CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

95 Kedai Di Jonker Street Sudah Ditutup Akibat Covid-19

12-8-2021 06:45 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8791| Komen: 87|Original author: Oleh : Cari-Azza

Description: Tampaknya tamparan pandemik Covid-19 ini semakin meranapkan perniagaan sederhana dan sektor pelancongan.Menurut laporan Melaka Hari Ini (MHI), lebih 20 kedai peniaga di Jonker Walk terpaksa gulung t . ...






Tampaknya tamparan pandemik Covid-19 ini semakin meranapkan perniagaan sederhana dan sektor pelancongan.

Menurut laporan Melaka Hari Ini (MHI), lebih 20 kedai peniaga di Jonker Walk terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu membayar sewa kedai sejak awal tahun ini. Semuanya akibat penutupan operasi sektor pelancongan berterusan.

Kebanyakan kedai di Jalan Hang Jebat mempamerkan kain rentang dan papan iklan syarikat hartanah untuk mencari penyewa baharu.
Malah, suasana di jalan berkenaan dilihat suram dan sepi tanpa kehadiran pelancong.

Foto : Malaysian Business



Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Jonker Street, Datuk Gan Tian Loo berkata, situasi itu sekali gus mengakibatkan kerugian berjuta ringgit kepada pengusaha sektor pelancongan di kawasan itu.

"Hampir 95 peratus kedai terpaksa menutup operasi. Kawasan itu mati, mereka beri barang percuma pun langsung tiada orang kerana kawasan itu adalah kawasan pelancongan dan kebanyakan pelancong bertumpu di kawasan itu."

Tian Loo berkata lima peratus kedai yang kekal beroperasi dari 100 keseluruhan kedai ialah kedai francais seperti Family Mart dan 7 Eleven. Manakala farmasi seperti Watson dan Caring juga telah menutup operasi. 


Foto : Melaka Hari Ini


Rentetan itu, pihaknya melakukan perjumpaan bersama Persatuan Penjaja dan Peniaga Jonker Walk dan beberapa pengusaha kedai di kawasan itu bagi membantu untuk menyelesaikan masalah dihadapi.

"Mereka mengadu harga sewaan agak tinggi. Jadi kerajaan sudah pun mengurangkan kadar cukai taksiran kepada pemilik bangunan."

Jelasnya, meskipun ada beberapa pemilik premis yang mengurangkan kadar sewaan sehingga 30 peratus namun perkara itu belum memadai untuk pengusaha perniagaan meneruskan perniagaan masing-masing.

Foto : Melaka Hari Ini

Selagi Covid-19 masih ada, kemungkinan besar akan lebih banyak kedai ditutup.- CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerlympics 12-8-2021 05:13 PM
Yg pasti GEOGRAPHY CAFE tak tutup......
Quote lurve82 12-8-2021 05:17 PM
Apa jd juga dgn pakcik2 bwk beca…semoga ada la rezeki dorg utk hidup time covid ni…
Quote Guccibamboo 12-8-2021 05:19 PM
Rindu nye nak g melaka....
Quote Orix 12-8-2021 05:22 PM
Eleh… nk harapkan owner kedai turunkan sewa konon, kawan iols complain unifi tu hah, kedai ttup pkp berbulan2 pun kena bayar rm200++ sbb biz plan tak ada discount lgsg…. Kalau boleh portable takpe jugak unifi tu… TM untung kemain tp puihh
Quote pearl.silver 12-8-2021 05:24 PM
Sapa penah mkn laksa asam dan cendol kat satu kedai kt jonker street ni..

I dok teringat2 wei.. Kt situ first time i mkn laksa asam dan tersangat la sedap nya..
Pastu i craving, i mkn laksa asam kt secret recipe.. Sdp juga..
Quote edayildiz 12-8-2021 05:25 PM
rindunya nk g melaka..naik beca pusing2 bandar..thn lps i sempat pergi  bulan 6..ramai sgt wktu mlm kt jonker street tu pdhl kira dh covid jgk la.masa tu abah baru bg rentas negeri..so satu family pergi sbb gnti flight jepun cancel..xtau bila pulak dpt bercuti..rasa x g dh kot.
Quote OyenLemas 12-8-2021 05:27 PM
kesiannyaaaaaaaa {:cryrun
Quote stingerlympics 12-8-2021 05:29 PM
pearl.silver replied at 12-8-2021 05:24 PM
Sapa penah mkn laksa asam dan cendol kat satu kedai kt jonker street ni..

I dok teringat2 wei.. K ...

Kedai yg mana?..along that stretch ada dalam 2 yg aku tahu yg pemes...satu yg authentic nyonya cendol...the other one at the very end dlm kedai souvenir shop hampir berhadap hard rock cafe melaka....

Chendol duriannya...menjilat jari kaki....
Quote kuewTiau 12-8-2021 05:33 PM
Kesiannya kat peniaga-peniaga...
Rindu kat Melaka
tahun lepas masa pkp 'break', sempat lari kejap weekend.
g makan asam pedas telur ikan mayong dengan sotong bakar je, sedapnya...
pastu stay kat hotel depan sungai melaka tu, meriah dengan lampu malam-malam
masa tu tak ramai, walau kitorang pegi weekend, xingat kenapa

semoga kita dapat hidup macam biasa macam dulu walau sentiasa dengan mask dan sanitizer


Quote orgsepang 12-8-2021 05:34 PM
Ramai yang terjejas. Semoga mereka semua dapat bangkit semula.
Quote stingerlympics 12-8-2021 05:34 PM
Ee Ji Ban chicken rice balls...footsteps away from jonker.....marbeles....
Quote stingerlympics 12-8-2021 05:35 PM
kuewTiau replied at 12-8-2021 05:33 PM
Kesiannya kat peniaga-peniaga...
Rindu kat Melaka
tahun lepas masa pkp 'break', sempat lari kej ...

CASA DEL RIO?
Quote HappyGumbira 12-8-2021 05:39 PM
semoga dipermudahkan buat semua
Quote Orix 12-8-2021 05:39 PM
stingerlympics replied at 12-8-2021 05:34 PM
Ee Ji Ban chicken rice balls...footsteps away from jonker.....marbeles....

Ee ji ban tu overrated lah. Harga pun over.
Quote me12345 12-8-2021 05:40 PM
Semua kedai mana mana pun sama..tutup. tp tokey bisnesman jonker ni dah kaya dah...berpuluh tahun bisnes situ...duk la rehat goyang kaki
Quote MeghanK 12-8-2021 05:41 PM
edayildiz replied at 12-8-2021 05:25 PM
rindunya nk g melaka..naik beca pusing2 bandar..thn lps i sempat pergi  bulan 6..ramai sgt wktu mlm  ...

last time i pegi melaka before covid i jalan kaki pusing2 bandar hilir..balik hotel peluh kepam semua ada
Quote edayildiz 12-8-2021 05:46 PM
MeghanK replied at 12-8-2021 05:41 PM
last time i pegi melaka before covid i jalan kaki pusing2 bandar hilir..balik hotel peluh kepam se ...

uol naik beca tak
Quote MeghanK 12-8-2021 05:48 PM
edayildiz replied at 12-8-2021 05:46 PM
uol naik beca tak

tak naik la..jalan kaki je tapi iols naik cruise
Quote edayildiz 12-8-2021 05:53 PM
MeghanK replied at 12-8-2021 05:48 PM
tak naik la..jalan kaki je tapi iols naik cruise

patut la berpeluh
wah bestnya naik cruise

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.058642 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top