CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nubhan Jaga 4 Anak Kakak Positif Covid-19

12-8-2021 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4800| Komen: 31

Description: Musibah menimpa keluarga mendorong penyanyi, Nubhan Ahamad pantas menghulurkan bantuan apabila kakak, Faizah dan abang iparnya, Mohd Nor Hussin disahkan positif COVID-19 sejak 2 Ogos lalu.
Musibah menimpa keluarga mendorong penyanyi, Nubhan Ahamad pantas menghulurkan bantuan apabila kakak, Faizah dan abang iparnya, Mohd Nor Hussin disahkan positif COVID-19 sejak 2 Ogos lalu.

Tambah menyentuh hati, ibu mentua dan adik ipar Faizah meninggal dunia akibat dijangkiti virus berbahaya itu, baru-baru ini.

Menghulurkan bantuan selagi termampu, Nubhan yang juga suami kepada Dr Afifah Hidayah Tawfek, mengambil alih penjagaan empat anak saudaranya sepanjang tempoh kakak dan abang iparnya menjalani rawatan.


Kredit foto: IG Nubhan

"Daripada perbualan dengan kakak, hati ini jadi sayu dan sedih. Kakak bercerita mengenai ujian menimpa keluarga termasuk kehilangan ibu mentua dan adik ipar. Malah, kakak risau keadaan empat anaknya yang belum terkena wabak itu.

"Kebetulan kami tinggal di lokasi berhampiran iaitu di Seremban, saya menawarkan diri untuk menjaga anak-anaknya.


"Lagipun, saya rapat dengan mereka. Anak-anak saudara kalau datang rumah saya memang tidak mahu balik ibaratnya," katanya kepada BH Online.

Nubhan yang popular dengan lagu Ada Untukmu percaya mana-mana keluarga akan cuba membantu jika salah seorang daripada ahlinya ditimpa musibah apatah lagi dalam penularan COVID-19.

"Saya tidak sanggup melihat dan melalui ujian yang dihadapi kakak dan suaminya. Saya harap mereka akan terus kuat dan sembuh seperti sedia kala.

"Setakat ini, kakak saya tidak perlu risau keadaan anak-anaknya. Insya-Allah, saya dan isteri akan menjaga mereka dengan baik," kata anak bongsu daripada lapan beradik itu.


Kakak dan abang ipar Nubhan bersama anak-anak. - Foto Nubhan

Tambah bapa kepada dua anak ini, ada beberapa saudaranya turut positif COVID-19.

"Pak cik dan mak cik saya positif wabak itu. Sama juga sepupu di Kuala Lumpur. Ada antara mereka melakukan kuarantin kendiri di rumah selain hospital.

"Memang wabak jahat ini semakin mengganas. Diharapkan kita lebih berhati hati. Semoga kita semua terus berada dalam lindungan-Nya," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 12-8-2021 12:14 PM
bila positive beramai2 ahli keluarga ni hilang husnuzon aku
Quote Ayda89 12-8-2021 12:27 PM
Aku pun jaga anak2 buah aku walaupun takut2 tapi nak buat cemana kesian pulak kat depa
Quote me12345 12-8-2021 12:29 PM
Cane beramai2 positive satu family..kebetulan ke? Semoga cepat sembuh
Quote sarahmirza 12-8-2021 12:38 PM
bakingsoda replied at 12-8-2021 12:14 PM
bila positive beramai2 ahli keluarga ni hilang husnuzon aku

Mungkin sesetengah keluarga sebegitu ujiannya....

Quote MelahJanda 12-8-2021 12:48 PM
bakingsoda replied at 12-8-2021 12:14 PM
bila positive beramai2 ahli keluarga ni hilang husnuzon aku

me too! dah sah sah langgar sop
Quote aezvogue 12-8-2021 12:56 PM
bakingsoda replied at 12-8-2021 12:14 PM
bila positive beramai2 ahli keluarga ni hilang husnuzon aku

Tula..kalo yang positif tu semua serumah boleh la husnuzon..tp kalo sedara mara umah lain pun positif sama memang takleh nk husnuzon sgt
Quote talapia 12-8-2021 01:01 PM
ramai je yg positive 1 keluarga.. termasuk mak bapak.. kebanyakan tu.. yang tinggal dekat2 dengan parents.. yang tak boleh balik jumpa parents.. mereka yg kena rentas negeri.. rentas daerah..

tapi ramai juga yang ibaratnya 1 keluarga besar.. ipar duai atok nenek memang hari2 jumpa.. antara nya sebab anak2 memang atok nenek yg jaga.. atok nenek pulak duduk dengan anak2 yg bujang.. ha.. tu jadi kes beramai2 kena..  kesian..
Quote Whitepinkrider 12-8-2021 01:04 PM
if dah tinggal satu rumah.. sorang kene mmg possibility satu rumah dpt pn tinggi.
Quote opie5662 12-8-2021 01:18 PM
Mcm kawan aku, mak die positif n ramai family die kene... Lepas discaj, mak die dpt surat kompaun dr KKM... Kene 4k atas alamas menyebar virus.... Pas tu menggelabah kata takde duit nk bayar... Merayu bagai... Tu la.. Org suruh dok dendiam... Takyah la merayap sane sini... Takyah panggil anak2 balik...
Quote hasniey 12-8-2021 01:22 PM
Alhmdulillah bantu keluarga sendiri.
Org taman ai mak bapak +ve.anak2 semua masih sekolah.pakcik makcik tgl setaman pon xnak amik tau.. jiran2 yg tgok2 kan
Quote Managerara 12-8-2021 01:23 PM
Dah 1 famili..buat ape nak husnuzon??

