CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafeez Mikail Sentap Dengan Naim Daniel Isu Ejen Insurans 'Hilang Manusia Dalam Diri'

12-8-2021 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6661| Komen: 26

Pelakon Hafeez Mikail menegur penyanyi Naim Daniel agar lebih berhati-hati dalam memberi pandangan dalam sesuatu isu.

Difahamkan, dia berrasa kurang senang dengan tuduhan Naim kononnya ejen insurans mengambil kesempatan terhadap kematian Allahyarham Siti Sarah memberi gambaran mereka yang bekerja dalam bidang itu berniat jahat dan hilang nilai kemanusiaan.



Kredit foto: IG Naim/Hafeez

Ujar Hafeez atau nama sebenarnya Muhd Hafiz Muhd Zaki, 29, Naim seharusnya lebih sensitif dengan bahasa yang digunakan agar tidak menggores hati orang lain.

"Saya setuju dengan kenyataan Naim yang mengatakan jangan menggunakan kisah kematian Siti Sarah sebagai modal untuk bercerita tentang hibah atau insurans.

"Tapi saya tak setuju dengan penggunaan bahasa yang digunakan Naim di hujung kenyataan itu iaitu 'korang memang hilang manusia dalam diri'.

"Bahasa itu tidak sesuai dan ia menampakkan yang ejen insurans ini macam jahat. Saya kenal dan percaya Naim seorang yang bijak... sepatutnya dia boleh guna ayat yang lebih sesuai," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, status Naim di Twitter memberi amaran kepada mana-mana ejen insurans agar tidak mengambil kesempatan terhadap kematian Allahyarham Siti Sarah mengundang rasa kurang senang Hafeez.

Menerusi status tersebut, Naim menyifatkan pihak yang menggunakan modal kematian Allahyarham untuk bercerita mengenai hibah atau insurans tidak mempunyai nilai kemanusiaan dalam diri.

Perkongsian pemilik nama Muhammad Naim Daniel Baharin itu membuatkan Hafeez yang kini bekerja dalam bidang insurans tampil berkongsi video seorang individu menjelaskan tindakan mereka berbuat demikian semata-mata untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.





"Daripada dia hentam ejen insurans yang saya tak nampak lagi ada kongsi atau guna kisah pemergian Siti Sarah, baik dia hentam influencer yang memang ambil kesempatan terhadap kisah arwah.

"Baik hentam benda yang dah jadi daripada benda yang tak ada pun lagi. Kalau betul ada ejen insurans ambil kesempatan atau menggunakan bahasa tidak sesuai melibatkan arwah Siti Sarah, saya pun akan hentam mereka.

"Suara seorang selebriti ini sangat kuat... jadi saya harap dia gunakan bahasa yang lebih sesuai. Saya muat naik video itu bukan nak bergaduh dengan dia tapi sekadar ingin beri penjelasan." ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 12-8-2021 11:44 AM
Apa apa la korg..
Quote Raline 12-8-2021 11:57 AM
busuk nya hadek2 gadoh... acah2 ke?
Quote katakauu 12-8-2021 11:59 AM
nahem daniyal ni pun sibuk je banyak bunyikk lak dia
Quote bakingsoda 12-8-2021 12:16 PM
naem ni topinasi 2.0 nak ulas serba serbi
Quote Kurex 12-8-2021 12:17 PM
Berapa kali kau nak bukak benang yg dah ada ni reporter sangkak!!!!
Quote Ayda89 12-8-2021 12:29 PM
Sentap pulak masing2.
Quote RatuDunia94 12-8-2021 01:12 PM
Naim trying so hard utk bg justifikasi dhn ayat yg konon "boombastic" gitu.. hujung2 bape kerat je yg faham.
Quote pukulrata 12-8-2021 02:10 PM
bersama lagi kita dlm segmen 'Artis menggelupo  nak bagi pendapat tp backfire'
Quote che-cikL 12-8-2021 02:21 PM
Ok, lepas ni kita siap sedia pula satu thread yg mengetengah dan membincangkan retis lain pulak tidak setuju Hafreez ni menghentam Naim, ok?
Ok, cepat cepat sapa nak buka thread, cepat cepat.
Quote LadyCarefree 12-8-2021 02:56 PM
bakingsoda: naem ni topinasi 2.0 nak ulas serba serbi


Macam popularity dah get to his head lak nowadays.
Quote OyenLemas 12-8-2021 05:26 PM
takperlu pun. komen dr dia
Quote Whitepinkrider 12-8-2021 05:29 PM
che-cikL replied at 12-8-2021 02:21 PM
Ok, lepas ni kita siap sedia pula satu thread yg mengetengah dan membincangkan retis lain pulak tida ...

sampai bila lah ada ada benang berantai smpi ke sudah..
Quote Raman 12-8-2021 06:19 PM
Kau siapaaaaaa
Quote cikyaa_aziz 12-8-2021 06:20 PM
dia ni tak abis sentap lagi ke smpai hrini
Quote Belibis 12-8-2021 07:28 PM
Celah mana datang mikail tu?? Bapak sendiri tak letak,pandai2 ejas nama nak nampak urban.
Quote sleepandream 12-8-2021 07:41 PM
salah faham je kan...
abistu bukan ke si naim daniel ni ada buka cite pasal lagu heols buat utk arwah jugak?
still selit juga nama arwah kan dalam kerjaya heols?
Quote enot_sibudak 12-8-2021 07:42 PM
masa abam pun geng2 insurans ni ambil kesempatan.....
Quote Hoola 12-8-2021 09:56 PM
So..akn ada saman myaman ke tak
Sebb nk prebook popcorn siap2
Quote beta_carotene 12-8-2021 11:38 PM
RatuDunia94 replied at 12-8-2021 12:12 PM
Naim trying so hard utk bg justifikasi dhn ayat yg konon "boombastic" gitu.. hujung2 bape kerat je y ...

Acah2 nk jadi manusiawi terpaling mulia gteww.. Nk start show baca bismillah kuat2.. Kisah org meninggal dia lebih2 mengalahkan ustad..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.186505 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top