CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bosan Jalan Selalu Rosak, Lelaki Tanam Pokok Pisang Di Tengah Jalan

9-9-2021 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2995| Komen: 16

Description: Seorang lelaki di Amerika Syarikat yang bosan dengan keadaan daif jalan berdekatan premis perniagaannya di barat daya Florida menanam pokok pisang pada lubang di tengah jalan itu sebagai amaran kepada ...
Seorang lelaki di Amerika Syarikat yang bosan dengan keadaan daif jalan berdekatan premis perniagaannya di barat daya Florida menanam pokok pisang pada lubang di tengah jalan itu sebagai amaran kepada pemandu lain, lapor akhbar New York Post kelmarin.


Bryan Raymond dilaporkan menanam pokok pisang di jalan Honda Drive, selatan Fort Myers itu pada minggu lalu.


Kredit foto: The Atlanta Journal-Constitution

Raymond yang juga pemilik premis kesihatan Progress and Pride Fitness Group berkata, idea untuk menanam pokok timbul selepas dia beberapa kali terpaksa mengisi simen ke dalam lubang tersebut.

Memandangkan Honda Drive merupakan jalan persendirian, pihak pentadbiran tempatan memaklumkan kepada Raymond bahawa penyelenggaraan jalan itu tertakluk kepada pemiliknya.

Raymond menganggap pokok pisang tersebut sebagai sesuatu yang dapat menarik perhatian pemandu lain.


“Sekiranya kita mahu memastikan tiada sesiapa cedera akibat lubang tersebut, kita harus meletakkan sesuatu yang jelas kelihatan,” kata Raymond kepada stesen televisyen tempatan, WBBH.


Kredit foto: WKMG

Menurut Raymond, sistem televisyen litar tertutup (CCTV) telah merakam pelbagai masalah di sepanjang jalan tersebut  termasuk lubang dan air bertakung.

Difahamkan, beberapa pengguna jalan di situ bersetuju dan suka dengan tindakan Raymond menanam pokok pisang di situ.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 9-9-2021 05:14 PM
Ingatkan dekat yindia
Quote edayildiz 9-9-2021 05:17 PM
malam2 org ingt hantu ke apa duk melambai..
tp kan pokok pisang ni hidup ke sbb dia tanam yg dh besar
pernah tgk kt cuba jer rasa aritu pokok pisang..
baru tau pokok pisang ada jgk sana
Quote sukacactus 9-9-2021 06:06 PM
edayildiz replied at 9-9-2021 05:17 PM
malam2 org ingt hantu ke apa duk melambai..
tp kan pokok pisang ni hidup ke sbb dia tanam yg dh bes ...

Ada dik, cuaca lebih kurang sini je pun
Ni ha yg kat bwh ni, asal sana
Aku mampu terliur je tgk
Quote edayildiz 9-9-2021 06:13 PM
Edited by edayildiz at 9-9-2021 06:14 PM
sukacactus replied at 9-9-2021 06:06 PM
Ada dik, cuaca lebih kurang sini je pun
Ni ha yg kat bwh ni, asal sana
Aku mampu terliur je tgk  ...


oic..adik xtau kak..hihi..
cantik pokok pisang tu..harga pun cantik jgk..tanam jer la pokok pisang belakang rumah acik kepam tu kak..pokok pisang ni lepas sekali menghasilkan buah terus kiok kan pokok tu?
sbb tu ada pepatah pisang tidak berbuah dua kali
Quote noor2 9-9-2021 06:13 PM
Ingat kat Malaysia....US rupanya
Quote sukacactus 9-9-2021 06:16 PM
edayildiz replied at 9-9-2021 06:13 PM
oic..adik xtau kak..hihi..
cantik pokok pisang tu..harga pun cantik jgk..tanam jer la pokok pis ...

Haah akn kiok , tp akn beranak2 dl, sblm mati meninggalkan ank2 yatimnya hahaha
Quote edayildiz 9-9-2021 06:27 PM
sukacactus replied at 9-9-2021 06:16 PM
Haah akn kiok , tp akn beranak2 dl, sblm mati meninggalkan ank2 yatimnya hahaha

oic..faham
Quote shernazz 9-9-2021 06:39 PM
Iols teringat video lama.
Moto ni lalu kat lubang tersembam kauuu
Mujur dia pakai helmet..cedera sdbab jatuh tu je kot...
Quote Artemesiaa 9-9-2021 06:45 PM
Kat Malaysia dah lama orang buat tak heran pun
Quote namemysoul 9-9-2021 06:56 PM
Pasni pokok pisang beranak pinak penuh ateh jalan...
Quote namr 9-9-2021 07:07 PM
Lol...jalan macam sial..mmg ptt pun dia buat gitu
Quote matamata 9-9-2021 07:10 PM
Kat sini ada yg letak batu nisan
Quote trexxxxxi 9-9-2021 07:16 PM
Alahhhh aku pernah tengok orang letak ranting pokok bunga kertas dalam lubang lopak jalan tu

Mati2 aku ingat jalan mati siap suruh tekan break, sambil jerit-jerit heii berhentilah kan jalan mati tuuuu

Done overreact agithuuu
Quote Marylis 9-9-2021 08:49 PM
nanti dah keluar jantung pisang boleh ler rebus cicah sambal belacan... huhu
Quote nakkomenjugak 9-9-2021 09:32 PM
hahahaha
lain kali try headstone pulak
Quote KamikuP 10-9-2021 09:38 AM
Wow.. kalau depa tau pokok durian tu bernilai, mau tanam musang king

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.057340 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top