CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sindiket 'Baim Wong' Berdepan Hukuman Penjara 4 Tahun

9-9-2021 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1849| Komen: 0

Description: Bahagian Siasatan Jenayah Polis Metro jaya berjaya memberkas 10 ahli sindiket penipuan menggunakan nama artis Baim Wong.
Bahagian Siasatan Jenayah Polis Metro jaya berjaya memberkas 10 ahli sindiket penipuan menggunakan nama artis Baim Wong. 

Lapor Suara.com, suspek memperdaya mangsa kononnya memenangi hadiah wang tunai bernilai 50 juta rupiah (RM14,574) secara percuma. 


Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus berkata, kes terbongkar selepas pihaknya menerima laporan daripada Baim Wong sendiri selepas mendapati namanya digunakan dalang sindiket tersebut. 


Kredit foto: Suara.com

Katanya, sindiket menjalankan modus operandi melibatkan dua kumpulan dengan setiap kumpulan terdiri daripada dua sehingga lapan orang.


Jelasnya, mereka akan menggunakan taktik sama dengan menghantar kiriman mesej kepada mangsa. 

“Mereka akan menghantar mesej secara rawak kepada mangsa dengan kandungan mesej tertera ucapan tahniah, nombor yang mengatakan layak mendapat 50 juta rupiah secara percuma dari Baim Wong,” jelasnya.

Menurut Yusri, selepas berjaya mendapatkan mangsa, ahli sindiket akan meminta beberapa bayaran bagi tujuan pengurusan, cukai serta kos penyiaran untuk siaran televisyen swasta. 

Katanya, seorang mangsa turut mengaku pernah ditipu sebanyak 11 juta rupiah (RM3,200).



Kes disiasat mengikut Perkara 378 Kanun Keseksaan dan pesalah berdepan hukuman penjara selama empat tahun. 


Sumber: Utusan

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.035128 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top