Caj perkhidmatan restoran, hotel dicadang ditukar nama agar tidak sama dengan GSTTimbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata memandangkan caj itu akan turut dikenakan pada masa hadapan, ia perlu ditukar nama kepada caj restoran atau hotel supaya tidak mengelirukan orang ramai dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). - Foto TRP/Mokhsin Zamani
[size=100%]BATU PAHAT, 17 Februari: Caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus yang kini dikenakan oleh restoran dan hotel dicadangkan ditukar nama agar tidak mengelirukan pengguna.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata memandangkan caj itu akan turut dikenakan pada masa hadapan, ia perlu ditukar nama kepada caj restoran atau hotel supaya tidak mengelirukan orang ramai dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
“Kita hendak mencadangkan nama caj restoran atau caj hotel ditukar sebab bukan kerajaan yang ambil duit itu, tetapi diambil oleh pihak hotel dan restoran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ahmad yang juga Anggota Parlimen Pontian berkata demikian ketika mengulas mengenai caj perkhidmatan restoran dan hotel yang boleh mengelirukan pengguna apabila GST mula dilaksanakan mulai April ini.
Terdahulu, beliau meluangkan masa kira-kira dua jam bersama penduduk sekitar Batu Pahat menerangkan isu berkaitan GST, Bajet 2015 dan isu semasa yang lain.
“Kalau servis tak bagus, pengguna boleh tak bayar. Yang GST enam peratus tu pengguna kena bayar tapi caj perkhidmatan (restoran atau hotel) 10 peratus itu, pengguna ada hak tidak bayar,” kata Ahmad.
Beliau berkata caj restoran atau hotel itu seharusnya sebagai tip untuk pekerja.
Sementara itu, Ahmad mengulangi bahawa pelaksanaan GST bakal menurunkan harga barangan keperluan asas.
“Dalam pembentangan Bajet 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan 56 peratus daripada 900 barangan, akan turun harga.
“Kerajaan sudah pun mengeluarkan buku panduan pengguna yang menyenaraikan barangan yang akan turun harga dan boleh dijadikan rujukan pengguna,” kata beliau.
Ahmad turut menjelaskan bahawa harga barangan yang dikatakan naik itu hanya melibatkan barangan yang bukan keperluan asas pengguna.
TRP |