia org PAS....  klau dulu kite laungkan..... pemimpin yg kite pilih musti bersih..... skrg ubah la cikit..... kita pilih pemimpin yg tak rasuah....
Quote dahliateck 1-12-2013 05:18 PM
dino posted on 1-12-2013 05:13 PM
tu la kan.... bukan kita kata umno ni baguih..... mslhnya klau puak sendiri punya la bersangka bai ...

xde sapa pun ckp umno bagus tapi benda2 gini yg buat hilang respek kat pr, serius, attitude depa tu, sayang, perjuangan tu dah betul, tapi tindak tanduk penyokong tu, xde bezanya pun dgn umno tu, sama2 busuk, sama2 kaki fitnah, sama2 kaki tipu rakyat

kesimpulannya, jgn jd hamba politik, jgn taksub sgt berpolitik, xde yg sempurna melainkan Allah, besederhana itu lebih baik

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.065122 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top