CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kakitangan Awam, Guru Letak Jawatan Kalau Tak Nak Vaksin

9-9-2021 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2313| Komen: 1

Description: Kerajaan Zimbabwe akan memaksa kakitangan awam dan guru yang tidak divaksin supaya meletak jawatan.
Kerajaan Zimbabwe akan memaksa kakitangan awam dan guru yang tidak divaksin supaya meletak jawatan.

Negara selatan Afrika itu sudah menjadikan vaksin sebagai mandatori untuk berniaga di pasar, bersenam di gimnasium, mengunjungi restoran dan menduduki peperiksaan universiti.



Kredit foto: EPA

Langkah sama diikuti oleh sebilangan syarikat swasta.

"Jika ada adalah penjawat awam, untuk melindungi orang lain, dapatkan vaksin," kata Menteri Kehakiman, Ziyambi Ziyambi kepada stesen radio tempatan.

Beliau berkata, jika tidak mahu berbuat demikian, individu terbabit termasuk guru, boleh meletak jawatan.


Terdapat kira-kira 300,000 kakitangan kerajaan dan kira-kira 100,000 guru di negara itu.

Hanya kira-kira 2.7 juta orang daripada jumlah 15 penduduk Zimbabwe sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Setakat ini, ia merekodkan lebih 125,600 kes Covid-19 dengan 4,490 kematian.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 9-9-2021 01:39 PM
But, why are you gae?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.046862 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top