CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

'Akibat Salah Buka Mukasurat Saya Rayu Agar Cikgu Berhenti Pukul'

25-9-2014 02:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13253| Komen: 99

Description: Sementara Itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi Dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib Berharap Kedua-Dua Pihak Bersemuka Untuk Berunding Mencari Penyelesaian.
Amir Ikhwan menunjukkan antara kesan pukulan di belakang telinga yang masih jelas kelihatan 



KUALA TERENGGANU - ‘Akibat salah buka muka surat yang diminta, saya diherdik, dipukul, diheret dan kepala dihentak di papan hitam seolah-olah saya melakukan kesalahan besar yang tidak boleh dimaafkan,” demikian cerita pelajar tingkatan dua, Amir  Ikhwan Mohamad Arof yang mendakwa dipukul guru di sebuah sekolah menengah di sini.

Amir Ikhwan yang ditemui di kediamannya, di sini, berkata, kejadian berlaku Selasa lalu jam 12.30 tengah hari ketika dia berada di dalam kelas.

“Ketika itu, guru berkenaan menyuruh kami membuka buku, saya tersilap membuka muka surat yang diminta, kemudian dia tanya kenapa salah buka, saya kata saya ikut kawan. Cikgu marah saya dan kata saya perli dia.

“Dia heret saya dari tempat duduk ke hadapan kelas, dia tampar pipi, pukul dan hentak kepala saya di papan hitam. Saya rayu cikgu berhenti mencederakan saya tetapi dia tidak endah dan terus menarik kedua-dua telinga sehingga kepala saya sakit dan telinga saya lebam,” katanya.

Amir Ikhwan dan kedua ibu bapanya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri dan mahu tindakan lanjut diambil terhadap guru terbabit.

Sementara itu, ibunya, Edah Endut, 42, berkata, dia amat terkejut melihat keadaan anaknya yang tidak bercakap seolah-olah trauma dengan sesuatu sebaik pulang ke rumah selepas habis sesi persekolahan, kelmarin.

“Saya tambah terperanjat bila tengok belakang telinganya lebam, butang baju sekolah tercabut akibat direntap dengan kuat.

“Niat saya dedahkan cerita ini bukan untuk aibkan sesiapa, saya hanya mahu kita ambil pengajaran terhadap apa yang berlaku. Saya tidak kisah jika guru ingin pukul anak saya, tetapi biarlah setimpal dengan kesalahannya,” katanya.

Amir Ikhwan tidak hadir ke sekolah semalam kerana malu untuk berdepan dengan kawan-kawan selain trauma serta takut untuk berdepan guru berkenaan.

Selain membuat laporan polis, Edah bersama suami turut mengemukakan aduan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berharap kedua-dua pihak bersemuka untuk berunding mencari penyelesaian.

“Memandangkan kes itu tidak melibatkan jenayah dan kecederaan teruk, kita harap kedua-dua pihak dapat duduk dan berbincang serta mencapai kata putus.

“Saya sering mengingatkan agar ibu bapa dan guru memahami peranan masing-masing dalam mendidik generasi muda,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa juga perlu menyelidik tingkah laku anak-anak  dan tidak hanya mendengar daripada sebelah pihak sahaja.

“Kita yakin, PIBG pihak sekolah dan ibu bapa akan berbincang mengenai perkara ini. Kita tidak mahu kes ini menyebabkan semua guru hilang semangat untuk mengajar kerana yang rugi adalah kita.

“Tanggungjawab mendidik amat besar, guru-guru pun dinasihatkan agar mendidik dengan cara terbaik dan tidak menghukum murid atas kesalahan yang tidak setimpal,” katanya.

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote encikWawad 25-9-2014 09:29 AM
dah dapat "berita naik gaji" pun cikgu naik hantu?
Quote epysha 25-9-2014 09:40 AM
agak2 la kalo nak ganyang budak....
Quote Eura 25-9-2014 09:43 AM
Cikgu naik hantu ke hantu naik cikgu...

