CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Yang Pernah Kutuk & Fitnah Sarah, Faham Tak Erti Kelewatan Minta Maaf?' - Pak Nil

12-8-2021 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7111| Komen: 35

Description: Selebriti popular, Datuk Aznil Haji mengenang kisah sensasi yang pernah membabitkan penyanyi arwah Siti Sarah Raissuddin sebelum ini.
Selebriti popular, Datuk Aznil Haji mengenang kisah sensasi yang pernah membabitkan penyanyi arwah Siti Sarah Raissuddin sebelum ini.

Perkara itu dikongsikan Aznil atau Pak Nil menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik di Insta Stories miliknya.



Kredit foto: IG Sarah/Aznil


Difahamkan, sebelum ini ada segelintir warganet yang seolah-olah memberikan kata-kata negatif kepada arwah dan suaminya, berhubung perkara tersebut.

Lalu, Aznil menasihati semha untuk sentiasa menjaga pertuturan dan tidak bercakap buruk kepada orang lain seterusnya mengharapkan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi.

“Yang pernah kutuk dan fitnah sarah masa kes macau scam aritu sekarang faham tak erti satu kemaafan? Dan faham tak erti kelewatan meminta maaf?




“Tu sebab jangan bercakap dari mula-mula. Diam lebih baik. Hanya Sarah yang boleh maafkan kamu. Sekarang orang yang nak memaafkan kamu sudah tiada? Allah tak boleh maafkan kamu.

“Oleh itu, berhenti lakukan pada orang lain selepas ini,” tulisnya.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ayda89 12-8-2021 11:03 AM
Rilex la paknil. Manusia mmg biasa melakukan kesilapan heheh
Quote KIM.K 12-8-2021 11:06 AM
Sebab kutuk org berubah.
Paknil dah bayo lhdn ke
Quote bottombikini 12-8-2021 11:08 AM
heshe dah bermaafan ke dgn AA..tanye je
Quote Kurex 12-8-2021 11:10 AM
Kau pun nak jugak.....
Quote nia_salina 12-8-2021 11:15 AM
pak nil pak nil..manusia ni biasa la. kita tak kutuk sarah..kita kutuk shoib yg kita rasa salah kita kutuk la ..takkan la tkle sentuh lansung. so means kalau najib tu ada kes rasuah smua tu means kita tkle kutuk ke gitu. manusia biasala nobody is perfect.
Quote aotearoa 12-8-2021 11:19 AM
Ala Pak Nil.. Chill la..diam-diam sudah. Sarah pun dah pergi ke negeri abadi. Soal maaf atau tidak biarla Allah yang tentukan. Toksah panaskan isu. Tahun baru ni marila pakat-pakat berhijrah.
Quote imransulaiman 12-8-2021 11:20 AM
Kenapa masa arwah Sarah ni baru nak cakap? Kenapa masa arwah artis lain tak cakap? Masa arwah Benjy ke (antara yang terkini sensasi)

Dorang ni sebenarnya dah kenapa? Semua pun nak menonjolkan diri dan kebangangan???
Quote bakingsoda 12-8-2021 11:20 AM
aku ingat dia nak cite kutuk pasal rupa, emm kalau pasal ml dan perbuatan langgar sop kenapa netizen pulak kena mintak maaf
Quote Skuau 12-8-2021 11:21 AM
kenapa pak nil nk citer Pasai 'kutuk & fitnah' ni guna 'nama' orng yg dh takde....
Quote amyza82 12-8-2021 11:24 AM
Tak payah nak kisah dosa org, dosa sdri tgk dulu
Quote Managerara 12-8-2021 11:24 AM
Kutuk ke fitnah ni paknil??

Kutuk tu tang rupa paras..tang cium ketiak ha tu kutuk.

Kalau macau scam tu xtahula nak kata fitnah ke tak..sebab kes tu betul shuib dipanggil bagi kenyataan..memangla takde dakwaan tapi faham2 la dunia skrg ni..cash is king, manela ada org kaya kena tangkap..

Quote theotherfriend 12-8-2021 11:25 AM
Ni bukan kutuk.. tanya je.. hutang lhdn dah bayar? Derang kata tunggakan je ye Pak Nil bukan tahun semasa?
Quote AshkieLa 12-8-2021 11:26 AM
dgn jiran tetangga, peminat, penjual, rakan2, family, crew tv dan semua org2 yg pernah berurusan dgn anda.. confirm dah rasa takde salah ape2? cakap mcm sendiri tak pernah berdosa yach...
Quote Buritan 12-8-2021 11:29 AM
imransulaiman: Kenapa masa arwah Sarah ni baru nak cakap? Kenapa masa arwah artis lain tak cakap? Masa arwah Benjy ke (antara yang terkini sensasi) Dorang ni sebenar ...



Arwah benji tak beshhh.. arwah sarah baru best mcm ade vibe aura firdaus yg leh dikongsi.. koh koh
Quote nakkomenjugak 12-8-2021 11:37 AM
pppffffttttttttt
Quote chinta89 12-8-2021 12:58 PM
maaflah just nak tanya. dlm hidup ni kita ni maksum sgt ke x leh nk ckp ape2.

aku tgk kemain skg pakat memuja muji arwah berlebihan.. nk tgk kebaikan tanpa sempadan, ikutlah Nabi. kenapa korang terlalu agungkan arwah seolah dia langsung x de dosa dan salah.

kes yg viral psl scammer tu, dah x blh langsung ke dia dikutuk manja? biasalah kalau disyaki salah mmg akan dikata mcm2.. takkan nk diam dan dipuji2 pulak. lps dh dikata mcm2, dah disahkan salah n tak salah, hadap sajelah cercaan dan pujian lagi2 korang artis, kata dikenali kan unless ko bukan sesiapa xde sape nk membawang pun
Quote slyfynx 12-8-2021 01:04 PM
Again, perlu ke thread pendapat diorang2 ni?
Ape yg nk di gosipkan.
To err is human.
At least yang mengutuk tu sedar kesalahan.
Tuan Aznil mmg xde dosa ke mcm mana ni?
Kite nilai dosa pahala sendiri dulu.
Dosa pahala orang lain tu bukan tugas kita untuk tentukan.
Sudah2 la semua nk tunggang isu arwah ni.
Quote SpyLeman 12-8-2021 01:04 PM
Entah2 arwah sarah dah maafkan semua netizen yg kutuk dia sblm menghembuskan nafas terakhirnya. Pak Nil pulak beria2 rengsa dgn netizen
Quote SpyLeman 12-8-2021 01:05 PM
imransulaiman: Kenapa masa arwah Sarah ni baru nak cakap? Kenapa masa arwah artis lain tak cakap? Masa arwah Benjy ke (antara yang terkini sensasi) Dorang ni sebenar ...

Masa arwah be ji acik norish karman dah bercakap{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.051613 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top