CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Cerdera Dibaling Kasut Oleh Cikgu

11-7-2014 11:11 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19803| Komen: 221

Description: Kejadian Berlaku Kira-Kira Jam 9.30 Pagi Semalam Menyebabkan M Sharmini, 8, Murid Tahun Dua Sekolah Itu Luka Di Dahi Dan Menerima Tiga Jahitan.
PORT DICKSON - Kelas pendidikan moral sepatutnya mengajar murid-murid tentang budi bahasa. Namun lain jadinya di sebuah sekolah kebangsaan di sini apabila seorang guru yang naik angin didakwa membaling kasut kepada pelajar sehingga cedera ketika mengajar subjek itu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi semalam menyebabkan M Sharmini, 8, murid tahun dua sekolah itu luka di dahi dan menerima tiga jahitan.

Ia berpunca daripada tindakan Sharmini yang bermain di belakang kelas bersama dua rakannya ketika guru terbabit sedang mengajar subjek pendidikan moral.

Bapa murid terbabit, K Muthu, 35, berkata, dia menerima panggilan daripada guru besar, memintanya datang ke sekolah.

“Ketika itu sekitar 9.45 pagi. Saya agak hairan kenapa guru besar mahu jumpa saya dan saya tertanya-tanya adakah anak saya melakukan kesalahan serius.

“Tapi, sampai di sekolah, saya menerima panggilan telefon daripada seorang guru sekolah pula yang meminta saya terus datang ke Klinik Kesihatan Port Dickson," katanya.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di klinik itu, dia terkejut melihat dahi kanan Sharmini luka seperti terkena pisau, malah darah masih mengalir.

“Saya dimaklumkan oleh guru besar bahawa ia dilakukan oleh seorang guru lelaki. Saya mendapat tahu guru itu membaling kasut kepada anak saya. Saya sangat kesal dengan kejadian itu. Cuba bayangkan kalau terkena mata anak saya, sudah tentu keadaannya lebih teruk," katanya.



Pembantu awam di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) itu berkata, dia tidak menyangka kerana bermain dalam kelas anaknya dihukum sedemikian.

“Jika benar anak saya bermain di dalam kelas ketika cikgu sedang mengajar, adalah tidak wajar bertindak membaling kasut, lebih-lebih lagi cikgu itu sedang mengajar subjek pendidikan moral,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Muthu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah, (IPD) Port Dickson.

Sementara itu, Sharmini berkata, dia terkejut apabila ada objek keras terkena pada dahinya, sebelum rasa sakit dan darah banyak keluar,

“Walaupun saya cedera, guru itu seperti tidak mempedulikan saya. Dia terus mengajar dan saya pergi ke kelas sebelah meminta bantuan guru lain,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Kalsom Khalid ketika dihubungi mengesahkan beliau sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Siasatan sedang dijalankan sebelum sebarang tindakan diambil," katanya.

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AnBulisia 11-7-2014 10:30 AM
bagus cikgu tu, budak tu tengah berlari larian pun dia boleh baling kasut kena pada dahi.
sharp shooter....

tahniah cikgu
Quote sidewinder 11-7-2014 10:36 AM
masa sekolah rendah kena hidu kasut ......cikgu tu ikat ngam2 kat hidung dia buat mcm topeng gas sepanjang kelas muzik sbb tak reti main recorder......pastu cikgu tu siap cakap lagi nanti bila aku dah keje confirm aku akan dtg balik cari dia ucap terima kasih sbb dia telah mendidik aku ......ahakkk tuiiiii.....bkn terima kasih yg aku nak kasi tp kalu boleh 2-3 tumbukan nak kasi kat muka cikgu tu biar dia makan nasi pakai straw sepanjang hidup dia....tp agak nyer dia dah mampus kot......setakat tak reti main recorder jer kot.......sampai mcm tu hukuman dia kasi.....kes kedua....cikgu BM balik batang penyapu mcm hampir terkena kepala tp nasib baik sempat mengelak.....kesalahan cuma tunduk kepala ke bwh sbb nak ikat tali kasut jer....dia kata aku buat benda lain masa dia mengajar..... Last edited by sidewinder on 11-7-2014 10:38 AM

