CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Mabuk Disebabkan Tin Alkohol Sebiji Macam Milo

12-8-2021 08:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3878| Komen: 38

Description: Sebuah syarikat minuman alkohol dilarang daripada mengiklankan dan mempromosikan salah satu jenama minuman tersebut selepas seorang kanak-kanak menjadi mabuk akibat mempercayai minuman yang disangkaka ...
Sebuah syarikat minuman alkohol dilarang daripada mengiklankan dan mempromosikan salah satu jenama minuman tersebut selepas seorang kanak-kanak menjadi mabuk akibat mempercayai minuman yang disangkakan air Milo.


Syarikat Howler Brewing, Choc Milk Stout di South Gippsland, Victoria mengguna pakai logo minuman alkohol hampir menyerupai minuman coklat dalam tin popular berwarna hijau.



Ibu bapa kepada kanak-kanak itu yang menyangkakan ia adalah minuman coklat susu kemudian membuat aduan kepada pihak pengiklan minuman alkohol.

Suruhanjaya Victoria bagi Peraturan Minuman Keras melarang Howler mengeluarkan iklan dan promosi Choc Milk Stout dalam bentuk sekarang.

Suruhanjaya itu mendapati produk minuman itu melanggar peraturan berkaitan pengiklanan alkohol termasuk penyampaian komunikasi yang tidak mempengaruhi kanak-kanak.


Sumber: Utusan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 12-8-2021 09:05 AM
Bikin nanya orang sahaja
Quote sukacactus 12-8-2021 09:09 AM
Tak salahkan budak tu
Kalau kecik lg xtau membaca, mmg la xtau tulis STOUT kat situ
Quote Mooverine 12-8-2021 09:14 AM
Kesian budak tu..berapa lah umur dia agaknya kan.. harap-harap jangan la umur sekolah rendah mcm tu
Quote nononcrux 12-8-2021 09:15 AM
copy btl ngn milo punya logo ye.. aduh naya
Quote Samerosie 12-8-2021 09:49 AM
Jab, jab, artikel tu kata mak bapak budak tu yg beli la kan bagi anak dia sebab kat Australia mana below 18 boleh beli alcohol pun.  Dah terang2 STOUT Howler Brewing Company tulis situ.

Reporter pun tak tulis betul2 cerita penuhnya.
Quote selipar_hijau 12-8-2021 10:16 AM
naya pak abu
Quote bakingsoda 12-8-2021 10:33 AM
mmg sejibik sejibon copy tuh, kalau parents dia pon tak perasan agaknya terambil benda lain. tapi dari segi rasa sama je eh choco milk letak alkohol dgn choco milk biasa? mcm kuat je tu sampai mabuk budak tu
Quote nakkomenjugak 12-8-2021 10:34 AM
hahahaha mak aihhhh logo nyaaa pun mengundang
Quote Ayda89 12-8-2021 10:57 AM
Boleh pulak lepas branding mcmni
Quote cmf_almondpecan 12-8-2021 11:05 AM
Nestlé mungkin boleh cuba saman atas dasar passing off
Quote makneng 12-8-2021 12:00 PM
Kesian budak yg jadi mangsa.
Quote fatinandreanna 12-8-2021 12:39 PM
Mmg ada org ambil barang kt kedai skali tengok je. Btw mmg tin stout ni skali imbas mcm Milo. Company stout ni yg mesti tukar design. Mcm misleading.
Quote qwen_luna 12-8-2021 12:41 PM
Haihhh tak pasal je dikkk ko minum alcohol. Mak pak kau tak cek betul2 keee?
Quote pearl.silver 12-8-2021 12:47 PM
Tesco, giant suka la wat gini.. Packaging yg almost serupa, letak kat rak dekat2, tp untuk kategori produk yg sama la..
Quote OyenLemas 12-8-2021 03:28 PM
uishhhh. budak2 mmg cepat tertipu laa. lagi2 yg xpandai baca lg tu
Quote Firenzza 12-8-2021 03:31 PM
pearl.silver replied at 12-8-2021 12:47 PM
Tesco, giant suka la wat gini.. Packaging yg almost serupa, letak kat rak dekat2, tp untuk kategori  ...

Betul tu...tp quality haukkk...dlm iklan siap tulis lebih murah dari jenama terkenal...dh ko copycat packing blkg kedai mmg le murah
Quote Artemesiaa 12-8-2021 03:35 PM
Bahaya kalau packaging sama lebih kurang dengan jenama lain. Kena isi kandungannya bahaya untuk kanak2 macam dalam kes ni betul2 menyusah dan mengelirukan
Quote mama_neko 12-8-2021 08:26 PM
bukan takat budak, aku pun sekali pandang igt milo.. aku imagin budak ni dok tgk dlm fridge tu, terus sambaq ja...
Quote I.K.A888990 12-8-2021 09:10 PM
mmg xperlu lepas checking dulu ke baru boleh proceed nak jual atau iklan produk

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.230144 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top