Xpayahla nak lurus sgt ikut sOp xjumpa famili padahal kes tak pernah turun wei..korang nak duduk lama mane xjumpa mak ayah..ade peluang balik wei balik walau kena rentas..kes 20k nak tunggu lama mane baru nak balik kg..

Sedangkan kerja tetap kena pergi..pasar tetap kena pergi..makan tetap kena beli..cuma balik kampung jelah yg korang nak korbankan? Bg aku xadil..

Dan 1 lagi aku rasa covid takkan habis sebab varian baru sentiasa muncul..terbaru varian yang kebal vaksin..sape yang taknak jumpa famili, teruskan..aku tak sanggup
Quote syamzana 12-8-2021 01:34 PM
talapia replied at 12-8-2021 01:01 PM
ramai je yg positive 1 keluarga.. termasuk mak bapak.. kebanyakan tu.. yang tinggal dekat2 dengan pa ...

ni yg masalah kalau duduk satu area yg sama. mesti nak ziarah menziarahi. pstu bertenggek lama siap makan bagai. ujung2 satu fmly kene. byk dah kes jadi gini.
apapun hrp fmly ni diberi kesembuhan, sian anak2
Quote talapia 12-8-2021 02:00 PM
Managerara replied at 12-8-2021 01:23 PM
Dah 1 famili..buat ape nak husnuzon??

Xpayahla nak lurus sgt ikut sOp xjumpa famili padahal kes t ...

kalau kau rasa boleh jaga SOP kat kampung.. balikla...
keje kene pegi.. pasar kena pegi.. tapi tu smua bkn 24 hrs ngadap kt situ, pakai mask double.. sanitize sentiasa.. bole la..

takkan ko balik kampung jumpa mak ayah.. pakai mask sepanjang masa.. duduk jauh2...  kena pulak yg ada anak kecik2.. cucu balik kampung bukan paham.. atok peluk cium.. bahaya wei..


Quote sally03tomato 12-8-2021 02:10 PM
Managerara replied at 12-8-2021 01:23 PM
Dah 1 famili..buat ape nak husnuzon??

Xpayahla nak lurus sgt ikut sOp xjumpa famili padahal kes t ...


Aku duduk ngan family dekat2.. tp tak p pun rumah mak bapak... fikirkan kalau org tua atau yg berpenyakit kena..takut seksa org... Tak sanggup pulak jangkit sebab kita yg pembawa... sekali sekala hantar makanan depan rumah..

utk parents kerja n hantar anak ke atok nenek, tak boleh buat ape.. keselamatan anak tu pulak, takkan nak p hantar day care... Semoge semua kita dilindungi dari wabak
Quote imanjannah 12-8-2021 02:12 PM
moga dpermudahkn..
Quote twins 12-8-2021 02:54 PM
me12345 replied at 12-8-2021 12:29 PM
Cane beramai2 positive satu family..kebetulan ke? Semoga cepat sembuh

covid yg baru ni mmg cepat betul... staf aku pun satu family kena...
anak kerja j&t ... balik duduk ngan mak ayah .. mula2 tak ada symptom...
bila dah demam swab test positive.. rupanya mak ayah dah dapat.. dah pass pulak
tanpa sengaja pada anak2 sedara yg rajin datang ke rumah (dok kampung)..
jadi sekarang ni... kalau dengat ramai sekeluarga kena covid.. tak boleh lg bersangka
buruk ingat ada majlis ke kenduri ke... tak semesti nya...
Quote mummydarling 12-8-2021 03:06 PM
Managerara replied at 12-8-2021 01:23 PM
Dah 1 famili..buat ape nak husnuzon??

Xpayahla nak lurus sgt ikut sOp xjumpa famili padahal kes t ...

mummy setuju ngan mu ni nak masuk setahun kali kedua tak boleh rentas. sampai ade yg family meninggal same ngak bukan ko balik kg pon tapi sbb berjangkit ngan keliling die ..
Quote OyenLemas 12-8-2021 03:27 PM
jaga elok3 ye{:good
Quote anna_me 12-8-2021 04:07 PM
Wife nubhan pregnant tu. Jaga dr afie elok2. Tinggi risiko klo kena. Ambil ikhtibar kes SS..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.051733 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top