Quote cheeky_meal 25-9-2014 09:43 AM
kdg2 student y propa lebih..mak bapak ikuttttttttttttt je...hemm...dlm kes ni xtaula..klau btl budak tu buat cite sila lempang laju2..
Quote nobito 25-9-2014 09:44 AM
Kurang ajar betul la cikgu Melayu ni..didik anak bangsa sndiri mcm tu. :Q :Q :Q Last edited by nobito on 25-9-2014 09:45 AM

Quote pumpkingirl 25-9-2014 09:47 AM
Mcm2 hal..kalau parents kenal dgn cikgu n ambil tahu hal anak2 di sekolah, cikgu pun akan layan n ajar anak kita elok2..tpi kalau sebaliknya,paham2 sendirila..
Quote nobito 25-9-2014 09:52 AM
Korang jgn tengok cikgu tu Melayu dh boleh fikir cikgu x berdosa atau sgt berkualiti hanya kerana dia Melayu.

Kita tgok kualiti pendidikan sekolah Cina lebih bagus dr sekolah kebangsaan kerana Cikgu Chinese lebih bersungguh dan x peduli hal remeh..sbb tu cikgu Cina sekolah jenis cina lebih berkualiti dr cikgu Melayu di sekolah kebangsaan.
Quote blackred99 25-9-2014 09:53 AM
cikgu stress kot, byk parcel business online tak send lagi, customer dah marah.
Quote poyohabis 25-9-2014 09:58 AM
blackred99 posted on 25-9-2014 09:53 AM
cikgu stress kot, byk parcel business online tak send lagi, customer dah marah.

Ye la kot tu yg meroyan tu.. Tp cikgu2 ni banyak yg pilih kasih mn budak yg cerdik pandai dpt layanan istimewa.. Anak2 org berada pon diberi layanan khas.. Penah zaman aku dl cikgu siap tanya siapa anak tunggal, Mak bapak keje pe.. Kalo keje yg best2 dpt la layanan istimewa walaupun homework x buat, buku x bawak, tido dlm kelas..
Quote lasagnaklcc 25-9-2014 10:14 AM
kena tunggu statement saksi... takut mcm kes bdk buat cerita aritu
Quote mikasa 25-9-2014 10:17 AM
Pasang cctv ke kat bilik sekolah..baru leh tau sapa ug bersalah...senang sikit kerja polis
Quote nobito 25-9-2014 10:20 AM
blackred99 posted on 25-9-2014 09:53 AM
cikgu stress kot, byk parcel business online tak send lagi, customer dah marah.

Kannn tu yg emo semacam cikgu melayu ni..tak pon barang bisnes online x smpai2 customer dh bising.
Quote gekkou 25-9-2014 10:25 AM
skang ni bila report polis confirm masuk paper yek?
x boleh ke report polis lepas tu g jmpa diam2 settlekn?
Quote arira_arora 25-9-2014 10:48 AM
nth la... mcm3 la skrg.. guru pn skrg bkn btol2 berjiwa pendidik.. tkde kesabaran,...
yg mak pak pn la ni percaya bulat2 anak ckp..
kekdg bdk2 ni nipu kuat jugok..
Quote kluangman 25-9-2014 10:49 AM
Dekat ganu banyak kejadian pelik-pelik.
Tak boleh percaya murid-murid ni sangat sebab semua pandai membohong.
Bibir pun hitam.
Menjawab pun kurang ajak sangat kadang-kadang.
Cikgu-cikgu kena pasang bawak go pro kat kelas.
Quote ColbyRaikkonen 25-9-2014 10:55 AM
Lepas nie kena wajibkan ada CCTV dalam setiap kelas.
Quote snipersnake 25-9-2014 10:56 AM
korang belom dgr cerita side cikgu tuh korang dah jatuh hukum.
Quote krieysa 25-9-2014 10:58 AM
Pak cik aku cik gu mengajar kat Terengganu.. setiap kali jumpa byk cerita pasal budak2 sekolah dia update kat kitorang... Aku x salahkan cikgu kalau pukul budak2 ni, sebab mereka memang kurang ajar... Bila cakap memang x de hormat dgn cikgu.. macam2 la masalah sosial dorang ni.. gengster la, pregnant la, merempit la..
Quote Dark_Vampire 25-9-2014 11:00 AM
ColbyRaikkonen posted on 25-9-2014 10:55 AM
Lepas nie kena wajibkan ada CCTV dalam setiap kelas.

moh kite tggu pembentangan bajet untk tahun 2015

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.064108 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top