CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dewan Rakyat Setuju Pakai Batik Setiap Hari Khamis

11-10-2021 02:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5176| Komen: 23

Description: Dewan Rakyat hari ini meluluskan tiga syor atas semangat dwipartisan menerusi Jawatankuasa Dewan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Parlimen Ke-14.
Dewan Rakyat hari ini meluluskan tiga syor atas semangat dwipartisan menerusi Jawatankuasa Dewan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Parlimen Ke-14.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, antara syor yang diluluskan itu termasuk pemakaian baju batik Malaysia berlengan panjang oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Dewan Rakyat ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat pada setiap hari Khamis.



Gambar hiasan

"Ini adalah cadangan daripada Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk mendukung warisan negara. Pemakaian baju batik ini bukanlah mandatori dan adalah secara sukarela," katanya ketika mengemukakan syor tersebut.

Syor itu dikemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 86(5) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat hasil Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Bil.2, Bil. 3 dan Bil. 4 tahun 2021.


Antara syor lain yang diluluskan adalah berkenaan komposisi ahli untuk semua Jawatankuasa Pilihan Khas yang ditambah dari tujuh ahli kepada sembilan ahli.

"Lima Ahli Parlimen Kerajaan dan empat Ahli Parlimen Pembangkang.

"Pertambahan ini adalah selaras dengan Peraturan 82(1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat," katanya.


Kredit foto: Bernama

Wan Junaidi turut mengemukakan syor mengenai penubuhan jawatankuasa pilihan khas baharu iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa.

"Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa ini adalah penambahan daripada sembilan Jawatankuasa Pilihan Khas yang telah ditubuhkan," ujarnya.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acikgomen 11-10-2021 03:12 PM
Penting betul usul nih sampai kena jadi news
Quote airmineral 11-10-2021 03:43 PM
nsib baik sukarela
klau xmandatori iols setuju je sbb batik Msia ni lawa2
masa trend batik yg lepas, ramai plk pakai batik jawa bukan batik Msia.huhu
harap seni batik ni xluput ditelan zaman
Quote akuMNdia 11-10-2021 03:44 PM
apa pekdah rakyat dpt??
Quote Artemesiaa 11-10-2021 03:46 PM
Ok ler tu boleh bantu pengusaha batik negara mereka pun pastinya tak ada masaalah untuk membeli
Quote dua_chzy 11-10-2021 04:35 PM
Ujung2 yang kau pakai batik Ndon karna murah. Objektif segala hapa ke juranggg Marianaaaaaa
Quote Catpaw 11-10-2021 05:07 PM
Kang kena claim
Quote Cik_jantung 11-10-2021 05:16 PM
Edited by Cik_jantung at 14-1-2022 12:35 PM

..........
Quote ladybugz 11-10-2021 05:27 PM
stuju , utk marhain tunggu baju batik sale kat gene martino ajer.. sekian.
Quote eizarz 11-10-2021 06:13 PM
ini yg korang bincang dlm parlimen....bodo2 nya mp yg kena undi ni...tak guna lgsg utk negara
Quote namr 11-10-2021 06:58 PM
Lepas ni bincang pakai spender@tak pulak ye..
Quote nakkomenjugak 11-10-2021 07:31 PM
Macam zaman sekolah haa
Rabu pakai uniform kadet yach
Quote RatuDunia94 12-10-2021 12:17 PM
Bukan org keje gomen mmg kena pakai baju batik ke setiap hati khamis? Mcm cikgu2 etc?
Quote MissYouSayang 12-10-2021 12:31 PM
Kroni mana lak yg dpt tender batik ni cuol.mashukk
Quote ais_kosong 12-10-2021 12:43 PM
Diorang ni dah xde topik ke nak bincang..
baju batik la.. sapa kahwin dengan erra la..
Quote nikaido 12-10-2021 12:49 PM
RatuDunia94 replied at 12-10-2021 12:17 PM
Bukan org keje gomen mmg kena pakai baju batik ke setiap hati khamis? Mcm cikgu2 etc?

Yup tp thread ni mengenai YB yg dtg ke Dewan Rakyat hari khamis bukan pekerja gomen
Quote KamikuP 12-10-2021 12:53 PM
Mohon dress down setiap hari Jumaat. Bole nmpk pak menteri dressing mcm nak pi dangdut
Quote adiputras 12-10-2021 04:17 PM
Jangan lupa pakai akal terbaik bincang masa depan rakyat dan halatuju negara.
Quote zamzam 12-10-2021 04:33 PM
akuMNdia replied at 11-10-2021 03:44 PM
apa pekdah rakyat dpt??

Pengusaha batik esp kelantan ganu dpt lebih banyak tempahan. Kilang batik tambah operasi. Rakyat dpt kerja. Cukai niaga pun meningkat. Sbb nak buat bj batik tidak turun dari langit.
Quote zamzam 12-10-2021 04:34 PM
dua_chzy replied at 11-10-2021 04:35 PM
Ujung2 yang kau pakai batik Ndon karna murah. Objektif segala hapa ke juranggg Marianaaaaaa

Ni good point kerajaan wajib guna batik tempatan.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.064269 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top