CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Minit Pun Tak Tahan, Lelaki Ini Pecah Rekod Dunia Buat 'Planking' 9 Jam 30 Minit

9-9-2021 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4514| Komen: 31

Kepada sesiapa yang sentiasa melakukan planking pasti tahu betapa sukarnya bertahan dengan lama dalam posisi senaman ini.

Kalau dapat lakukan lebih dari lima minit pun sudah dikira cukup lama. Jadi, bayangkan jika melakukannya secara berterusan selama beberapa jam!


Tidak boleh nak dibayangkan betapa kerasnya dan penat keseluruhan otot badan terutamanya di bahagian abdomen. Memang terketar-ketar!



Kredit foto: IG Scali

Namun, itulah cabaran yang ingin digalas seorang lelaki yang telah memecahkan rekod dunia melakukan planking paling lama.

Berasal dari Australia, Daniel Scali melakukan abdominal plank paling lama di dunia dengan catatan masa 9 jam, 30 minit.


Rekod baharu yang dicipta tersebut memadamkan rekod lama lebih satu jam. Ia merupakan satu pencapaian yang bukan sahaja luar biasa, malah di luar batasan pemikiran kita sebagai manusia normal.



Lebih menarik, cubaan memecahkan rekod dunia yang dilakukan Scali juga dilakukan seiring dengan misinya menyebarkan kesedaran tentang kondisi kesakitan kronik atau chronic pain.

Kondisi kesihatan tersebut merupakan salah satu pengalaman yang dilaluinya sendiri iaitu complex regional pain syndrome.

Sindrom tersebut menyebabkan sebarang sentuhan, pergerakan atau terkena air dan juga angin boleh mendatangkan kesakitan.



Difahamkan, misi memecahkan rekod lama yang dicatatkan George Hood pada tahun lalu dengan catatan masa 8 jam, 15 minit dan 15 saat.

Selepas berjaya melakukan percubaan tidak rasmi dengan catatan 9 jam 9 minit sebelum ini memberikan keyakinan besar buat Scali bagi memecahkan rekod tersebut.

“Pada minit ke-14, bahagian betis saya mula terasa seperti ‘terbakar’ dan dari situ saya tahu ini merupakan percubaan yang sangat mencabar.

"Dengan meletakkan tekanan berpanjangan pada bahagian siku, tangan dan bahu saya harus menguatkan semangat dan bijak untuk mengendalikan kesakitan yang dirasai,” jelasnya.

Memasuki tempoh di antara enam dan tujuh jam, badannya mula memberikan reaksi. Pada saat ini tubuhnya mula menggeletar sedikit.

Malah, lebih teruk dia mula muntah akibat kepenatan melampau.



“Kesakitan itu dapat saya rasakan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

"Segalanya seakan berasa sangat kebas termasuklah pada bahagian kaki, paha dan tangan kiri pula terasa sangat teruk,” tambahnya lagi.

Seleps 9 jam, 30 minit dan 1 saat, Scali berasa berpuas hati. Kejayaannya memecahkan rekod dunia merupakan satu pencapaian peribadi yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.


Sumber: AWANI/Maskulin


Bagus

Marah
4

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 9-9-2021 04:43 PM
Badan pun dapp walaupun rendah
Quote mikasa 9-9-2021 05:26 PM
Berapa lama dia training utk acara ni?
Quote Artemesiaa 9-9-2021 05:43 PM
Benar2 satu penyiksaan apa pun syabas kerana telah berjaya
Quote darkness 9-9-2021 05:44 PM
Wah. Bagus2
Quote mclaren 9-9-2021 05:45 PM
Tak rasa nak ke tandas or nak minum ke at least selama 9 jam tu?

My record only 6 mins. Tak try dah more than that.
Quote shernazz 9-9-2021 05:53 PM
Kurex replied at 9-9-2021 04:43 PM
Badan pun dapp walaupun rendah

Ko tak nak semoga ke kat habang neh?
Quote shernazz 9-9-2021 05:54 PM
Dahsyar lah
Iols tahan 3 minit je..skali buat
Hahahaha....
Maybe sebab iols jarang buat
Kalau slalu..maybe boleh tahan setengah jam
Hahaha
Quote MeghanK 9-9-2021 05:54 PM
mclaren replied at 9-9-2021 05:45 PM
Tak rasa nak ke tandas or nak minum ke at least selama 9 jam tu?

My record only 6 mins. Tak try d ...

wow mesti keras perut mu  
Quote edayildiz 9-9-2021 05:55 PM
omgee bravo..i struggle holding it after 1 seconds
Quote mclaren 9-9-2021 06:00 PM
MeghanK replied at 9-9-2021 05:54 PM
wow mesti keras perut mu

Ha ha takde lah. Sebab tak buat dah. Tu masa plank challenge last year. Mula from 2 mins, then next few days 3 mins and so on.

Lepas capai 6 mins dah tak buat regularly. Just bila rasa nak buat je. Tu pun tak pernah try 6 mins again he he.
Quote supernaturalee 9-9-2021 06:48 PM
Plank ni yg x best sakit bahu
Ke iols buat salah teknik


Quote pichee 9-9-2021 06:53 PM
Awl2 buat 30s pn x lrt...i jns x thn..mampu 1 min aja..hahah lps tu xnk la..haha
Quote noor2 9-9-2021 07:54 PM
Akak paling lama pun 1 minit 30 saat...tu je mampu...
Quote noor2 9-9-2021 07:55 PM
mclaren replied at 9-9-2021 05:45 PM
Tak rasa nak ke tandas or nak minum ke at least selama 9 jam tu?

My record only 6 mins. Tak try d ...

Wow...6 minit....lama gila tu...kaka pun 1minit 30 saat je
Quote mclaren 9-9-2021 08:08 PM
Edited by mclaren at 9-9-2021 08:14 PM
noor2 replied at 9-9-2021 07:55 PM
Wow...6 minit....lama gila tu...kaka pun 1minit 30 saat je


Bukan terus2 dapat 6 minit hi hi.

Increment by a minute every few days.

Sebelum challenge tu biasa buat paling lama pun 2 minute macam tu je.

Dah lama tak buat saja try kejap ni. 3m 03s 24ms. If push lagi boleh kot 3 setengah.
Quote noor2 9-9-2021 08:10 PM
mclaren replied at 9-9-2021 08:08 PM
Bukan terus2 dapat 6 minit hi hi.

Increment by a minute every few days.

Hebat...kaka yg dah berminggu buat plank ni pun masih 1minit 30 saat...x mampu capai lebih dari tu...biasa kaka buat 2 kali sehari...
Quote mclaren 9-9-2021 08:16 PM
noor2 replied at 9-9-2021 08:10 PM
Hebat...kaka yg dah berminggu buat plank ni pun masih 1minit 30 saat...x mampu capai lebih dari tu ...

Kak noor rajin sungguh.
Quote noor2 9-9-2021 08:18 PM
mclaren replied at 9-9-2021 08:16 PM
Kak noor rajin sungguh.

Hehe...suka berpeluh...mmg nk keluarkan peluh toksin dlm badan ni...
Quote mclaren 9-9-2021 08:46 PM
noor2 replied at 9-9-2021 08:18 PM
Hehe...suka berpeluh...mmg nk keluarkan peluh toksin dlm badan ni...

Saya pun suka bersenam.

Yang 9 jam tu tak terasa nak minum ke or ke tandas

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.087289 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top