Quote haryatie 11-7-2014 10:54 AM
mengajar moral tp dia lak yg x bermoral..
ada ker baling2 kasut..
x de cara lain ke..
kalau budak tu salah..kalau betul cara dia menghukum xde la makbapak protes
Quote kucing_gebu 11-7-2014 11:00 AM
sawan cikgu ni......
aduiiilaa....aku blh bayangkan kasut lelaki yg besar gedabak tu melayang kena kepala...aduiiii
Quote abas8888 11-7-2014 11:08 AM
contoh guru tak mampu kawal kelas...sebab tu bukan semua layak jadi cikgu..
Quote ibu_haritz 11-7-2014 11:11 AM
sidewinder posted on 11-7-2014 10:36 AM
masa sekolah rendah kena hidu kasut ......cikgu tu ikat ngam2 kat hidung dia buat mcm topeng gas sep ...

sape nama cikgu muzik kau tu??
sbb mase aku sek ade jgk cikgu muzik yg perangai mcm ni lah haram jadah..

Quote ibu_haritz 11-7-2014 11:12 AM
kucing_gebu posted on 11-7-2014 11:00 AM
sawan cikgu ni......
aduiiilaa....aku blh bayangkan kasut lelaki yg besar gedabak tu melaya ...

tulah buatnyer saiz kasut dia 11 mau tak berdarah kepala bdk tu..
sewel betul cikgu2 skrg..

Quote nuyunnisa 11-7-2014 11:12 AM
mase skolah dulu yg slalunye naik angin pasang ni cikgu pelatih...jaman aku cikgu maktab la..seingat aku xde plak yg main baling2 nih...just satu kelas kna sebat kt blkg badan dgn pembaris kayu sbb bising...hat tu jela...pastu cikgi tu nangis...lps klas kitaorg ramai2 pujuk n mintak maaf...bila diingat balik..bdk2 jaman sekarang ade lagi ke yg nk buat camtu..or maybe x sempat sbb cikgu dh baling kasut...kena kpala trus koma..
Quote blackred99 11-7-2014 11:13 AM
dulu ada satu cikgu english paling gemok dlm sekolah, dia tuduh aku dpn kelas yg aku tiru essay budak kelas lain. bengang gila aku, dak kelas lain sume bodoh2, aku nak tiru sape.. bengang gila aku sampai arini. boleh blah aaa kau..
Quote clarizsa 11-7-2014 11:13 AM
budak kecik je pun.... makin bangang n bangsat ke ape cikgu2 nih... harap masih ujud cikgu berhati mulia...
Quote kecimpret 11-7-2014 11:18 AM
cikgu pendidikan moral yg x bermoral
Quote lavatungguMLQ 11-7-2014 11:19 AM
Mesti cikgu ni gumuk ni...

Gumuk hoduh pangai pun hoduh..

Quote kikuri 11-7-2014 11:20 AM
yang si sharmini ni main apa masa cikgu mengajar...main masak-masak ke sampai kene baling kasut... cikgu pon agak-agak la nak marah pon....siap buat tak taw pulak tu budak tu dah berdarah-darah...
Quote TuntungReturn 11-7-2014 11:20 AM
sme cm cikgu rakam bideo ni buku ke belacan..upenye budak tu org susah..kesian gak...yg cikgu tu bodo pi rakam..malu la budak tu kne ejek
Quote tak_tahu 11-7-2014 11:21 AM
agak2 ler cikgu. budak dajah 2 tu. ko dulu ms 8 tahun baik sgt ker?
menatang sungguh perilaku. kasut tu ko dah pijak merata, baling kat murid. xde adab betul.
Quote PongKang 11-7-2014 11:22 AM
xlayak jadi cikgu. pegi la jadi renjer hutan
Quote lavatungguMLQ 11-7-2014 11:22 AM
blackred99 posted on 11-7-2014 11:13 AM
dulu ada satu cikgu english paling gemok dlm sekolah, dia tuduh aku dpn kelas yg aku tiru essay buda ...

Kompem essay lu x best..tu pasal dia kata lu tiru essay budak bodoh..

Quote kucing_gebu 11-7-2014 11:25 AM
budak darjah 2..pompuan pulak tu...habis sgt pun ko panggil dia berdiri kt depan...mesti dia senyap punya...ini main tuju je....cikgu ni mesti champion time kecik2 dulu...main tuju selipar tuhhhh...
Quote mizahanan 11-7-2014 11:27 AM
TuntungReturn posted on 11-7-2014 11:20 AM
sme cm cikgu rakam bideo ni buku ke belacan..upenye budak tu org susah..kesian gak...yg cikgu tu bod ...

cikgu tu mmg hamjad, nasib dh mintak maap kat family kanak-kanak tu.

Lihat semua komen(221)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.083592 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top