CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Selamba Memandu Atas Landasan Kereta Api Dipenjara 15 Bulan

9-9-2021 01:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1911| Komen: 2

Description: Seorang pemandu dipenjarakan selepas memandu di atas landasan kereta api sehingga menyebabkan jadual perjalanan pengangkutan awam itu terjejas, baru-baru ini.Aaron O'Halloran, 31, sebelum ini memandu ...
Seorang pemandu dipenjarakan 15 bulan selepas memandu di atas landasan kereta api sehingga menyebabkan jadual perjalanan pengangkutan awam itu terjejas, baru-baru ini.


Aaron O'Halloran, 31, sebelum ini memandu kenderaannya sekitar jam 7.30 pagi pada 9 Mei menuju ke sebuah stesen kereta api di Birmingham.

Berdasarkan televisyen litar tertutup (CCTV), dia kemudian didapati memandu Mitsubishi Shogun di atas landasan kereta api hampir satu kilometer sebelum meninggalkannya.



Kredit foto: https://www.birminghammail.co.uk/


Namun, para pegawai menemui sebuah telefon bimbit di dalam kenderaannya menyebabkan dia dapat dikesan dan didakwa di mahkamah kerana melakukan perbuatan tersebut.

Sebelum ini, dia juga menafikan memandu kenderaan itu walaupun telah ditunjukkan dengan imej yang dirakamkan menerusi CCTV di stesen kereta api tersebut kepada polis.

O'Halloran turut menafikan kepada polis bahawa perbuatannya itu telah membahayakan orang ramai yang menaiki kereta api, memandu secara haram dan memandu kenderaan tanpa insurans.



Perbuatannya itu telah menyebabkan jadual perjalanan pengangkutan awam tersebut ditangguhkan selama lapan jam dan kerugian sebanyak £23,000 (RM131,224).


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 9-9-2021 02:45 PM
Padan muka, buat aksi nyusahkan org.. kalau mati sendiri tak apa, ini ade org awam..
Quote nakkomenjugak 9-9-2021 09:06 PM
Yolo2 sangat
ke jail sudah kau.
hahaha vodo

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.062785 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top