Penggunaan gelaran Tan Sri dan Datuk Seri dalam skrip drama dibolehkan selagi ia tidak melanggar garis panduan ditetapkan dan sentiasa menghormati prinsip Rukun Negara. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan memahami dalam industri penulian kreatif memang ada sifat-sifat yang akan digambarkan untuk menyampaikan mesej tertentu.
“Dalam masyarakat kita memang ada banyak jenis gelaran (seperti) Cikgu, Ustaz, Ustazah, Tok Imam, Tok Guru, Yang Berhormat, Datuk Seri, Datin, Tun dan sebagainya. “Sememangnya dalam penulisan kretif ada sifat antagonis dan sebagainya. Jadi selagi mana penulisan itu membawa mesej yang tidak melanggar garis panduan dan menghormati prinsip Rukun Negara, maka kita mengizinkan pendekatan kreatif termasuk dalam penulisan skrip drama,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Hasanuddin Mohd. Yunus (PH-Hulu Langat) berhubung skrip drama menggunakan watak Tan Sri dan Datuk Seri yang tidak bermoral seperti melakukan hubungan sulit dengan isteri orang serta mengambil rasuah kerana ia menjatuhkan imej gelaran tersebut. Sumber: K! ONLINE
|
KamikuP replied at 11-10-2021 06:14 AM
Buat watak Menteri ada kes kongsi gelap cuci duit upah org susruhan buat keje kebajikan lantas flex ...
cmf_premierleag replied at 11-10-2021 06:23 AM
buat skali drama psl menteri kawen bini muda
bini2 muda ni lak dr kalangan retis,selebriti
buat j ...
salimrock replied at 11-10-2021 03:11 PM
ustas dlm citer nur yg langan pelacur tu boleh je
rashiman replied at 11-10-2021 03:23 PM
kalau tak langgan pelacur pun, yg rogol maid boleh tak...
kakikuDibibirmu replied at 11-10-2021 04:14 PM
Rais Orphan robengah tersenyum sinis
cmf_premierleag replied at 11-10-2021 02:23 PM
buat skali drama psl menteri kawen bini muda
bini2 muda ni lak dr kalangan retis,selebriti
buat j ...
ADVERTISEMENT