CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Jangan Panggil Polis, Ini Ayah Saya" - Budak Ini Tetap Lindungi Bapa Walau Dipukul

9-9-2021 05:52 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 12126| Komen: 89|Original author: Oleh: LilRose

Description: Seorang lelaki bukan saja membiarkan anak kecilnya membahayakan nyawa dengan bermain di jalan raya, malah dia memukul kanak-kanak itu apabila ditegur seorang lelaki yang merakamkan kejadian.
Seorang lelaki bukan saja membiarkan anak kecilnya membahayakan nyawa dengan bermain di jalan raya, malah dia memukul kanak-kanak itu apabila ditegur seorang lelaki yang merakamkan kejadian.


Kredit foto: Twitter

Menerusi video yang dikongsikan di akaun Twitter Problematic, difahamkan, kanak-kanak itu berulang kali melintas jalan raya bersendirian.

Perakam video itu memberi amaran kepada lelaki terbabit supaya menjaga anaknya dengan elok, namun dia tiba-tiba menumbuk wajah kanak-kanak perempuan berkenaan hingga terjatuh.

Tindakan lelaki itu menimbulkan kemarahan si perakam yang mengugut mahu melaporkan kejadian dipercayai berlaku di Kuala Lumpur itu kepada polis.




Namun, agak memilukan apabila kanak-kanak itu menghalangnya dan nekad melindungi bapanya yang dipercayai sedang mabuk.

"Jangan jangan jangan panggil polis, ini saya punya bapak."

Dalam beberapa video lain menunjukkan mangsa rapat dan mesra dengan perakam kejadian berkenaan.

Malah, lelaki itu menyuarakan hasratnya ingin menjadi ibu bapa kepada mangsa.



Kanak-kanak itu juga mendakwa bapanya tidak sayang kepadanya dan mendedahkan dia sering dimarahi.

Sayangnya anak pada bapa dia. Walau dimarahi dan dipukul, beria dia lindungi bapanya daripada dipukul dan dilaporkan kepada polis. - CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 9-9-2021 06:12 PM
Ya Allah...mcm dlm movie tapi hakikatnya realiti...kesian hidup ko nak....dapat bapak teruk
Quote edayildiz 9-9-2021 06:24 PM
kesiannya..bangsa roghinya rasanya ni muka kepam gitoh
jahatnyasampai jatuh terpelanting anknya..mak mana?
abg chinese  tu suara bergetar..terkejut kot
oh ye kalau foreigner..kalau ibu bapa kena dakwa mendera..so bdk tu jd tgjwb jkm jgk la ye?
Quote reddots 9-9-2021 06:31 PM
Mcm bagus ja mamat yg ambil video tu..marah kat bapak budak tu sebab pukul the girl.. yg dia pukul bapak budak tu depan budak tu boleh plak..
Quote edayildiz 9-9-2021 06:32 PM
tp abg chinese tu bm failed teruk yach..mata depan..depan mata kot..btw lelaki chinese mmg ramai yg baik.yg perempuan jer i kureng..selalu tlg i dikala nampak berat nk angkut brg..mesti offer diri
ot pulak
Quote matbad 9-9-2021 06:59 PM
edayildiz: tp abg chinese tu bm failed teruk yach..mata depan..depan mata kot..btw lelaki chinese mmg ramai yg baik.yg perempuan jer i kureng..selalu tlg i dikal ...

effort dia hentam mamat tu aku sokong. hihi
Quote amira_adlina 9-9-2021 07:01 PM
edayildiz replied at 9-9-2021 06:32 PM
tp abg chinese tu bm failed teruk yach..mata depan..depan mata kot..btw lelaki chinese mmg ramai yg  ...

Sama iols pun pengalaman gini
Laki chinese penah tolong iols bukak kan pintu bila kita bwk ank dgn stroller bagai, ade bdk remaja pempuan tu sblm tu buat dono je bila iols terkial2 nk bukak pintu nk tolak stroller
Quote kechikchomel 9-9-2021 07:03 PM
Ni kat depan org ni. Bapak tak guna tu berani tumbuk muka anak. Kat rumah macam mana lah

Ada sesiapa report polis tak? Slalu benda viral ni ramai je org report.
Quote chandrahusin 9-9-2021 07:07 PM
dari kecik dh sanggup kena hantam
smpai la dh besar nnt
ada laki kaki pukul pun redho
Quote edayildiz 9-9-2021 07:08 PM
matbad replied at 9-9-2021 06:59 PM
effort dia hentam mamat tu aku sokong. hihi

khenzz..bagus la drp ada sesetengah org rakam & tgk jah..mmg kena maki la
Quote edayildiz 9-9-2021 07:10 PM
amira_adlina replied at 9-9-2021 07:01 PM
Sama iols pun pengalaman gini
Laki chinese penah tolong iols bukak kan pintu bila kita bwk ank dg ...

bethol..i pernah dlm lift..i tolak luggage..pastu i saja bebuat lambat sbb tamo lift ngn org sbb kobid khenzz..pastu heols dh masuk lift..heols keluar balik dtg angkat luggage i..
Quote matamata 9-9-2021 07:14 PM
Bukanla...India yg belasah Myanmar tu
Quote matamata 9-9-2021 07:16 PM
patutnya bawak teruske balai....sbb susahpolis nakcari laknat ni...bukannya ada IC ka alamat tetap ka...risau aku dgn budak tu
Quote matjerk 9-9-2021 07:17 PM
Jap.. video yg bapa pukul anak tu direkod oleh cina ka?

Yg video kedua mamat india sikat rambut tu sapa pulak?
Quote 3480 9-9-2021 07:21 PM
Mcm India ja yg rakam.. tu pelat india
Quote nuril86 9-9-2021 07:21 PM
kadang2 manusia ni aku xleh brainlaa. ade anak dibantai2.. lebih kurang mcm jiran sewel sebelah rumah aku ni.. dh berbulan aku duk sabar je dia duk terjerit terlolong mcm kuntilanak duk marah2 anak dia...
Quote felinecat 9-9-2021 07:22 PM
India lah.. Mak melayu, bapak Myanmar ye budak ni. Muka rohingya. Kesian budak ni jgn kene abuse mende lain sudah le
Quote tumpanglalu74 9-9-2021 07:30 PM
Sian budak2 takleh pilih ayah masing2.  Aku takde le ponah kene pukoi depan orang.  Bapak aku pon gentleman makan sudu garfu tak berbunyi..  Sekarang ney ape jiran tetangge yang lain tu buad?  Tak repot polis ke bila dia pukoi anak.  Aku rase budak tu bila depan mata dia ade 2 pilihan je: bapak tagune dia tu or kelen gile

Kalo kome pilih sape..
Quote heythere123 9-9-2021 07:30 PM
Edited by heythere123 at 9-9-2021 07:31 PM
reddots replied at 9-9-2021 06:31 PM
Mcm bagus ja mamat yg ambil video tu..marah kat bapak budak tu sebab pukul the girl.. yg dia pukul b ...


kalau iols pun iols pukul je orang macam tu. Tak reti nak jadi bapak, layak la kena pukul.
Quote heythere123 9-9-2021 07:31 PM
felinecat replied at 9-9-2021 07:22 PM
India lah.. Mak melayu, bapak Myanmar ye budak ni. Muka rohingya. Kesian budak ni jgn kene abuse men ...

betul, risau jugak takut jadi benda lain

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.059663 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top